Utama » , » Beri sokongan dan jangan polemikkan RUU Mufti Wilayah Persekutuan 2024

Beri sokongan dan jangan polemikkan RUU Mufti Wilayah Persekutuan 2024

 

mufti-sokong

Oleh: DATUK MUHAMAD ASRI  ABDULLAH

DALAM pengetahuan saya, di Malaysia hanya dua buah negeri sahaja yang mempunyai undang-undang Mufti yang tersendiri iaitu yang pertama, negeri Sabah yang dinamakan Enakmen Fatwa 2004 ( Sabah) dan kedua negeri Kedah yang dinamakan Enakmen Mufti dan Fatwa (Kedah Darul Aman) 2008.

Wilayah Persekutuan sepatutnya mengambil langkah awal tetapi terlewat lebih 20 tahun kebelakang. Kini baru ia hendak dikemukakan.

Rang Undang-Undang Mufti (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2024 dibentangkan bagi bacaan kali pertama di Dewan Rakyat pada 3 Julai 2024, Rabu, antara lain untuk mengadakan peruntukan bagi perkara yang berhubungan dengan mufti, penentuan perkara mengenai hukum dan doktrin syara’ serta perkara yang berkaitan. Rang undang-undang itu dibentangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

Bacaan kedua dan ketiga rang undang-undang berkenaan dijadual dibentangkan pada mesyuarat yang sama.Sebelum ini perkara yang berkaitan dengan mufti dan fatwa diperuntukkan dalam (Akta 505) Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993.

RUU Mufti WWP adalah cabutan dari Bhg III ( Sek 32 -39) Akta 505 dengan beberapa pindaan yang memperjelaskan dan memperkukuhlan institusi Mufti yang dikuatkuasa sejak tahun 1993 yang lalu. Jadi ia bukanlah suatu perkara baru yang hendak diujudkan tapi telah ujud lebih dari tiga puluh tahun yang lalu.

Menerusi rang undang-undang itu, ia juga memperincikan mengenai penubuhan Jawatankuasa Fatwa Wilayah-Wilayah Persekutuan, Jawatankuasa Falak Syarie, Jawatankuasa Rukyah Hilal, Jawatankuasa Pengawasan Pengajaran Agama Islam dengan dipengerusikan mufti.

Ia juga menyentuh kelayakan menjadi mufti iaitu mewajibkan individu terbabit berakidah Ahli Sunnah Wal Jamaah (Sunni) yang terfokus pada perkara 4 (a) iaitu merujuk kepada pegangan bersumberkan aliran al-Asyairah dan al-Maturidiyah dalam akidah, bermazhab Syafie (mengikuti mazhab Sunni lain dalam keadaan tertentu) dalam fiqah serta pegangan dibawa oleh Imam al-Ghazali dan Imam Junaid dalam tasauf.

Jangan kita ulangi dan lupa kesan kita mempolemikkan RUU 355 ! Di mana akta tersebut hanya bertujuan meningkatkan takat hukum denda bagi kesalahan jenayah syariah dipolemikkan atau dimomokkan untuk melaksanakan hukuman potong tangan, menghukum orang yang bukan Islam yang murtad dan sebagainya dan dijadikan isu politik bagi pihak-pihak yang mengambil kesempatan dan tidak bertanggungjawab maka kesannya RUU 355 “mati tanpa kubur”.

Mengapa institusi mufti memerlukan undang-undang tersendiri?

Sebelum tahun 1998, pejabat mufti merupakan salah satu bahagian di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Pada waktu itu, Mufti Wilayah Persekutuan sebagai ketua kepada bahagian yang dikenali sebagai “Bahagian Istinbat”.

Pada 1 Oktober 1998, bahagian tersebut telah diasingkan daripada struktur JAWI berikutan penyusunan semula struktur Jabatan Perkhidmatan Awam, Bahagian Pembangunan Operasi.

Jabatan Agama Islam telah berpecah kepada tiga Institusi yang tersendiri iaitu Jabatan Agama Islam yang merupakan urussetia kepada MAIWP, Mahkamah Syariah dalam melaksanakan kehakiman Islam dan Institusi Mufti berkaitan dengan Hukum Syara’. Kuasa dan pengurusan yang berasing ini memerlukan undang-undang yang tersendiri. Ini bagi memastikan supaya Institusi Mufti benar-benar berupaya mengendali urusan masyarakat dalam perkara yang berkaitan akidah, syariah dan akhlak.

Yang paling penting peranan Mufti Wilayah dalam membantu dan menasihati Yang di-Pertuan Agong berkenaan dengan semua perkara hukum syarak, tata cara mengeluarkan fatwa, pendapat berhubung hukum syarak di mahkamah serta penentuan arah kiblat dan sebagainya. Sebagai contoh bagaimana kejayaan Jabatan Mufti di Brunei berperanan di negara Brunei dengan bahagian-bahagian yang tertentu membantu membangunkan umat Islam di Brunei sedang kan undang-undang yang mereka pakai adalah berasal atau bersumber dari Wilayah Persektuan.

Kenapa syarat pelantikan mufti mesti diperkemaskan dan dibuat dengan teliti?

Mufti dan fatwa merupakan antara isu penting dalam fiqh Islam. Kedua-duanya mempunyai peranan yang besar dalam kerancakan arus perkembangan hukum Islam. Mufti memikul tanggungjawab yang besar dalam menangani permasalahan semasa yang dihadapi oleh umat Islam. Begitu juga dengan fatwa yang menjadi asas umat Islam dalam menghadapi permasalahan atau isu semasa yang berlaku.

Kuasa Mufti amat besar kerana Mufti hendaklah membantu dan menasihati Yang di-Pertuan Agong berkenaan dengan semua perkara Hukum Syarak, dan dalam semua perkara sedemikian hendaklah menjadi pihak berkuasa utama di Wilayah-Wilayah Persekutuan selepas Yang di-Pertuan Agong.

Oleh yang demikian juga suasana masyarakat kini yang berbeza yang lebih mencabar maka syarat untuk menjadi Mufti tersebut sudah pasti perlu diperkemaskan untuk memastikan Mufti yang dilantik kompeten dari segi ilmu, kemahiran, kebolehan dan akhlak dan mampu meneruskan kesinambung keujudan masyarakat Islam yang dinamik, progresif, hormoni dan aman damai.

Bantahan tambahan pengkhususan istilah sunni yang hanya merujuk kepada Asyairah dan Maturidiyah

Ada yang berpendapat: “Tidak wajar untuk kerajaan meluluskan apa-apa perundangan atau enakmen yang membelenggu pemikiran rakyat, merampas kebebasan berfikir dan akademik terutamanya atas nama agama.

“Bagaimana mungkin Wilayah Persekutuan ingin meluluskan satu peraturan yang menyempitkan akal dan minda padahal Wilayah Persekutuan pusat segala intelektual berdebat dan berhujah.

Saya berpendapat bahawa pandangan tersebut tidak merujuk kepada Seksyen 39 (1), (2) dan (3) Akta 505 berkaitan yang menyatakan keluasan pandangan mufti dan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak mengeluarkan apa-apa fatwa:
Nas yang hendaklah diikuti:

(1) Dalam mengeluarkan apa-apa fatwa di bawah seksyen 34, atau memperakukan apa-apa pendapat di bawah seksyen 38, mufti hendaklah pada lazimnya mengikut pandangan diterima (qaul muktamad) Mazhab Syafie.

(2) Jika mufti berpendapat bahawa dengan mengikut qaul muktamad Mazhab Syafie akan membawa kepada keadaan yang berlawanan dengan kepentingan awam, Mufti bolehlah mengikut qaul muktamad Mazhab Hanafi, Maliki atau Hambali.

(3) Jika mufti berpendapat keadaan yang berlawanan dengan kepentingan awam, mufti bolehlah menyelesaikan persoalan itu mengikut hematnya sendiri tanpa terikat dengan qaul muktamat daripada mana-mana Mazhab yang empat itu.

(4). Dengan ini jelas bahawa peruntukan ini memberikan keutamaan atau kelaziman mengeluarkan fatwa mengikut pandangan qaul muktamat Mazhab Syafie. Jika ia berlawanan dengan kepentingan awam Mufti boleh mengambil atau mengikut qaul muktamat Mazhab Hanafi, Maliki dan Hanbali. Malah jika pendapat tersebut juga bercanggah dengan kepentingan awam, Mufti boleh pada hematnya sendiri boleh memilihi mana pandangan yang menepati kehendak Hukum Syarak tanpa terikat dengan mana-mana Mazhab. Ini adalah adab dan susunan yang membuktikan Mufti meraikan semua pandangan fuqaha’ yang muktabar tidak ta’asub dengan satu mazhab sahaja.

5. Ada yang berpandangan bahawa semua ulama’ tidak membenarkan mazhab mereka diisytiharkan sebagai agama negara, sama ada Imam Malik, Imam Syafie mahupun Imam Hambali. “Hanya Islam yang menjadi agama negara,” katanya.

Saya berpendapat ini telah dijelaskan dalam Perlembagaan Persekutuan dalam Perkara 3: Perkara 3 (1) Perlembagaan memperuntukkan bahawa : “Islam ialah agama bagi Persekutuan”. Iaitu agama bagi negara ini, Malaysia.

Manakala dalam Akta 505 lebih memperincikannya dengan menjelaskan bahawa; “Hukum Syarak” ertinya Undang-Undang Islam mengikut mana-mana Mazhab yang diiktiraf.

Manakala dalam RUU Mufti Wilayah-Wilayah Persekutuan 2024  memperjelaskan lagi maksud Ahli Sunnah Wal Jamaah seperti berikut:

Hal itu kerana ia menyentuh kelayakan menjadi mufti iaitu mewajibkan individu terbabit berakidah Ahli Sunnah Wal Jamaah (Sunni) yang terfokus pada perkara 4 (a) iaitu merujuk kepada pegangan bersumberkan aliran al-Asyairah dan al-Maturidiyah dalam akidah, bermazhab Syafie (mengikuti mazhab Sunni lain dalam keadaan tertentu) dalam fiqah serta pegangan dibawa oleh Imam al-Ghazali dan Imam Junaid dalam tasauf.

Ada yang berpendapat RUU WWP mufti ini perlu dikaji semula kerana dibuat dengan terburu-buru?

Saya berpendapat bahawa RUU Mufti WWP ini bukanlah perkara baharu tapi ia adalah bertujuan memisahkannya dari AKTA 505 yang telah ujud sejak tahun 1993. Peruntukan ini telah disediakan oleh satu Jawatankuasa Penggubalan Undang-Undang di peringkat negeri dan Jawatankuasa Teknikal Penggubalan Undang Syarak dan Sivil dibawah MKI dan naungan MRR.

Mereka yang dilantik adalah terdiri dari pakar undang-undang Syara’ dan Sivil. Profesor- Profesor dari Universiti dalam bidang Perundangan, Syariah dan sebagainya. Bersama agensi kerajaan dari Peguam Negara, JAKIM. RUU WWP ini telah beberapa kali dibincang dalam Muzakarah Mufti-Mufti, Hakim-Hakim Syarie, Alim Ulama’, di peringkat zon negeri-negeri dan akhirnya diperingkat Pusat. Ia juga pernah dibincangkan dalam Muzakarah Komoniti Syariah di Jabatan Penguam Negara. Kita berilah kepercayaan kepada yang memang ahlinya. Kerana setiap orang tidak boleh dan tidak mampu menguasai ilmu dan mempunyai pengalaman dalam semua bidang.

Kita masih banyak lagi mempunyai deraf undang-undang yang berkaitan dengan undang-undang Islam melebihi 20 deraf yang masih dalam simpanan JAKIM dan Jabatan Peguam Negara yang sepatutnya dijadikan RUU untuk dibawa ke Parlimen dan DUN negeri satu persatu. Seperti deraf Undang-Undang Faraid atau Pentadbiran Harta Pesaka, Wakaf, Hibah dan sebagainya. Malaysia juga memerlukan undang-undang yang berkaitan dengan muamalat dan kehartaan orang Islam seperti, wasiat, undang-undang perbankan serta takaful yang diubah suai daripada bentuknya yang bersifat konvensional menjadi selari dan menepati kehendak syarak. Begitu juga undang-undang yang berkaitan perjalanan Mahkamah Syariah yang digubal dalam era 80 dan 90han perlu disemak kembali dengan beberapa tambahan seperti undang-undang keterangan, tatacara jenayah, prosedur mal dan jenayah, undang-undang keluarga, kanun jenayah syariah dan sebagainya yang perlu dibuat semakan dan penambahan serta pindaan semula.

Kalau kita asyik berbantah namun tidak mengetahui usul asalnya. Memberikan padangan tanpa realiti dan fakta maka ditakuti “ Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran”
Mengharapkan sesuatu yang belum tentu dapat, barang yang ada dihabiskan atau dibuang. “Menang sorak kampong tergadai” Berikanlah sesuatu itu kepada ahlinya untuk melaksanakannya.

Keputusan mesyuarat Majlis Raja-Raja kali ke-265

Mesyuarat Majlis Raja- Raja Kali Ke-265 pada 21-22. 02.2024 telah bersetuju dan memperkenan Pemakaian Garis Panduan Kurikulum Pendidikan Islam Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI). Persidangan Jawatankuasa Penyelarasan Pendidikan Islam Kebangsaan Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) Kali ke-56 pada 20 Mei 2022 bersetuju akan cadangan Garis Panduan Kurikulum Pendidikan Islam Majlis ebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI).

“Ahli Sunnah Wal Jamaah” ertinya golongan yang berpegang dengan al-Quran dan al-Sunnah dari segi akidah hendaklah berdasarkan pegangan yang bersumberkan aliran al-Asyairah dan al-Maturidiyah, dari segi syariah mengikut Mazhab Syafie atau keadaan tertentu mengikut mana-mana satu Mazhab Hanafi, Maliki atau Hanbali atau melalui ijtihad hukum yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa dan dari segi tasawuf mengikut pegangan yang dibawa oleh Imam Junaid al-Baghdadi dan Imam al-Ghazali.

Oleh itu penambahan tafsiran “Ahli Sunnah Wal Jamaah” dalam RUU Mufti Wilayah Persekutuan 2024 adalah bersuaian dengan kehendak semasa, inspirasi rakyat, kehendak pemimpin dan Majlis Raja-Raja (MRR).

KESIMPULAN

Pengamalan syariat, akidah dan tasawuf melalui pendapat atau pandangan Imam Al Syafei dan menerima pakai lain-lain mazhab melalui turutan tersebut dan pandangan fuqaha’ yang mu’tabar yang lain telah menyuburkan Islam di Alam Melayu atau nusantara atau di negara Arab dipanggil “Tanah Jawi”. Pengamalan syariat, akidah dan akhlak dapat berjalan dengan baik.

Lahirnya ulama’-ulama’di Alam Melayu yang tersohor dengan kitab-kitab yang menjadi paduan masyarakat. Bersepakat dalam perkara khilafiah tanpa perbalahan ulama’ yang memanjang yang merugikan ummah.

Sebaliknya di beberapa negara Islam lain sering terjadi perbalahan mazhab, pengaduhan yang membawa kepada peperangan yang membantutkan kemajuan ummah. Islam tidak dapat diamalkan secara aman. Pertelingkahan yang kecil dari pandangan aliran mazhab membawa kepada pertelingkahan dan pertumpahan darah.

Saya menyeru semua ahli Parlimen di Malaysia sama ada dari pihak pemerintah atau pembangkang tolonglah kali ini berikan sokongan anda untuk menyokong dan meluluskan RUU Mufti Wilayah Persekutuan 2024 ini. Dengan ini ia memberikan laluan atau ruang Islam supaya dapat dianuti dan dan diamalkan dengan aman damai sebagai satu cara hidup.

Kepada semua masyarakat hentikan polemik sedemikian sebaliknya gunakan foram atau wadah dan mekanisma yang ada disetiap peringkat untuk sama-sama mengkaji berbincang serta menyampainya kepada pihak yang bertanggungjawab. Ummat yang bermuafakat membawa berkat dan rahmat.

asri-300x190

 

Penulis adalah Mantan Ketua Hakim Syarie Perak dan Hakim Rayuan Syarie JKSM, Putrajaya.


Share:

No comments:

Post a Comment

Posting Popular

Carian Blog

Powered by Blogger.

Labels

1 Syawal 1MDB 2023 3R 7E A & W Abdullah Hj Jaafar Abu Ubaida Adun Gurun Adun Rembia ADUN Sungai Bakap Aeronautik AES Agama Islam Agamawan Agenda Politik Agihan Keuntungan Ahli Akademik Ahli Ekonomi Sukan Ahli Parlimen Ahli Perniagaan Ahli Politik Ahli Sukan Ahmad Terrirudin Salleh AHTV AI AI Generatif Aidil Adha Aidilfitri AIM AISHM Ajaran Sesat AJL Akad Nikah Akaun Fleksibel Akaun Ke-3 Akta Hasutan Akta Lompat Parti Aktivis Aktivis Politik Al Fatihah Al Imam Al Mahdi Al Quran Al-Aqsa Alam Haiwan Alam Laut Alhamdulillah Allhuakbar Allyarhamah Datuk Syarifah Aini Alternatif Aman Palestin Amanah Amanat Tersirat Amaran Amazon Ambalat Amerika syarikat Amirudin Shari AMLA Anak Bulan Anak Derhaka Anak Istimewa Anak Muda Anak Perempuan Anak Syurga Anak Yatim Analisis Ancaman Bom Android Angeline Tan Angkat Sumpah Antarabangsa Anthony Loke Antonio Guterres Anugerah Anugerah Oscar Anugerah Sukan APDP APK Aplikasi APM APMM Apple Applikasi Apungan Harga Arab Saudi Arafah Arah Kiblat Argentina Artis Antarabangsa Artis Cerai Artis Duda Artis Janda Artis Kahwin Artis Lagenda Artis Nasyid Artis Tempatan Artis Veteran As Syahid Ismail Haniyeh ASB Aset ASN Astro Awani Asyairah ATM Audit Audit Negara Aurat Wanita Awas Axia Ayahanda Azmin Ali B40 Baby Shima Baddrol Bakhtiar Badi Badminton Bahan Larangan Bahan Sejarah Bahanapi Bahasa Melayu Bajet 2023 Bajet 2024 Baling Banduan Banglo Bangunan Runtuh Banjir Bank Bantahan Bantuan Bantuan Banjir Bantuan Kemanusiaan Bantuan Khas Barangan Impot Barisan Kabinet Barjoyai Bardai Basikal Bateri Baucar Buku Bayaran Insentif Bayaran Pencen Bayi Bazar Ramadhan BDB Bebas Pertuduhan BEC Bekalan Elektrik Beku Akaun Belanjawan Belanjawan 2024 Belasungkawa Bencana Alam Benjamin Netanyahu Beras Beras Impot Beras Madani Beras Seludup Beras Tempatan Berita Palsu Berlian Bermadu BERNAS Berpantang Maut Sebelum Ajal Berpencen Bersatu BERSIH Beta Biduanita Negara Bil elektrik Bilal Bilionaire Billionaire Binaan Haram Bintang Bolasepak Bisnes Bisnes Online BJAK Blackpink BlackRock Blackwing Blog Blogger Bloggging Blogging BN BNM Boeing Boikot Bolasepak Bom Bomba Bonus Boss James BossKu Box Office Brazil Briged Al Qassam Buahan Tempatan Bubur Lambuk Buka Minda Bukan Islam Bukit Uhud Buku Bulan Islam Bulan Kebangsaan Bulan Rejab Buli Siber Bumiputera Bundle Bung Moktar Bunuh Diri Bursa Malaysia C4 Center CAAM Cabul Cabutan Bertuah Calon Calon Bebas Calon PN Caprice Casio Cauvinis Cegah Maksiat CelcomDigi Ceramah Agama Cerita Rakyat Ceritera Cermin Mata Pintar Chatbox ChatGPT CheGuBard China Cina Muslim Claim Codi Cafe Coldplay Colombia Content Copa America 2024 Covid19 Cristiano Ronaldo Critiano Ronaldo CUEPACS Cukai Jalan Cukai Jualan Cukai Perkhidmatan Curang Cuti Sekolah Cuti Tambahan Cybercab Daftar Pemilih Dajal Dakwah Dalam Negara DanaBantu DAP Dapat Anak Dari Seberang Darjah Kebesaran Dasar Ekonomi Baru Dato Onn Jaafar Datuk Dr Adnan Mat Datuk Jamal Abdillah Datuk K Datuk Mahfuz Omar Datuk Mohd Nassuruddin Daud Datuk Rosyam Nor Datuk Seri Amir Hamzah Datuk Seri Ayob Khan Datuk Seri Suhaily Mohd Zain Datuk Yusry Abd Halim Daulat Tuanku DBKL DCT DEB Deepavali DELIMa KPM Demokrasi Berparlimen Demonstrasi Denda Desas-Desus Dewan Negara Dewan Rakyat Diabetes Dialisis Diana Danielle Didie Alias Diesel Dilema Wanita Dilepas Dan Dibebaskan Dilepas Tanpa Dibebaskan Diskaun Saman Diskriminasi Dividen DJ Radio DNA DNAA Doa Dokumen Palsu Dominic Lau Donald Trump Doraemon Dos Penggalak Dr Akamal Saleh DR Zaliha Mustafa Dr.MAZA Drama DRB-HICOM DS Ahmad Maslan DS Ahmad Samsuri DS Anwar Ibrahim DS Azlan Man DS Dr Ahmad Samsuri DS Dr Dzulkefly Ahmad DS Hamzah Zainudin DS Ismail Sabri DS Mohamad Sabu DS Najib DS Sanusi DS Siti Nurhaliza DS Takiyuddin Hassan DS Wan Azizah DSAI DSNR DSSK DSZH DUN Jitra DUN Kelantan DUN Melaka DUN Perlis DUN Sabah DUN Selangor DUN Terengganu Durian Duta Bertaraf Menteri e_Farmasi E-Motor Ebit Lew Ego EIA Ekonomi Ekonomi Digital Ekopelancongan El Nino Elon Musk eMADANI Emel England Enot EPL Era IT Erling Haaland Etherscan Euro 2024 EV eWallet Exco Perak Exco Perlis Facebook Faekah Husi Fahmi Fadzil Faisal Halim FAM FAQ Faraq Nikah Farid Kamil Femomena Alam Fenomena Alam FIFA Filem Animasi Filem Baru Final Fiqh Fitnah Flashback FOMCA Food Delivery Foodpanda Forbes Forest City Formula Rafizi Forum Perdana Francais Free Palestine G-Shock Gabenor BNM Gadjet Gaji Game Online Gamuda Land Garmin GASIS Gaza Geely Gempa Bumi Gen Z Gencatan Senjata GERAKAN GIATMARA GLC GLIC Gmail Google Google Adsense Google Pay Gosip Artis Grab GRO GRS Gua Musang Gula Gunung Marapi Hadis Haiwan Liar Hajarul Aswad Hak Asasi HAKAM Halalan Tayyiba Hamas Hamba Allah Hani Fadzil Hannah Yeoh Harga Ayam Harga Basikal Harga Emas Harga Kayangan Harga Kereta Harga Makanan Harga Rumah Harga Syiling Hari Guru Hari Kebangsaan Hari Kekasih Hari Malaysia Hari Pahlawan Hari Raya Hari Wilayah Harimau Belang Harimau Malaya Haruan Makan Anak Harumamis Hattan Hawa Rizwana Redzuan Hiburan Hidupan Liar Himpunan Aman Himpunan RXZ Hina Agama Hina Allah Hina Islam Hina Melayu Hina Negara Permohonan Maaf Hishamuddin Rais Hotel Hotel St Regis HotFM Houthi Yaman HTML Huawei Hubungan Songsang Hubungan Sulit Hujah Makan Tuan Hukum Hakam Hukum Islam Hukuman Husnul Khotimah Ibadah Ibadah Haji Ibrahim Ali Ibu Bapa ICJ Icon ICU ID Digital ID Khas Identiti Idola Ifa Kazar IJN Ikan Buntal Iktibar IKUT Imam Imam Mahdi Imbuhan Ina Naim Indeks PMI Indonesia Inflasi Influencer Info Agama Info Auto Info Herba Info IT Info Kesihatan Info Rumahtangga Info Sihat INSAN Insentif Insp Sheila Inspirasi Instagram Institusi Kehakiman Insuran INTAN Integriti Internet iOS iPad iPhone IPTS IPU Ira Kazar Irfan Khairi IS Isham Jalil Islam Liberal Islamophobia Ismail Haniyeh ispace Israel Istana Negara Istilah Istiwa Adxam IstiwaMatahari Isu Agama Isu Akidah Isu Beras Isu Gaji Isu Judi Isu Kerakyatan Isu Kg Sri Makmur Isu Minyak Isu Panas Isu Pencen Isu Rasuah Isu REE Isu Sekolah Cina Isu Semasa Isu SMG Isu Telur Isytihar Harta IVF J-Kom Jabal Uhud Jabatan Alam Sekitar Jabatan Audit Negara Jackpot JAIPk JAIPs JAIS Jakel JAKIM Jalur Gemilang Jalur Lebar Jam Mewah Jana Wibawa Janji Politik Janna Nick Jawatan Kosong JDT Jemaah Haji Jemaah Menteri Jenama Makanan Jenayah Jenayah Siber Jepun Jerebu JHEAIPP Jho Low JIM Jimat Belanja JIPS JKDM JobStreet Jocelyn Chia Joe Biden Johan As'ari Johor Jordan JPJ JPN JSJK JSPT Juadah Berbuka Jual Beli Jualan Murah Jualan Terbuka Jualan Tiket Juara JUPEM Jurgen Klinsmann Jurucakap Juruhebah Jurulatih Jutawan Segera K-Pop Kad Debit Kad Kahwin Digital Kad Kredit Kafir Kajian Kajiselidik Kak KM Kakitangan Awam Kalimah Allah Kamal Adli Kamala Harris Kanada Semifinal Kanak-Kanak Kanun Keseksaan Kapal Selam KASA Kawalan Harga Kawasan Pedalaman Kazar KDA FC KDN KDNK Keajaiban Kebakaran Kebebasan Bersuara Kedah Kedaulatan Negara Kedutaan AS Kehakiman Kejar Rating Kejujuran Kekayaan Kekejaman Kekeluargaan Kekuasaan Allah Kelantan Kelantan FC Kelayakan Piala Asia Kelayakan Piala Dunia Keldai Akaun Kelebihan Bulan Islam Keluar Parti Keluar Pati Keluar Sekejap Keluarga Keluarga Besar Kemalangan Kemalangan Maut Kemalangan Udara Kemasyarakatan Kematian Kembara Kenali Borneo Kemelut Politik Kementerian Digital Kementerian Kewangan Kementerian Komunikasi Kementerian Pengangkutan Kemerdekaan Kemewahan Kemiskinan Kempen Pilihanraya Kempen Politik Kemudahan Rakyat Kenaikan Cukai Kenaikan Gaji Kenaikan Harga Kenali Rasul Kenali Tokoh Kenangan Kenderaan Bermotor Kenduri Kenyataan Palsu Keperluan Asas Keputusan Keracunan Makanan Kerajaan Kerajaan Kedah Kerajaan Kelantan Kerajaan Madani Kerajaan Malaysia Kerajaan Melaka Kerajaan Negeri Sarawak Kerajaan Perlis Kerajaan Perpaduan Kerajaan PH-BN Kerajaan PN Kerajaan Pulau Pinang Kerajaan Sabah Kerajaan Selangor Kerajaan Terengganu Kereta Baharu Kereta Elektrik Kereta Mewah Kereta Terbang Kerja Luar Negara Keropok Beracun Kes Buli Kes Bunuh Kes Nik Elin KESEDAR Kesehatan & Perubatan Keselamatan Kesihatan & Perubatan Ketagihan Ketagihan Rokok Ketam Keterangan Saksi Ketua Hakim Negara Ketua Pembangkang Ketua Polis Negara Kewartawanan Khairuddin Hassan Khairul Aming Khairy Jamaluddin Khalwat KHTP Kim Pan-gon Kim Pang Gon Kisah Benar Kisah Cinta Kisah Dan Teladan Kisah Rumahtangga KJ KK Mart KKD KKDW KKM KKR KLCC KM Melaka KM Pulau Pinang KM Sabah Kod Koleksi Doa Koleksi Resepi Kolumnis Komentar Komik Komputer Komputer Riba Konflik Hamas Zionis Konflik Israel Palestin Kongsi Gelap Konsert Kontinjen Malaysia Kontrak Kontroversi Korea Selatan Korum Kos Haji Kos Sara Hidup Kosmetik Koyak KP Kesihatan KP Perak KP Selangor KP SPRM KP UMNO KPDN KPM KPN KPPA KPT KRC Kreatif Krisis Beras Krisis Makanan Krismas Kristian Kristian Zionist Kritik Kritikan Kronisme Kronologi KSN Ku Li Kuasa Allah Kufur Kulim Hi Tech Kupasan KWSP KXP Lagenda Lagenda Bolasepak LailatulQadar Lamine Yamal Langgar Syarat Langkah Dubai Langkawi Lantikan Baru Lantikan Politik Lantikan Secara kontrak Laporan Laporan Polis Laptop Percuma Laqporan Lato-Lato Laut Lawatan Rasmi LCS Lebuhraya Lelongan Lembaga Pengampunan Lenovo Lesen Memandu JPJ Letak Jawatan Levi's LGBTQ LGE LHDN Liga Europa Liga Juara-Juara Liga M Liga Malaysia Liga Perdana Inggeris Liga Super Liku-Liku Kehidupan LIMA LIMA'23 Lionel Messi LKAN Loghat Logo Lokman Noor Adam Lompat Parti Love Scam LPF LPT Luar Negara M40 MA63 Macam-Macam Madad Madanifobia Madinah MAE Maghribi Mahkamah Mahkamah Majistret Mahkamah Persekutuan Mahkamah Pilihan Raya Mahkamah Rayuan Mahkamah Rendah Syariah Mahkamah Sesyen Mahkamah Sivil Mahkamah Syariah Mahkamah Tinggi Mahkamaha Majistret MAIS Majikan Majlis Profesor Negara Mak Cik Kemboja Mak Nyah Makanan Laut Makkah Maksiat Malaysia Malaysia Madani Malaysian Malaysia MalaysiaNow Manchester City Manchester United Mangsa Mangsa Banjir Mangsa Nahas Manifesto Mantan KPN Mantan Pengarah Kesihatan Mantan Perdana Menteri MAPPA MAPPA XIX Maraton Mas Idayu Masa Dan Waktu Masalah Air Masalah Air Masalah Kesihatan Masalah Sosial Masjid Masjid Al-Aqsa Mat Rempit Matawang Matawang Kripto Mawi Maybank MB Kedah MB Kelantan MB N.Sembilan MB Perlis MB Selangor MB Terengganu MBI Selangor MCA Media Media Online Media Sosial Mee Segera Mekah Melaka Melayu Memeluk Islam Menara Ilham Mengaku Bersalah Meninggal Dunia Menteri Menteri Agama Menteri Ekonomi Menteri JPM Menteri KBS Menteri KDN Menteri Kesihatan Menteri Kewangan Menteri Kewangan II Menteri KKD Menteri Komunikasi Menteri KPDN Menteri KPKT Menteri MITI Menteri Pelancongan Menteri Pendidikan Menteri PKM Menu Rahmah Mercu Tanda Mesin ATM Mesir Messenger Meta AI MetMalaysia MFL Mi Segera MIC Michelle Yeoh Microsoft Mikrocip Minda Presiden PAS Mindef Mini Dhaka Minyak Diesel Minyak Masak Misi Angkasa Misi Rakyat Misteri Miza Ozawa MK K-Clique MKT UMNO MN MOF Mohamad Sabu Mohamed Salah Mohd Shukri Ramli Mohd Zaman Goh Mohon Maaf MoT Motivasi Motosikal MoU MPC MPM Mr H MTUC Muafakat Nasional Muallaf MUDA Mufti Kedah Mufti P.Pinang Mufti Perlis Mufti Pulau Pinang MUI Munafik Murid Sekolah Murtadha Dakwah Centre Musim Perayaan MyHSR MyKad MySejahtera MySJ Nabi Adam AS Nabi Ayub AS Nabi Daud AS Nabi Harun AS Nabi Hud AS Nabi Ibrahim AS Nabi Idris AS Nabi Ilyas AS Nabi Ilyasa' Nabi Isa Al Masih Nabi Ishaq AS Nabi Ismail AS Nabi Lut AS Nabi Muhammad SAW Nabi Musa AS Nabi Nuh AS Nabi Saleh AS Nabi Sulaiman AS Nabi Syu'aib AS Nabi Ya'akub AS Nabi Yahya AS Nabi Yunus AS Nabi Yusuf AS Nabi Zakaria AS Nabi Zulkifli AS Nabil Ahmad Nadhir Nasa Nadia Brian Nadir Al Nuri Nafsu Serakah Nahas Elmina Nahas Helikopter Nahas Udara Naimi Daini Narkotik NASA Nasihat Doktor Neelofa Negara Arab Negara Islam Negara Sekular Negarawan Nepotisme Netflix Netizen NGO Nilai Matawang Niqab Nisa Ai Nobita Non Muslim Noriko Ohara Norman Hakim Nostalgia NPRA Nurul Izzah NVIDIA OIC Olimpik Paris 2024 Omicron XBB On Negaraku Online OpenAI Oppo OPR Orang Awam Orang Hilang Orang Islam Orang Kafir Orang Kaya P.Ramasamy PAC PADU Pajakan P.Pinang Pakaian Isteri Rasulullah Pakar Pakar Automotif Pakar Ekonomi Pakar Perubatan Pakatan Harapan Pakej Umrah Paku Dulang Paku Serpih Palestin Pamalsuan Dokumen Pameran Pertahanan Pampasan Pancing Undi Pandora Papers Panduan Panglima Perang Parlimen Marang Parti Melayu Parti Politik PAS Pasaraya Pasca PRN Pasukan Perubatan PATI Patriotik PAU Pawagam PBB PBT PDRM Pecah Amanah Pecah Panggung Pegawai Masjid Pegawai Polis Peguam Peguam Negara Pejuang Melayu Pekerja Asing Pekerja IT Pekerja Rakyat Pelabur Asing Pelaburan Pelaburan Palsu Pelajar Pelajar IPT Pelajar Sekolah Pelajar Tahfiz Pelancongan Pelanduk Dua Serupa Pelantikan Pelik Tapi Benar Peluang Pelupusan Sampah Pemakaian Muslimah Pemandu Bas Pemansuhan Pembaca Berita Pembangkang Pembangunan Pembayaran Saman Pembekuan Akaun Pembela Tanah Air Pembohongan Pemborong Pembubaran Pembunuhan Pemecatan Pemimpin Hamas Pempengaruh Penafian Penagih Dadah Penahanan Penang FC Pencarum Penceramah Bebas Pencerobohan Pendaftaran Pendakwa Raya Pendakwah Pendakwah Selebriti Pendapat Pendedahan Penderaan Pendidikan Pendidikan Agama Pendirian Kerajaan Penetapan Tarikh Pilihanraya Pengacara Pengadil Pengalaman Pengamal Media Pengamal Undang-Undang Pengampunan Penganalisis Penganalisis Ekonomi Penganalisis Politik Pengaruh Pengasas Pengebumian Pengeluaran Pengganas Penggantungan Penghantar Makanan Penghormatan Terakhir Pengisytiharan Pengkid Penguatkuasa Pengumuman Pengundi Pengundi Hantu Pengusaha Makanan Penilaian Penipuan Penjawat Awam Penjelasan Penjenamaan Penutupan Penyakit Berjangkit Penyakit Buah Pinggang Penyakit Kronik Penyata Akaun Penyatuan Ummah Penyelewengan Penyelidik Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Peperangan Perancis Peratusan Perbandingan Perbankan Online Perbicaraan Percuma Perdana Menteri Pergaduhan PERHILITAN Perhimpunan Aman Perikaian Perikatan Nasional Perisian Perkahwinan Perkara 153 Perkataan Perkataan Kafir Perkauman Perkhidmatan Perlembagaan Perlembagaan Persekutuan Perlis Perlis Baharu Perlu Bantuan Permainan Permohonan Maaf Permotoran Perniagaan Perodua Persempadanan Kawasan Pilihanraya Persidangan Persundalan Pertandingan Pertuduhan Perubatan Perubatan Tradisional Perumahan Peruntukan Kewangan Pesawat Pesawat MAS Pesawat Ringan Pesta Seks PETA Petisyen Pilihanraya Petrol Petronas Petua PGA PH PH-BN Phone Scam Piala AFF Piala Asia Piala Dunia Piala Malaysia Pilih Bulu Pilihanraya PBT Pilihanraya Presiden Pinjaman Pinjaman Bank Pink WhatsApp PJSJ PKIBM PKR Plat Fancy PLUS PM PM Israel PMX PN PNB Podcast Poligami Polis Politik Politik Wang Popular Portal Portugal Poster Boy PPM PPS Prakazel "Pras" Michel PrayForGaza Premis Judi Presiden AS Presiden Cuepacs Presiden MUDA Presiden Turkiye Presiden UMNO Prestasi Prihatin PRK Jepak PRK Kemaman PRK Mahkota PRK Nenggiri PRK Pelangai PRK Pulai PRK Simpang Jeram PRK Sungai Bakap PRN Kedah PRN Kelantan PRN N.Sembilan PRN Pulau Pinang PRN Selangor PRN Terengganu PRN15 Pro-Bono Program Reliti Project Kuiper Projek PSI Proklamasi Promediatajdid Promosi Propaganda Protes Proton PRU 15 PRU 16 PSAP PTI PTPTN PU Syed Puasa Pulau Batu Putih Pulau Perhentian Pulau Pinang Pusat Servis PUSPAKOM Putera Mhakota Saudi Puteri Sarah PUTRA PUTRI Qatar Qiddiya Rafah Rafizi Ramli Raja Berperlembagaan Raja Petra Kamarudin Raja Pop Raja-Raja Melayu Rakyat Malaysia Ramadan Ramadhan Ramalan Ramalan Cuaca Ranking FIFA Rantau Panjang Rare Rasis Rasuah Rasulullah SAW Raya RCI Realiti Kehidupan Realme Recep Tayyip Erdogan REE Reformasi Rejim Zionis Rekod Rekod Dunia Guinness Remaja Remy Ishak Rencana Renungan Repot Polis Restoran Restoran Mamak Restoran Nasi Kandar Pelita RETVec Rezeki RFID Riba Ribut Rider Rider Delivery Ringgit RM To USD RMK-12 Roda Kehidupan Rokok Seludup Rombakan Kabinet Rona Kehidupan Ronaldinho Ronnie Liu RoS Rosyam Nor RPK RSAF RSN Rayer RTB Rumah Agam Rumah Mewah Rumah Terapung Rumah Terbuka Rumahtangga RUU Kawalan Merokok RUU Mufti Wilayah Persekutuan Sabah Sabah FC sabri Yunus SADA Saham Saifuddin Nasution Sains Saintis Salah Faham Salah Laku Salahguna Saman Saman Fitnah Samsung Sarawak Sarimah Ibrahim Saudara Baru SaveGaza SavePalestine Saya Ulang Scammer Seafood Search Sejarah Sekatan Sekolah Agama Sekolah Rendah Sekolah Vernakular Seksual Seksyen 498 Sektor Pekerjaan Selangor Selebriti Semakan Pemilih Semangat Kemerdekaan Sembang Politik Semikonduktor Senario SEO Sepak Takraw Sepanyol Separuh Akhir Serah Terima Tugas Serangan Masjid Serangga Serbuan Setel Shah Radhi Sheila Rusly Shila Amzah Shopee ShopeePay Shuib Sepahtu Siak Siasatan Sidang Parlimen Side Hustle Silaturahim Simbolik Sindiket Sindiran Singapura Sirah Islam Sissy Imann Sita Siwak SJKC SJKT Skandal LCS Skandal Rasuah Skandal Seks Skim Berpencen Skim Harga Maksimum SKMM Skuter Sokong Israel Sokongan Sokongan Kepada PM Solana Solat Jamaah Solidariti Solidariti Palestin Solscan Sombong SOSMA SpaceX Speaker Dewan Rakyat Spekulasi SPM SPR SPRM Sputnik SRC SRC International SSPA SSPN SST Starlink Statistik Storan STR SU Agong PBB Suami isteri SuamiIsteri Suara Animasi SUARAM Subhanallah Subsidi Suhaimi Saad SUHAKAM Suhu SUK Terengganu Sukan Sukan Basikal Sukan Bolasepak Sukan Olimpik Sukan SEA Sultan Johor Sultan Kedah Sultan Selangor Sunnah Superman Hew Support Palestine Boycott Israel. Survey SUV Syamsul Yusof Syed Saddiq Syria T/KPN T20 Tabung Haji Tafsir Al-Quran Tahniah Tahun Baru 2024 Taja Tamat Tempoh Tan Sri Acryl Sani Tan Sri Azam Baki Tan Sri Johari Abdul Tan Sri Razarudin Husain Tan Sri Robert Kuok Tanah Rizab Melayu Tanah Runtuh Tanah Suci Tanda Kiamat Tarawih Taska Tauliah Tawaran Tayar Tazkirah Tebusan Teh Tarik Teknologi Teknologi Automotif Teknologi Maklumat Telco telefon Bimbit Telefon Pintar Telegram Telekomunikasi Tema Tempatan Temuramah Tentera Amerika Tentera Zionis Terengganu Terenggganu FC Terkini TESLA TFC TGHH TH Thailand The Hague Tik Tok Tikel Kapal Terbang Tiket Tilawah Al Quran TIME Tip Dan Trik Tips N Triks Titah Diraja Titan Titanic TITM TKPN TLDM TM TMJ TNB Tok Duku Tok Mat Tokoh Tokoh Korporat Tokoh Ulama' Tokoh Wartawan Tol Percuma Top Ten Tottenham Hotspur Touch N Go TPM Tragedi Trending TS Annuar Musa TS Dr Noor Hisham TS Musa Hassan TS Rafidah Aziz TS Zeti Akhtar Aziz TSAM TSLKS TSMY Tsunami Tuah Tuduhan Tular Tun M Tunjuk Perasaan Tuntutan Tuntutan Sulu Turkiye Turliye Tutorial Tutup Kedai TV Pertiwi TV3 TV9 Twitter U Mobile UAI Ugutan Jenayah UiTM Ulama Ulangtahun Ulasan Ultra Kiasu UMMAH UMNO Umrah Undang-Undang Undang-Undang Tubuh Negeri Undang-Undang Syariah Undi Awal Undi Percaya Undi Tak Percaya UNGA Unik Universal Music UPM Urus Niaga Usahawan USD Ustaz Abdullah Khairi Ustaz Azhar Idrus Ustaz Don Daniyal Ustaz Wadi Annuar Ustaz Yaakob Yusra UWA Vaksin Velentine Day Vendor Veteran Politik VGK Video Video Call Video Lucah Viral Wacana SH Wahab Wakil Rakyat Wan Ahmad Fayshal Wanita Wany Hasrita Waranti Warga Asing Warga Asing Wanita Warga China Warga Emas Wawancara WBI WhatsApp WHO Wikipedia Windows Wisk Aero Wisma Putra Wukuf X X Corp X90 Xiaomi Yahudi Yahudi Laknatullah Yaqazah Yasin Sulaiman Yayasan Akalbudi Yayasan Al-Bukhary Yayasan AlBukhary Yayasan Nurjiwa Yayasan Sarawak YB Baddrul Bakhtiar YDP Agong Youtuber Yusof Haslam Zarina Anjoulie Zarina Zainuddin Zayn Zayyan Zizie Izette Zuraida Kamaruddin

Arkib Blog

Perlembagaan Persekutuan

Recent Posts

Copyright © BETUL BRO | Powered by Blogger