KANGAR: Kerajaan negeri (Perlis Baharu) terus kukuh di bawah pemerintahan PERIKATAN NASIONAL (PN) dengan kepimpinan dinamis serta berkomitmen terhadap pelaksanaan manifesto Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 lalu.
Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli berkata, kerajaan terus memberikan tumpuan utama untuk kemajuan serta mengejarnya dan mengabaikan perbezaan ideologi politik.
“Setiap tindakan yang dilaksanakan sekelilingnya rakyat sebagai fokus utama.
“Manifesto yang dijanjikan bukanlah sekadar omong kosong, tetapi setiap janji itu akan ditunaikan selagi diberi kepercayaan untuk terus mentadbir negeri ini,” ujar beliau sempena Majlis Amanat bersama penjawat awam negeri, semalam.
Tegas Shukri salah satu kejayaan Perlis Baharu adalah dalam sektor pelancongan di mana berjaya menarik pengunjung pelancong hadir ke negeri ini berikutan pelbagaian keunikan yang disediakan.
Malah jelasnya lagi, kejayaan itu mendapat pengiktirafan dengan penganugerahan Geopark Kebangsaan dan Gold Award Must Visit Place (Northern).
“Pada tahun 2023, Perlis mula menempa nama dan menjadi tumpuan ramai, terutamanya dengan menggunakan sumber kekuatan alam semulajadi dan kedudukan strategik bersempadanan dengan Thailand,” tambah beliau.
Mengulas lanjut, dalam pembangunan ekonomi, Perlis Baharu telah memperkenalkan pelbagai inisiatif antaranya Skim Pembiayaan Usahawan Mikro dan pengukuhan sayap pelaburan negeri menerusi anak syarikat negeri.
“Kajian strategik juga sedang dan telah dilaksanakan dalam bidang pembangunan ekonomi.
“Antaranya Kajian Gerbang Antarabangsa Satun-Kuala Perlis, Kajian Pembangunan Jeti Kuala Perlis, Kajian Kebolehlaksanaan dan Pelan Pelaksanaan Pembangunan Maritim Sanglang dan Rancangan Khas Kawasan (RKK) Wang Kelian,” jelas beliau lagi.
Pada majlis yang diadakan di Dewan 2020 itu, Menteri Besar turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat, termasuk Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis dan Urusetia Penerangan Negeri Perlis (UPNPs) yang banyak membantu dalam penyediaan Buku Pencapaian Satu Tahun Kerajaan negeri.
Dalam pada itu, beliau turut berazam untuk terus membawa perubahan positif dan merealisasikan manifesto mereka.
Justeru katanya, langkah penamatan operasi premis perjudian juga diambil untuk mengukuhkan syiar Islam negeri.
Oleh itu beliau mengajak semua pihak untuk terus bersatu demi merealisasikan harapan dan agenda pembangunan yang lebih cemerlang. – HARAKAHDAILY 5/1/2024
No comments:
Post a Comment