ULASAN | Apa Jadi Kalau Istana Johor Kalah Pilihan Raya Negeri?
Bila membaca tajuk ni, anda mungkin akan tertanya: "Biar betul Nehru, merepek la tajuk ni — macam mana Istana Johor boleh kalah PRN sedangkan istana tak bertanding pun?" Tetapi jawapan saya ialah, walaupun dari segi rasminya anda betul, tapi dari realiti politik, pandangan anda mungkin ada kekurangannya.
Ini kerana berdasarkan persepsi semasa, Istana Johor memang kelihatan seperti ianya seolah-olah sedang bertanding dalam PRN akan datang melalui BN Johor.
Kenapa?
Sebab isyarat yang dihantar oleh pihak istana dan BN Johor kebelakangan ini menunjukkan yang BN Johor kemungkinan besar bertanding bagi pihak Istana Johor.
Sebelum ini, apabila PH Johor berat hati nak umumkan siapa "poster boy" mereka untuk PRN Johor, Onn Hfiz, selaku Ketua BN Johor, memberi bayangan sinis dengan berkata bahawa setakat menjadi "poster boy" sahaja belum tentu akan membolehkan seseorang itu dilantik menjadi Menteri Besar, walaupun parti atau gabungan itu menang dan berjaya membentuk kerajaan negeri.
Menurut beliau, pelantikan itu akhirnya tertakluk kepada prosedur perlembagaan dan perkenan Sultan.
Tak tahu la bagi anda macam mana, tapi bagi saya, kenyataan Onn Hafiz tu seolah-olah memberi bayangan yang pihak istana sebenarnya sudah ada calon MB pilihan hati, dan calon itu adalah beliau sendiri.
Selepas insiden itu, Yang Amat Mulia TMJ Johor pula menyindir kerajaan persekutuan pimpinan PH sambil memuji melambung kerajaan negeri Johor. Baginda memberi bayangan betapa rapatnya hubungan baginda dengan Onn Hafiz, dan betapa baginda terlibat secara mendalam dalam pengurusan negeri, sehinggakan pukul 3 pagi pun baginda sanggup telefon Onn Hafiz untuk bincang pasal urusan pentadbiran.
“Kalau kerja tak jalan, anda boleh tanya Menteri Besar, boleh tanya setiausaha kerajaan negeri,” titah baginda.
“Kadang-kadang pukul tiga pagi pun saya telefon dan tanya kenapa sesuatu perkara tu masih belum selesai,” titah Tunku Ismail dalam satu program di Muar. Baginda turut memberi amaran kepada sesiapa sahaja supaya tidak cuba menggambarkan kerajaan Johor sebagai tidak cekap, sambil menegaskan baginda sentiasa memantau prestasi mereka demi memastikan hasilnya tercapai.
“Saya pantau kerajaan saya. Saya pastikan kerajaan ini buat kerja,” titah baginda, sekali gus mengaku secara terbuka bahawa kerajaan yang dipimpin oleh Onn Hafiz adalah kerajaan baginda.
Hari ini, bagi melenyapkan terus segala keraguan, seorang pemimpin kanan Umno Johor sendiri, Puad Zarkashi, mengesahkan yang Istana Johor memang mungkin 'bertanding' dalam PRN ini melalui proksinya, Umno Johor, apabila beliau secara terbuka mendakwa Umno Johor adalah pak turut atau boneka kepada Istana Johor.
Melihat kepada semua perkembangan ini, setuju atau tidak, Istana Johor kini memang dilihat oleh orang rakyat sebagai terlibat dalam PRN Johor pada 11 Julai ini melalui BN Johor.
Ini tidak akan menjadi masalah masalah kalau BN Johor berjaya mengekalkan atau memenangi lebih daripada 40 daripada 56 kerusi yang mereka pegang sekarang di DUN Johor.
Kalau mereka menang kurang daripada 40 kerusi, itu adalah satu keputusan yang mengecewakan, tetapi ia tetap tidak akan menjadi masalah asalkan BN Johor sekurang-kurangnya dapat memenanging minimum 29 kerusi untuk membentuk kerajaan negeri.
Namun, masalah akan timbul kalau mereka menang kurang daripada 29 kerusi, kerana ketika itu, mereka akan dilihat telah kalah pilihan raya.
Jika mereka kalah, apakah kesannya kepada imej Istana Johor? Itulah persoalannya.
Kalah pilihan raya di negara kita ini adalah satu perkara yang sangat berisiko dan berbahaya.
Najib berada di penjara hari ini sebab dia kalah pilihan raya pada tahun 2018.
Muhyiddin pula sudah mengumpul hampir setengah dozen kes mahkamah sejak dia kalah pilihan raya pada tahun 2022.
Apabila anda kalah pilihan raya, anda kehilangan "aura kekebalan" dan menyebabkan orang yang dulunya takut nak "sentuh" anda pun, tiba-tiba jadi berani nak "sentuh" anda selepas anda kalah.
Sekali anda sudah mula "disentuh", anda akan terus-menerus "disentuh" dan sedikit demi sedikit sehingga anda anda menjadi sangat lemah dan tidak berdaya.
Lihat sahaja lah contoh Najib.
Sebelum kalah pilihan raya 2018, dia seperti tidak boleh disentuh langsung.
Tetapi sejurus selepas kalah, orang ramai telah menyekat keretanya secar semasa dia dalam perjalanan ke lapangan terbang sebelum memaksanya dia berpatah balik.
Bermula dari saat itu, aura kekebalannya mula terbarai, dan dia berdepan dengan satu kejatuhan demi satu kejatuhan, sehingga dia meringkuk di penjara hari ini.
Maksud saya di sini ialah ini: tidak ada apa-apa yang akan terjadi secara mendadak kalaupun BN Johor kalah dalam PRN ini, tetapi kekalahan itu boleh membuka ruang untuk pihak yang kalah "disentuh", yang ini mungkin akan dan mencipta satu kemungkinan yang lebih baik kita elakkan sebelum terjadi.
Memandangkan risiko yang ada, mungkin adalah lebih baik bagi institusi beraja menjauhi terus daripada terlibat secara terang-terangan dalam kempen pilihan raya, sehingga menyebabkan persepsi yang mereka sedang bertanding dalam pilihanraya timbul.
Pilihan raya sememangnya mengujakan kerana ia adalah sebuah pertandingan untuk menentukan siapa menang dan siapa kalah.
Memang seronok dapat menang dalam pertandingan hebat seperti pilihan raya — rasanya tidak ada perkara dalam hidup yang lebih puas daripada perasaan menang, dan kemenangan pilihan raya mungkin antara bentuk kemenangan tertinggi yang kita tahu dalam hidup ini.
Tetapi kalau kita kalah dalam dalam pilihan raya, terutamanya di negara kita, ia boleh menjadi satu perkara yang amat berisiko berbahaya dan memalukan.
Mungkin adalah tidak begitu elok bagi Institusi seperti beraja, yang melambangkan jati diri, prestij, dan maruah rakyat serta negara, diheret ke dalam kancah pertandingan sebegini. Ini kerana maruah, prestij, dan kehormatan rakyat bukanlah sesuatu yang patut didedahkan kepada bahaya yang mungkin dialami oleh pihak yang kalah dalam piliharaya di negara kita.
Kredit imej: Malaysia Kini / The Sta
#JohorElection #Johor2026 #OnnHafiz #TMJ #JohorPalace #UMNOJohor #BNJohor #MalaysianPolitics #RoyaltyAndPolitics #therealnehruism










No comments:
Post a Comment