Etherscan, salah satu syarikat rantaian-blok yang berpusat di Malaysia, kini telah mengambil-alih salah satu perkhidmatan data rantaian Solana, iaitu Solscan.io.
Pengambil-alihan ini sekaligus terus mengukuhkan kedudukan Etherscan dalam arena rantaian-blok.
Solscan sebelum ini telah ditubuhkan pada 2021 yang lepas, dan diakses lebih 3 juta pengguna setiap bulan.
Solscan memfokuskan penawaran data melibatkan rantaian-blok Solana, termasuk informasi transaksi dan metadata lain.
Dengan pengambil-alihan ini, Etherscan akan mengintegrasikan kedua-dua platform untuk mudah diakses antara satu sama lain, disamping mengintegrasikan ciri berguna pada semua penawaran perkhidmatan data rantaian dibawah mereka.
Harga pengambil-alihan tidak diumumkan oleh kedua-dua pihak buat masa ini.
-amanz.my
No comments:
Post a Comment