Yayasan Sarawak kini telah mula membuka permohonan untuk laptop percuma dan juga bagi program baucar buku bermula hari ini, 1 Julai 2024 sehingga 14 Ogos 2024.
Program ini dibuka kepada para pelajar kelahiran Sarawak yang kini sedang belajar di IPTA dan IPTS di seluruh negara.
Buat masa ini, permohonan laptop percuma ini dibuka kepada pelajar diploma dan ijazah sarjana muda.
Pendapatan isi rumah untuk keluarga pelajar berkenaan juga perlulah RM1,500 dan ke bawah.
Jenama komputer riba yang diberikan tidak dinyatakan, dan penghantaran akan mengambil masa sehingga 10 minggu selepas permohonan diluluskan.
Bagi program baucar buku pula, ia juga ditujukan kepada pelajar dengan keluarga berpendapatan RM1,500 dan ke bawah, tetapi meliputi para pelajar dari peringkat asasi sehingga ke PhD.
Sekiranya anda merupakan pelajar kelahiran Sarawak dan memenuhi kriteria yang ditetapkan, boleh lakukan permohonan melalui laman Yayasan Sarawak hari ini.
-amanz.my
No comments:
Post a Comment