OLEH: Taufiq Tuah
Saya teringat pernah sembang dengan isteri pertama saya tentang 'circle' berkawan. Memang saya selalu nasihatkan tentang 'circle' berkawan tu sangat penting.
Tak lain tak bukan kerana hadith,
المرء على دين خليله فلينظر أحدكم من يخالل
“Agama Seseorang sesuai dengan agama teman dekatnya. Hendaklah kalian melihat siapakah yang menjadi teman dekatnya.”
(HR. Abu Daud dan Tirmidzi, dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Silsilah Ash-Shahihah, no. 927)
Lalu terlanjur buka lah isu luahan isteriku tentang kebanyakan orang berpurdah dan niqab yang selalu sombong. Malah ada kenalan lamanya yang berniqab tapi berperangai buruk.
Sebenarnya luahan yang sama pernah disebut oleh kawan² lelaki saya di kolej juga berkenaan sombongnya niqabis.
Saya kira ada beberapa perkara perlu diteliti.
1. Raut wajah ialah komponen utama dalam pemerhatian manusia. Dari senyuman orang, kita boleh tahu dia senyum suka atau senyum paksa. Dari tangis orang kita tahu tangisnya suka atau tangis duka. Jelas reaksi wajah dapat membuatkan kita baca sifat seseorang.
Bagi yang berpurdah dan berniqab, akhirnya yang hanya dapat dibaca ialah mata. Maka reaksi dan emosi niqabis ini tak dapat dibaca. Maka kita tak dapat lihat senyum yang diukirkan setelah disapa.
Adapun saya lihat hal yang sama muncul masa musim pendemik. Ketika semua orang pakai 'face mask' dan membuatkan kadang terlintas di hati kita, seseorang itu sombong hanya kerana matanya tidak seperti senyum pada kita.
2. Maka nampaklah macam sombong. Tapi sebenarnya 'thats not the case'. Saya sarankan muslimat boleh dekati niqabis ni di tempat yang kalian boleh baca reaksi wajah masing². Seperti di surau ke misalnya. Mungkin itu lebih menyenangkan hati.
3. Di hadapan lelaki, bagus lah jika kelihatan sombong sikit. Nampak lah 'mahal' sikit kan. Tak lah mudah² tersembang kosong dengan ajnabi. Jadi muslimat takyah hirau lah kata laki² yg camni. Buat cool jer.
4. Ada juga isu segelintir golongan niqabis ni yang bersifat negatif. Hakikatnya sifat buruk ini tak kira siapa. Yang tak berniqab, yang free hair hatta yang botak pun pasti ada yang negatif. Tak adil untuk kita pukul rata atas sifat personal.
5. Ada yang kata puak niqabis ni nanti berkawan dengan puak dia je. Sebenarnya hal yang sama ditujukan kepada yang tudung labuh. Sebenarnya kita kena faham, mereka ni minoriti. Jadi jika ada yang sepesen tu biasalah senang rapat.
Contoh mudah, kaki pancing kan mudah rapat dengan kaki pancing. Kaki motor mudah rapat dengan kaki motor. Persamaan itu mengakrabkan manusia.
Tapi sebagai wanita yang baik, maka carilah circle yang baik. Kerana walaupun ada khilaf tentang memakai purdah dan niqab, ia tak sedikitpun menafikan memakainya lebih baik dari tak memakai. Bab ada personal kurang baik tu, sama² nasihat lah.
6. Ada yang kata taknak pakai purdah sebab tak mahu riak. Nanti orang kata kita baik dsn. Ini ialah talbis iblis yang nyata. Kita beribadah kerana Allah dan bukan kerana orang. Sepatutnya Muslim berbangga untuk menunjukkan identiti Islam, terutamanya kita di negara yang bebas mengamalkan agama.
Jika alasan takut orang kata riak, maka tidak ada satupun akhirnya perkara mahmudah yang boleh dizahirkan pada awam sebab semuanya bakal datangkan riak.
Sebut alhamdulillah lepas bersin pun akhirnya baca pelan² sebab taknak orang dengar nanti riak. Sedangkan orang lain patut sambut hamdalah itu.
Laki pakai perfume pun tak boleh tempat awam nanti riak ikut sunnah. Sampai ada yang baca Al-Quran di KTM pun takut orang kata riak. Ini semua ialah tipu daya iblis untuk kita hentikan ibadah dikhalayak awam.
Bagaimana akhirnya kita nak tunjukkan dan menormalisasikan kebaikan jika diblok dengan "tanak lah nanti riak". Sedangkan,
مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ
“Barangsiapa yang menunjukkan sesuatu kebaikan maka dia mendapat pahala sama seperti yang melakukannya.”
[Riwayat Muslim (1893)]
Saya secara peribadi bukanlah seorang niqabis. Ye lah sebab saya laki². Tapi saya rasa hal ni perlu diluahkan dikhalayak awam. Semoga kita dapat menormalisasikan kebaikan insyaallah. Alhamdulillah, isteri saya juga sudah tidak skeptikal kepada yang berpudah malah bersahabat pula dengan mereka. Wallahualam.
No comments:
Post a Comment