Lawan politik PAS seringkali membuat serangan untuk merendah-rendahkan PAS tetapi menggunakan peluru yang PAS rasa dipuji-puji.
Ini menggambarkan lawan politik PAS tidak benar-benar memahami PAS itu bagaimana. Neraca PAS berbeza dengan neraca tipikal politik biasa. Tidak terjangkau oleh lawan.
Antara serangan yang lawan rasa boleh perlekehkan PAS, tapi PAS bangga dengan benda itu adalah,
Satu, Parti Tin Milo.
Pihak lawan duk perli macam PAS ini parti miskin, pengemis hina hingga kena tadah tin milo untuk gerakkan parti.
Tapi bagi orang PAS tin milo itu kebanggaan kami. Tin milo menggambarkan pengorbanan dan komitmen ahli PAS terhadap perjuangan.
Secara tak langsung, serangan itu membangkitkan lagi motivasi ahli untuk tambah tin milo.
Dua, gelarkan ahli PAS sebagai walaun.
Pihak lawan ingat dengan gelar ahli PAS sebagai walaun akan menyebabkan ahli PAS rasa sakit hati dan triggered.
Walhal, ahli PAS rasa satu penghargaan bila digelar walaun, kerana wala’ adalah satu disiplin parti yang tinggi. Walaun bagi kita penyokong yang berdisiplin.
Bila lawan kata kita ada disiplin yang tinggi, maka tiada sebab ahli PAS nak marah bila digelar walaun. Itu satu pengiktiran. Haha.
Ketiga, tidak diberikan jawatan.
Bagi lawan politik, bila ada pimpinan PAS ditukar jawatan, contoh semasa Dr Sam tak jadi Ketua Pembangkang. Ianya satu penghinaan.
Tapi bagi ahli PAS, ianya satu kemuliaan. Bahkan ramai ucapkan alhamdulillah.
Sebab itu aku kata, neraca PAS pada sesuatu tak sama dengan neraca tipikal parti-parti lain pakai. Tidak terjangkau dek benak pemikiran mereka.










No comments:
Post a Comment