Jawatan kosong terkini di Tenaga Nasional Berhad (TNB) 2024. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di Tenaga Nasional Berhad (TNB) sebagaimana berikut.
1. Pembantu Tadbir (Imam)
Gaji Tetap (Pembantu Tadbir/Imam) : RM1,600.00 - RM3400.00
Elaun Elektrik : RM85.00
Taraf Jawatan : Dua (2) tahun Kontrak
Tarikh tutup permohonan 21 Januari 2024 (Ahad)
Lokasi penempatan : Kuala Lumpur
Sektor : Berkanun/ Swasta
Syarat-Syarat Kelayakan
Calon-calon yang berminat serta berkelayakan hendaklah membuat permohonan jawatan secara online di laman Sistem Permohonan Jawatan TNB, sila ke pautan yang diberikan di bawah untuk membuat permohonan).
Nota
- Warganegara Malaysia (Bukan dari kalangan Warga Kerja TNB atau Anak - Anak Syarikat TNB)
- Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Diploma Pentadbiran / Diploma Tahfiz Al-Quran (Pengajian Islam) atau Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau Sijil Tinggi Agama Islam Malaysia (STAM) atau kelayakan setaraf dengannya yang diiktiraf oleh kerajaan (Malaysian Qualifications Agency (MQA) atau Syahadah Tahfiz dari Mahad Tahfiz Al-Quran
- Berumur tidak melebihi 30 tahun pada tarikh tutup iklan.
- Mempunyai tahap kesihatan yang baik serta tidak menghidap sebarang penyakit kronik.
- Boleh bekerja secara bersendirian atau dalam satu pasukan.
- Sekurang-kurangnya 3 tahun pengalaman kerja sebagai Imam / Bilal
- Jawatan ini memerlukan calon yang berkebolehan untuk menjadi Imam, Bilal, menyampaikan tazkirah sekiranya diperlukan dan boleh mengetuai bacaan yasin dalam majlis-majlis korporat, termasuk juga menyediakan dan mambaca doa.
- Berkebolehan dalam membaca ayat-ayat Al-Quran dengan tajwid yang betul berserta tarannum.
- Mempunyai kemahiran dalam penggunaan komputer dan penyediaan bahan-bahan komunikasi seperti menyunting video dan penyediaan slide perbentangan.
- Selain mempunyai pengetahuan agama yang luas, calon berupaya menguruskan hal hal Pentadbiran pejabat dan surat-menyurat, serta berpengalaman dalam menguruskan majlis-majlis keagamaan.
Calon-calon yang berminat serta berkelayakan hendaklah membuat permohonan jawatan secara online di laman Sistem Permohonan Jawatan TNB, sila ke pautan yang diberikan di bawah untuk membuat permohonan).
Nota
Hanya pemohon yang disenarai pendek dijemput untuk menduduki sesi pemilihan seterusnya.
Iklan dan permohonan jawatan secara online disini
Iklan dan permohonan jawatan secara online disini
No comments:
Post a Comment