Berlin: Media Portugal berpendapat kapten mereka harus digugurkan untuk pertembungan dengan Perancis pada aksi suku akhir Euro 2024.
Slovakia hampir mengejutkan Portugal pada pertembungan 16 terakhir apabila berjaya mengikat 0-0 selepas tamat perlawanan namun mereka akhirnya tewas menerusi penentuan penalti.
Cristiano Ronaldo bergelut sepanjang permainan, mensia-siakan beberapa peluang dan terlepas sepakan penalti pada masa tambahan yang menyebabkannya menangis.
Ketika dia mengatasi emosinya dan menyempurnakan sepakan penalti pertama, persoalan timbul mengenai kemampuannya menjaringkan gol selepas menghabiskan hampir 18 bulan beraksi di Arab Saudi.
Media Portugal secara terbuka mengkritik penyerang sensasi dunia itu.
Memberikan rating 4/10, akhbar Portugal berkata: "Satu lagi prestasi buruk daripada kapten. Sama seperti dalam perlawanan terakhir, dia menghabiskan banyak masa di atas padang.
"Kemudian dia membuat keputusan yang tidak tepat ketika melakukan penyudah dan hantaran yang lemah di hadapan gawang gol.
"Ronaldo tidak memanfaatkan ruang dengan baik, tidak tajam di depan gawang gol seperti sering dilakukannya sebelum ini.
"Apa yang akan berlaku dengan Ronaldo jika di diletakkan di bangku simpanan. Adakah Portugal kembali segar? Kita semua tidak tahu.
Dengan ramai penyerang berbakat dalam skuad, beberapa media menggesa penyerang itu digantikan oleh Diogo Jota dari Liverpool atau Goncalo Ramos dari Benfica, yang menggantikan Ronaldo buat sementara waktu pada Piala Dunia 2022 di Qatar.
-myMetro
No comments:
Post a Comment