PEMIMPIN PKR DAN DAP SAMBUT KEGEMBIRAAN KEPUTUSAN LUKA TITAH ADDENDUM, KETERDESAKAN UMNO HANYA JADI BAHAN GURAUAN PH
Keputusan mahkamah yang menolak permohonan Datuk Seri Najib Razak untuk menjalani hukuman tahanan rumah sepatutnya diraikan secara sederhana atas nama prinsip kedaulatan undang-undang. Namun apa yang berlaku sebaliknya ialah satu pesta kenyataan politik yang bersifat triumphalisme oleh tokoh dan sayap parti dalam Kerajaan Perpaduan sendiri.
Kenyataan Yeoh Bee Yin dan Tony Pua dari DAP dan reaksi terbuka AMK dan Wong Chen dari PKR bukan sekadar mempertahankan keputusan mahkamah, tetapi telah berubah menjadi ekspresi kegembiraan politik yang menghiris perasaan penyokong UMNO, khususnya di peringkat akar umbi.
Tony Pua secara terbuka menyifatkan Najib sebagai “the biggest crook in Malaysia” dan mengaku rasa bangga bahawa DAP memainkan peranan besar dalam memastikan beliau kekal di penjara. Kenyataan itu tidak lagi membingkaikan keputusan mahkamah sebagai proses institusi bebas, sebaliknya dipersembahkan sebagai kemenangan parti. Kejayaan menjatuhkan penjahat terbesar.
Bagi DAP hukuman Najib bukan sekadar keputusan mahkamah, tetapi trofi perjuangan DAP. Yeoh Bee Yin menyifatkan keputusan itu sebagai satu lagi kemenangan setelah dua minggu lepas pemimpin DAP berjaya mendapatkan kerusi Menteri Wilayah dalam rombakan baru Kabinet. Keraian mendapat kuasa dalam kabinet dan kegagalan Najib sebagai hadiah Krismas untuk diraikan.
Bagi penyokong UMNO, ini bukan isu mempertahankan Najib semata-mata, tetapi soal maruah kolektif parti yang direndahkan oleh rakan gabungan sendiri. UMNO seakan terasa dipermain-mainkan dan diperbodohkan oleh DAP dan PKR yang sebelum ini UMNO bermati-matian pertahankan PH daripada serangan politik PN. Inikah balasan jasa kononnya kawan yang dianggap setia dan tidak bermuka-muka.
Lebih menyakitkan, Tony Pua menolak sama sekali keperluan empati dengan menyindir mereka yang menyeru “kemanusiaan”, seolah-olah simpati terhadap Najib adalah kejahilan moral. Ayat “don’t stop the rest of us Malaysians from celebrating justice upheld” mengesahkan DAP sedang berparti minum-minum mabuk sebagaimana kata mereka amalan biasa mereka. Siap gelar Najib sebagai 'chicken man in the jail'.
Dalam politik Melayu, bahasa sebegini bukan sahaja menyerang individu, tetapi melabel emosi dan kesetiaan penyokong sebagai tidak sah. Ia mengukuhkan persepsi lama bahawa DAP tidak pernah benar-benar melihat UMNO sebagai rakan setara, hanya sekadar alat numerik kuasa. Rakan dipakai bila susah dan dibuang bila senang.
Nada yang lebih terkawal tetapi tidak kurang melukakan juga hadir daripada Wong Chen dan AMK PKR. Ketua AMK Johor, Faezuddin Puad, mempertahankan keputusan mahkamah dengan membandingkan kes Najib dengan pengalaman Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2016. Hujah “undang-undang yang sama digunakan” mungkin sah dari sudut teknikal, tetapi secara politik ia menghidupkan semula naratif dendam sejarah.
Jelas seolahnya PKR masih berdendam kuat kepada UMNO terutamanya kepada Najib. Kes Najib dibingkai sebagai balasan kepada penderitaan Anwar, seolah-olah keadilan hari ini perlu menebus luka politik semalam. Bagi penyokong UMNO, perbandingan ini bukan hujah undang-undang, tetapi ejekan halus daripada parti yang kini berada di puncak kuasa. Tanpa bantahan atau halangan daripada pimpinan tertinggi PKR atas reaksi mereka memberikan isyarat keseluruhan PKR bersetuju keputusan Najib kekal terus dipenjara.
Lebih sensitif ialah pendirian AMK yang berdalih menolak sebarang perbincangan mengenai addendum diraja dengan alasan ia membina “naratif mengelirukan” tentang kuasa Raja-Raja Melayu. Kenyataan ini, walaupun bertujuan menenangkan, sebenarnya menutup ruang emosi dan simbolik yang sangat penting kepada orang Melayu. Isu addendum bukan sekadar soal prosedur, tetapi berkait dengan institusi Raja, ihsan dan keadilan berwajah kemanusiaan. Penyokong UMNO mula rasakan suara mereka bukan sahaja tidak didengar, malah dibodohkan.
![]() |
Gabungan kenyataan Tony Pua, Yeoh Bee Yin, Kuan Yau Hew, Wong Chen dan AMK PKR mencipta satu gambaran yang sukar dinafikan, kegembiraan diraikan tanpa langsung empati atas kedukaan rakan sendiri dalam kerajaan. UMNO berada dalam kedudukan paling serba salah, seolahnya paling bawah, terpaksa mempertahankan Kerajaan Perpaduan kepada ahlinya, namun pada masa yang sama menyaksikan tokoh dan sayap parti sekutu meraikan penderitaan tokoh yang mereka dambakan sekaligus mempermainkan emosi penyokong UMNO. Dalam keadaan ini, hujah undang-undang tidak cukup untuk menutup luka politik.
Implikasinya besar dan berjangka panjang. Kenyataan-kenyataan ini mengukuhkan rasa terhina dalam kalangan akar umbi UMNO, melemahkan usaha kepimpinan parti untuk menjustifikasi kerjasama dengan PH, dan memberi peluru naratif kepada pihak lawan bahawa UMNO hanya menjadi penumpang yang dipersendakan. Tetapi itulah sememangnya realiti. DAP tidak pernah memandang tinggi kepada UMNO, sedangkan Anwar pun boleh sahaja diugut, siapa pula UMNO terhegeh-hegeh muka tidak malu sertai kerajaan Madani.
Dalam politik gabungan yang rapuh, kemenangan yang diraikan tanpa empati bukan tanda kekuatan. Ia adalah isyarat bahawa retakan sedang melebar. Najib mungkin subjek kes, tetapi kesan emosi dan politiknya jauh melangkaui seorang individu, Najib mungkin ada kesalahan tetapi jasa banyak beliau sudah kuat terpahat di hati rakyat.
Isu titah addendum selain ia bina persepsi rakyat bagaimana kerajaan Madani menanganinya, ia juga menguji keikhlasan, kepekaan dan masa depan Kerajaan Perpaduan itu sendiri.
KHALID HAMKA
Penganalisa Politik
Alor Setar















No comments:
Post a Comment