OLEH: Dr Idris Sulaiman
Orang-orang kafir dibolehkan masuk ke Madinah untuk berniaga dan sebagainya tetapi tidak dibenarkan menetap di dalamnya.
Kata Ibnu Qudamah “Ini kerana orang-orang Nasrani berniaga di Madinah pada zaman Omar radiallahuanhu.”
[al-Mughni, 9/286]
Tambah lagi, Nabi ﷺ telah menerima kedatangan delegasi Thaqif dan Najran yang terdiri daripada kalangan orang-orang bukan Islam di masjidnya, Masjid Nabi ﷺ antara tahun lapan dan sepuluh Hijrah.
Kedatangan delegasi-delegasi ini di Madinah berlaku sesudah turunnya firman Allah ﷻ:
إِنَّمَا ٱلۡمُشۡرِكُونَ نَجَسٞ فَلَا يَقۡرَبُواْ ٱلۡمَسۡجِدَ ٱلۡحَرَامَ بَعۡدَ عَامِهِمۡ هَٰذَا
“Sesungguhnya (kepercayaan) orang-orang kafir musyrik itu najis maka janganlah mereka menghampiri Masjidilharam sesudah tahun ini.”
[Al-Quran, al-Taubah, 9:28]
Jelasnya larangan yang terkandung dalam ayat di atas tidak merangkumi Tanah Suci Madinah mahupun Masjid Nabi ﷺ.
[Ibnu al-Qayyim, Ahkam Ahl al-Zimmah]
Sebaliknya larangan ayat 28, al-Taubah di atas merujuk kepada Masjidilharam Mekah dan seluruh Tanah Suci Mekah sebagaimana pendapat jumhur ulama, termasuk mazhab Syafie.
[al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah, 3/130]
No comments:
Post a Comment