Oleh: Sarah Jane Gilbert
Dengan pembacaan pertama Rang Undang-UndangSuruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Pindaan) 2023 yang dilakukan di Dewan Rakyat pada hari ini oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undangdan Reformasi Institusi), Dato’ Sri Azalina Othman Said,Malaysia sedang melangkah ke arah pengukuhaninstitusi yang menjadi tunjang perlindungan hak asasimanusia di negara ini. Pindaan ini bertujuan untukmenggalas peranan Suruhanjaya Hak Asasi ManusiaMalaysia (SUHAKAM) sebagai entiti bebas yang lebihberwibawa, menggembleng tenaga untuk memperkasahak asasi manusia, khususnya hak wanita dan kanak-kanak.
Pindaan tersebut menggariskan dasar inklusiviti agar komposisi SUHAKAM, mempunyai wakil bagi Orang Kurang Upaya (OKU) serta menetapkan kuota minimum tiga puluh peratus untuk wanita termasuk cadanganuntuk memperkasa Pejabat Pesuruhjaya Kanak-Kanak, dengan pelantikan seorang Ketua Pesuruhjaya dan dua Pesuruhjaya tambahan di samping memperuntukkan kuasa tambahan kepada Suruhanjaya untuk lebih memantapkan pemeliharaan hak asasi golongan kanak-kanak di Malaysia.
Pindaan Rang Undang-undang adalah selari dengan perkembabgan global dalam usaha untuk mempertingkatkan mekanisme perlindungan hak asasi manusia. Negara-negara Eropah seperti Denmark, Jerman dan England telah lama memiliki suruhanjaya bebas yang berfungsi sebagai pemantau dan penasihat polisi kepada kerajaan.
Perkembangan ini juga memperlihatkan kotmitmen Malaysia dalam memenuhi tuntutan antarabangsa, khususnya Konvensyen Hak Kanak-Kanak PBB 2009. Laporan UNICEF yang menganalisis pelaksanaan konvesyen ini di 12 negara memberikan konteks perbandingan yang penting untuk Malaysia dalam usaha memberi panduan mengenai pelbagai caranegara-negara berlainan memperkukuhkan hak kanak-kanak melalui undang-undang dan polisi domestik.
Inisiatif Perdana Menteri Anwar Ibrahim dalam menubuhkan komisi kanak-kanak yang bebas telah mendapat sambutan hangat, seiring dengan pelantikan Dr. Farah Nini Dusuki sebagai Pesuruhjaya Kanak-Kanak yang baru.
Langkah ini dilihat sebagai usahakonkrit untuk menangani isu pengabaian dan penderaan yang sering kali terpinggir dari sorotan utama.
Model yang dilaksanakan di negara maju sepertiSweden dan New Zealand didapati amat berkesan hasil daripanda memiliki kerangka kerja perlindungan kanak-kanak yang memberi penumpuan kepada konsistensi pengawasan dan pemantauan disamping memiliki autonomi institusi yang dijamin oleh akta.
Model-model ini perlu dirujuk untuk dijadikan asas pelaksanaan di negara kita terutamanya dalam memastikanpelaksanaan yang menyeluruh.
Pindaan terhadap SUHAKAM ini dijangka akanmembawa peningkatan dalam menangani isupengabaian dan penderaan kanak-kanak di Malaysia. Keupayaan untuk bertindak atas laporan pelanggaranhak dengan lebih cepat dan tegas dapat memperbaiki tanggapan masyarakat terhadap institusi hak asasimanusia dan membina kepercayaan terhadap kerajaan.
Inisiatif kerajaan Malaysia untuk meminda Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999 merupakan langkah penting dalam mengukuhkan asashak asasi di negara ini. Cadangan perubahan kepada Akta tersebut bertujuan untuk meningkatkankeberkesanan operasi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) dan dijangka akan menjadi contoh untuk pengurusan hak asasi manusia di Asia Tenggara.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undangdan Reformasi Institusi), Azalina Othman Said, menegaskan dedikasi kerajaan, “Pindaan inimelambangkan tekad kami untuk melindungi dan mempromosikan hak asasi manusia di Malaysia, memastikan bahawa SUHAKAM dapat berfungsi tanpa halangan dan dengan impak yang lebih besar.”
Sementara RUU ini menanti perbahasan selanjutnya di Dewan Rakyat, badan persendirian seperti NGO, institusi hak asasi manusia, dan para aktivis hak asasi manusia perlu mengambil peranan dalam mendidik dan menyebarkan kesedaran kepada masyarakat luas mengenai perkara ini dengan menggalakkanperbincangan terbuka dan mendalam mengenai bagaimana pindaan ini akan dilaksanakan.
Dengan sedemikian, perbahasan parlimen yang dijadualkan pada 29 November ini akan menjadi lebih produktif, reflektif dan berdasarkan kepada aspirasirakyat yang sebenar. Ia akan menjadikan proses perubahan bukan sahaja inklusif tetapi juga transformative dengan memastikan bahawa setiap insandi Malaysia ini termasuk wanita dan kanak-kanak dapat menikmati perlindungan hak yang saksama dan efektif.
RUU Pindaan SUHAKAM 2023 adalah lebih daripada sekadar janji pembaharuan institusi oleh Kerajaan; ia merupakan manifestasi komitmen kita untuk membina masa depan Malaysia sebagai bangsa yang berdaulat, dengan agenda hak asasi manusia yang berakar umbi dalam nilai dan aspirasi kita.
Ini bukan sahaja langkah maju dalam hukum, tetapi juga dalam etos dan roh kebangsaan kita. Dengan setiap perdebatan, diskusi, dan tindakan yang diambil, kita mengukir jalan menujumasa depan di mana kesejahteraan dan martabat setiap individu, terutamanya generasi muda berkembang majudan progresif selaras dengan usaha mencipta sebuahMalaysia Madani.
Penulis ialah Aktivis Hak Asasi Manusia
-suara.tv
No comments:
Post a Comment