KUALA LUMPUR – Persempadanan semula bahagian pilihan raya jika dicadangkan kerajaan sukar diluluskan melalui sokongan dua pertiga ahli Dewan Rakyat.
Pengerusi Mobilisasi Sekretariat Proklamasi Orang Melayu, Khairuddin Abu Hassan berkata, ia kerana semua wakil rakyat Melayu sedar jika cadangan persempadanan semula diluluskan ia bakal melenyapkan kuasa politik Melayu buat selamanya.
“Saya juga amat yakin bahawa keseluruhan wakil-wakil Rakyat Melayu akan betsatu-padu untuk menentang hasrat ini demi untuk menyelamatkan kekuatan masa depan politik Melayu.
“Wakil-wakil rakyat Melayu juga tidak sanggup dilabelkan sebagai pengkhianat bangsa untuk menyokong bagi mendapatkan kelulusan persempadan semula di Dewan Rakyat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Namun menurut Khairuddin, wakil-wakil rakyat Melayu dari parti PKR, AMANAH serta DAP kemungkinan besar akan bersetuju untuk mengundi bagi menjayakan cadangan persempadanan semula kawasan-kawasan pilihan raya berkenaan.
Dalam apa jua situasi mana-mana wakil rakyat Melayu yang mengundi menyokong cadangan persempadanan semula di Dewan Rakyat bakal dihukum oleh keseluruhan para pengundi Melayu di seluruh pelusuk tanahair.
“Bangsa Melayu tidak akan sama sekali berkompromi dengan mana-mana daya usaha yang bakal mengancam ke arah memupuskan atau menghakis kekuatan politik Melayu tidak kira secara jangkapendek mahupun jangka panjang.
“Keistimewaan bangsa Melayu adalah mereka akan bertaut semula bersatu padu untuk mempertahankan setiap inci hak-hak bangsa, agama dan tanahair,” katanya. – MalaysiaGazette
No comments:
Post a Comment