CYBERJAYA – Pasukan pejuang Hamas dilaporkan telah memusnahkan sejumlah 88 kereta kebal Merkava dan kenderaan tempur milik Pasukan Pertahanan Israel (IDF) dalam tempoh lima hari serangan darat di Gaza, Palestin.
TeribunNews yang memetik analisis Al-Jazeera berkata, pasukan IDF Israel mengalami kerugian besar dalam tempoh tersebut dan kini kekuatan kereta kebal serta kenderaan tempur lain berbaki kepada 295 buah sahaja.
“Dalam lima hari serangan darat, Israel kehilangan 88 kereta kebal dan kenderaan tempurnya.
“Hal itu diketahui berdasarkan analisis satelit yang diperolehi Al-Jazeera,” katanya.
Menurut laporan Al-Jazeera, jumlah kereta kebal dan kenderaan berperisai Israel di barat laut Gaza telah menurun secara mendadak.
“Sebelumnya pada 3 November 2023, jumlah kereta kebal dan kenderaan tempur Israel berjumlah 383 buah.
“Setelah lima hari pertempuran darat di Gaza, jumlah tersebut turun menjadi 295 buah.
“Namun penurunan jumlah kereta kebal dan kenderaan tempur Israel itu belum disahkan lebih lanjut oleh pihak Israel,” kata laporan itu.
Dalam perkembangan berkaitan, pada 11 November lalu, Briged Al-Qassam, syap tentera Hamas telah menyiarkan video yang menunjukkan pasukannya memusnah puluhan hingga ratusan kereta kebal serta kenderaan tempur tentera Israel.
Al-Qassam turut mendakwa IDF telah kehilangan sejumlah kereta kebal dan kenderaan tempur selama tempoh perang darat berlangsung di Gaza.
-suara.tv
No comments:
Post a Comment