KLANG – Daerah Klang menjadi destinasi pertama lawatan kerja Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman pada tahun ini susulan kenaikan indeks jenayah yang semakin ketara sejak kebelakangan ini.
Pengarahnya, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, meskipun kadar jenayah meningkat di seluruh negara, namun Klang agak membimbangkan kerana gelaran Colombia.
“Saya pilih Klang sebagai lawatan pertama saya tahun ini sebab indeks atau jenayah seluruh negara semakin meningkat.
“Bukan Klang sahaja (jenayah meningkat) malah daerah ini dianggap sebagai Colombia,” katanya pada Sesi Towh Hall Kesejahteraan Komuniti Kemakmuran Bersama di Persatuan Hokkien Klang, di sini, hari ini.
Turut hadir Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan.
Hadir sama Ahli Parlimen Kapar, Dr Halimah Ali; Ahli Parlimen Klang, V. Ganabatirau; Adun Pelabuhan Klang, Azmizam Zamanhuri dan Adun Selat Klang, Datuk Abdul Rashid Asari.
Dalam pada itu, Shuhaily berkata, walaupun penduduk Daerah Klang mencecah 1.2 juta orang, namun ia bukan alasan kepada pihaknya untuk menjaga kesejahteraan rakyat.
“Saya lebih dengar keluhan masyarakat, dahulu Klang Selatan dan Klang Utara adalah satu daerah.
“Tapi jumlah penduduk mencecah lebih 900,000 orang tak masuk floating population. Penduduk Klang boleh cecah 1.2 juta orang.
“Sedangkan kekuatan IPD Klang Utara 671 orang, Klang Selatan 849 orang
“Itu bukan satu alasan saya gunakan untuk katakan bahawa kami kekurangan segala sudut, tapi tak boleh jadi satu alasan,” katanya lagi. – MalaysiaGazette
No comments:
Post a Comment