Georgetown: Seorang daripada dua beradik yang termakan keropok disyaki mengandungi racun tikus, meninggal dunia hari ini.
Nurain Hasnorizal, 25, berkata anak sulungnya, Muhammad Akil Syauqi, 3, menghembuskan nafas terakhir pada 8.30 pagi.
"Abang (Muhammad Akil Syauqi) sudah tiada (meninggal dunia) ketika terima rawatan. Urusan bedah siasat akan dijalankan dan jenazah akan dibawa pulang ke Kampung Banggol Berangan, Labu Besar, Kulim bagi disemadikan," katanya ketika dihubungi.
Harian Metro sebelum ini melaporkan Muhammad Akil dan adiknya Muhammad Luth Syauqi, 2, kritikal selepas termakan keropok didakwa dicampur racun tikus di Kampung Padang Ubi, Labu Besar, Kulim, Kedah.
Makanan ringan itu digantung pada pagar dawai, didakwa bertujuan menghalau haiwan liar yang mengancam tanaman pekebun.
-myMetro
No comments:
Post a Comment