Benjamin Netanyahu (kiri), Ismail Haniyeh (kanan) – foto Ynetnews
TEL AVIV, 22 Nov 2023 – Kabinet Israel bersetuju dengan perjanjian gencatan senjata bersama Hamas sebagai pertukaran pembebasan tahanan rejim itu.
Gencatan senjata itu dipersetujui selama empat hari.
Pegawai Israel berkata, sepanjang tempoh itu, tiada pertempuran membabitkan Israel ke atas Palestin.
Keputusan dicapai selepas mesyuarat berlangsung selama beberapa jam, bermula semalam dan berpanjangan sehingga hari ini.
Sebelum bertemu dengan kerajaan Israel, Netanyahu bertemu dengan kabinet perangnya dan kabinet keselamatan negara mengenai perjanjian itu.
Butiran mengenai perkara itu masih belum diperinci, tetapi pegawai Israel berkata, 50 tahanan akan dibebaskan sepanjang empat hari tempoh gencatan senjata berkuat kuasa.
Menurut Israel, Hamas dipercayai menahan kira-kira 240 tebusan, yang diculik ketika pejuangnya menyerbu masuk ke Israel pada 7 Oktober, membunuh 1,200 orang.
Qatar ialah perantara perjanjian itu dan disertai bersama Amerika Syarikat (AS), Israel, dan Hamas. – Awani
No comments:
Post a Comment