TikTok yang terkenal sebagai platform perkongsian video pendek, kini nampaknya sedikit demi sedikit memperluaskan kebolehan memuat-naik video panjang.
Selepas membenarkan sejumlah besar pengguna memuat-naik video sepanjang 10 minit, kini pihak TikTok turut dilihat menguji keupayaan memuat-naik video sepanjang 30 minit.
Ciri ini masih pada peringkat ujian, dan beberapa pengguna telah mula menerimanya.
Ini sekaligus membuatkan kandungan yang lebih panjang dan lama dikongsikan, membuatkan pengguna menghabiskan masa lebih lama pada platform tersebut.
Secara tidak langsung juga, hal ini akan membawa kepada cabaran terhadap platform lain seperti YouTube.
Kebolehan memuat-naik video lebih lama ini juga dijangka membawa kepada kreativiti baharu, serta perkongsian corak video yang baharu seperti siri-TV dan sebagainya.
Apa pun, buat masa ini ia sekadar ujian awal, dan tidak diketahui sama ada semua akan menerimanya pada masa hadapan, atau hanya sejumlah akaun terpilih sahaja.
No comments:
Post a Comment