Kisah Ini Lagi Best…
Coretan facebooker Mohd Faisal
1. Saya ada satu cerita yang menarik untuk dikongsikan…
2. Ibrahim Ali ini bermula karier politik dengan UMNO. Kemudian masuk Semangat 46. Kemudian kembali kepada UMNO.
3. Selepas Tun Abdullah Badawi mengambil alih jawatan PM dan Presiden UMNO, sudah tentulah beliau mahukan sebuah pasukan yang mantap yang selari dengan perjuangannya.
4. Ibrahim Ali digugurkan dari jawatan dalam UMNO Kelantan. Beliau melenting dan mengamuk….
5. Saya ceritakan dari awal sikit perjalanan beliau dalam PRU.
6. Dulu2 dalam tahun 80an begitu, beliau menang pilihanraya atas tiket BN.
7. Kemudian bertanding pula atas tiket S46, dan menang juga.
8. Selepas kembali kepada UMNO beliau berada sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO. Zaman Dr M. Saya lupa beliau dipilih atau dilantik sebagai MT.
9. Malam mesyuarat MT untuk pemecatan Anwar Ibrahim sebagai ahli UMNO pada September 1998, beliau adalah yang paling lantang menghentam Anwar sampai hentak2 meja.
10. Masa itu tak tahu siapa yg rakam audio. Kemudian dimasukkan ke dalam tali kaset dan tape video untuk disebarkan. Saya tak pasti anda kenal atau tidak tali kaset dan tape video.
11. Ok selesai, Anwar dipecat, ditangkap, dibicarakan dan dipenjara.
12. Ibrahim Ali dilantik sebagai senator dan seterusnya sebagai Timbalan Menteri di JPM.
13. Masa itu dia giat berceramah sana sini menghentam Anwar dan PAS. Kalau dia ceramah malam, ceramahnya akan dibooo oleh geng2 reformasi dan orang2 PAS.
14. Salah satu ceramahnya yang saya hadir dan beliau dibooo adalah ceramah penerangan isu2 semasa di Seksyen 26, Shah Alam.
15. Ibrahim jenis orang yang panas baran. Tak tahan kena booooo kemudian beliau mula melawan dan akhirnya beliau hentikan ceramah.
16. Sambung balik cerita beliau digugurkan dari UMNO Kelantan oleh Tun Abdullah. Beliau melawan juga. Tak boleh terima kenyataan.
17. Dalam tahun berapa saya lupa, tetapi selepas PRU 2004, Anwar Ibrahim dibebaskan dari penjara.
18. Jadi boleh dikatakan selalu ada majlis di rumah beliau di Jalan Setiamurni, Bukit Damansara.
19. Yang mengejutkan, ada satu malam itu, Ibrahim Ali datang ke rumah Anwar. Semua orang tak percaya. Maklumlah dia orang yang paling kuat hentam Anwar. Seolah2 tidak ada rasa bersalah…
20. Kemudian beliau mula rapat ke arah PAS.
21. Tak tahu ayat apa yang dia gunakan untuk bodek Allahyarham Nik Aziz, tup tup tup….dia dinamakan sebagai calon PAS di Pasir Mas pada PRU 2008.
22. PAS gugurkan penyandang kerusi itu seorang ulama mereka, Ustaz Ismail Noh dan berikan kerusi itu kepada Brahim.
23. Ibrahim menang besar hasil sokongan orang2 PAS. Tak silap dekat2 10k majoritinya.
24. Keputusan PRU 2008 amat berat untuk BN. Mereka hilang empat negeri dan hilang 2/3 di Dewan Rakyat.
25. Selepas Parlimen mula bersidang untuk penggal baru, Brahim beritahu speaker supaya tempatkan dia di tempat duduk wakil rakyat bebas. Katanya dia bukan wakil rakyat PAS.
26. Masyallah….habis orang terkejut. Tergamaknya dia….
27. Jika setakat umumkan dia wakil bebas saja boleh lagi, yang tak tahan itu, dia hentam PAS dan Allahyarham Nik Aziz teruk2 masa itu.
28. Selepas itu beliau masuk bertanding PRU tidak menang2 lagi. Dan tidak ada parti lagi yang mahu berikan kerusi kepada beliau.
29. Bezalah beliau dengan Shahidan Kassim. PAS beri satu kerusi kepada beliau, dibalas balik sebuah negeri untuk PAS. Diberi kepada Brahim, terus tak mengaku wakil rakyat PAS. Sebab itu Shahidan boleh bertahan lama dalam politik.
30 . Jika saya salah mohon dibetulkan, jika ada maklumat tambahan mohon ditambah. Jika ada perkongsian mohon tinggalkan untuk sama2 orang baca.










No comments:
Post a Comment