Di era moden ini, pengeluar telefon pintar semakin menghasilkan model yang canggih,
Dan hampir setiap hari orang menghabiskan masa yang lama menggunakan telefon pintar untuk pelbagai tujuan, termasuk akses internet.
Namun, penggunaan telefon pintar juga membawa bersama kebaikan dan keburukan.
Kelebihannya termasuk kemampuan untuk berkomunikasi dengan mudah pada bila-bila masa dan di mana-mana, contohnya melalui aplikasi WhatsApp.
Walaupun begitu, penggunaan telefon pintar tanpa kawalan boleh menyebabkan pembaziran masa dan boleh merugikan kesihatan. Banyak pengguna telefon pintar yang terlalu asyik bermain telefon ketika berada di tempat awam , bahkan ketika bersama keluarga, yang boleh memberi impak buruk kepada hubungan sosial dan emosi individu.
Tidak bermain telefon selama sebulan
Baru-baru ini, syarikat pembuat yogurt Amerika Syarikat, Siggi’s Dairy atau dikenali sebagai Siggi’s, telah mengumumkan peraduan di mana peserta berpeluang memenangi hadiah sebanyak AS$10,000 (RM47,105)
dengan syarat berjaya menjalani kehidupan tanpa menggunakan telefon pintar selama sebulan, seperti yang dilaporkan oleh USA Today.
Peraduan ini juga menawarkan hadiah lain kepada 10 peserta yang berjaya menjalani program detoks digital selama 30 hari. Tujuan peraduan ini adalah untuk membuktikan manfaat hidup bebas digital dan merangsang orang untuk memulakan tabiat hidup sihat pada tahun baru.
“Kami mencabar anda untuk tidak menggunakan telefon pintar selama sebulan. Kami percaya dalam kuasa menjalani kehidupan yang lebih sederhana tanpa gangguan. Salah satu gangguan terbesar dalam hidup kita hari ini ialah telefon pintar kita,” jelas syarikat itu.
Peserta perlu menghantar esei berjudul “Mengapa Anda Memerlukan Detoks Digital Dalam Hidup dan Bagaimana Ia Memberi Kesan Positif kepada Anda” sepanjang 100 hingga 500 perkataan sebelum dipilih sebagai pemenang.
Pada akhir peraduan, 10 peserta terpilih akan menerima hadiah wang tunai dan 60 cawan yogurt keluaran syarikat itu.
Tempoh pendaftaran peraduan bermula pada 17 Januari dan berakhir pada 31 Januari, dan ia terbuka hanya untuk rakyat Amerika Syarikat yang berumur 18 tahun ke atas.
-Info Rakyat
No comments:
Post a Comment