Seorang individu lelaki yang mendakwa dirinya anak kepada makcik Kemboja yang sedang tular ketika ini tampil menafikan tuduhan dirinya memberi amaran dan mencabar netizen.
Menerusi laman X, pemuda yang dikenali sebagai Ezuan menjelaskan video tular itu telah diedit sehingga mencetuskan provokasi terhadap orang ramai.
Katanya, video asal berdurasi 2 minit 20 saat yang dimuat naik di TikTok sebenarnya ditujukan kepada bekas pekerja ibunya.
“Semalam, sekitar jam 2:30 petang, saya telah men-stitch satu konten yang dimuat naik oleh seorang individu, yang merupakan bekas pekerja di Mariyah Holdings.”
“Beliau telah memuat naik sebuah konten yang berunsur ugutan terhadap saya, kerana individu tersebut berkata bahawa, dia akan mendedahkan identiti saya, sebagai pencipta konten untuk ibu saya, Madam Mariyah.”
“Individu tersebut juga telah memaki hamun saya, dan juga ibu saya dalam konten tersebut,” tulisnya.
Dalam posting penjelasan itu, dia turut memuat naik video asal yang didakwa telah dibuang oleh TikTok daripada platform mereka.
“Mana dan di mana dalam video original yang dimuat naik oleh saya, saya ada sebut ‘cabar netizen atau cabar korang semua’ atau mana-mana individu atau pihak?
“Sedangkan saya cabar dia… spesifik, siap ada nama penuh dia sekali,” jelasnya.
Tambahnya, penjelasan itu dibuat susulan menerima banyak ugutan daripada netizen dan bimbang keselamatan terjejas.
“Perkara ini telah mengancam keselamatan saya, sehingga saya menerima terlalu banyak ugutan untuk ‘mengutip’ saya.
“Segala spekulasi terhadap saya adalah fitnah. Dan dengan nama Allah, saya tidak pernah terniat untuk mencabar netizen mahupun masyarakat untuk datang berjumpa saya,” tulisnya lagi.
Jelasnya, dia mahu menyelesaikan isu ini secara profesional bersama individu terbabit dan mahu orang ramai menilai secara baik.
Sumber: X
Credit: Lobak Merah
No comments:
Post a Comment