Isu Titah Addendum YDPA ke-16 Terhadap Dato' Sri Najib Tun Razak
1. Tengku Razaleigh Hamzah hairan kenapa UMNO tidak memanggil untuk sidang khas perjuangkan Dato' Najib untuk keluar daripada tahanan penjara kepada tahanan rumah.
2. Kita akui mahkamah telah buat keputusan sebagaimana kes yang dijalankan tempoh hari dan Dato Najib terpaksa menjalani hukuman tetapi ikhtiar mesti dijalan kan juga termasuk pengampunan daripada Raja kita.
Kita rasa Raja ada Hak Mutlak, Hak Prerogatif Tuanku.
3. Kita hairan ada Titah Addendum ada Titah mereka yang bertanggungjawab tak tahu menahu ada Titah tersebut.
Semua pihak mesti menjunjung Titah agong yang menggunakan kuasa Baginda dibawah Perlembagaan untuk memberi pengampunan.
4. Kita hairan kenapa UMNO berdiam diri tidak mahu memberi pandangan.
Soalnya parti yang buat keputusan ikhtiar meringankan bebanan yang ditanggung Dato' Najib.
5. Sehingga hari ini kita tidak dengar lagi UMNO memanggil sidang untuk membincangkan perihal ini.
6. Tanpa sokongan ahli parlimen UMNO kerajaan hari ini tidak wujud.
7. Kita bertanya tanya kenapa ini tidak berlaku?
Kita tak fikir mereka yang pegang jawatan politik hasil kerjasama itu membelakangkan tanggungjawab rakyat dan parti hanya kerana kepentingan jawatan dalam kerajaan difikirkan penting buat mereka.
8. Semua pihak mesti bercakap sekurang kurang disetiap Bahagian UMNO tidak berdiam diri. Mesti suarakan dan hampa akan usaha ini dilihat gagal.
9. Pengampunan ini gagal kerana pindaan perlembagaan 1993 dimana Agong mesti dinasihat Lembaga Pengampunan.
Kita dimaklumkan juga Agong ada HAK MUTLAK beri pengampunan tanpa nasihat mana mana pihak.
10. Tetapi kes Dato najib sudah berlarutan. Kenapa tidak diputuskan dengan cepat terutama orang UMNO mahu selesaikan tindakan untuk bebaskan Dato Sri Najib.
11. Saya sendiri terkilan dengan apa yang berlaku tanpa segan dan malu demi kepentingan rakyat.
12. Dari satu segi Agong boleh beri pengampunan tanpa nasihat sesiapa kenapa dalam kes ni kena libatkan nasihat Lembaga Pengampunan.
13. Pindaan 1993 tidak sah berdasarkan perlara 181 tidak boleh dilaksanalan kerana diketahui 9 Raja yang menolak 9-0 dalam Rang undang Undang ini melanggar Akta Hasutan.
14. Maka bagaimana pula dengan kes Dato Najib ni yang kita kena fahami agar meneliti bahawasanya ini bukan satu perkara yang boleh diputus dengan mudah.
15. Kita mesti menghormati dan patuh dengab kuasa YDPA Raja Melayu.
16. Kita raja berpelembagaan dan kita mesti hormat demi kemerdekaan tanah air kita.
17. Saya tidak mengkritik keputusan mahkamah atau pertikai perlembagaan sebaliknya kita terus menghormati keputusan mahkamah dan junjung tinggi kuasa Yang Dipertuan Agong.
18. UMNO mesti memikirkan semula kedudukan dalam kerajaan melihat suasana politik dan keputusna terhadap kuasa Raja Raja Melayu.
19. Kalau tak tiada makna berjuang semata mata berjuang untuk kerusi empuk? TIDAK....
Tengku Razaleigh Hamzah
24 Disember 2025










No comments:
Post a Comment