Utama » , , , » Kenali Rasul:Nabi Ismail ‘Alaihissalam

Kenali Rasul:Nabi Ismail ‘Alaihissalam

 


Ismail (bahasa Arab: إسماعيل, bahasa Ibrani: יִשְׁמָעֵאל) dalam kedua-dua bahasa bermaksud 'Allah telah mendengar' iaitu Allah telah menjawab doa Nabi Ibrahim AS untuk mempunyai anak, dan Dia dianugerahkan Ismail. Nabi Ismail adalah putera pertama Nabi Ibrahim AS dengan Hajar.

Kisah Nabi Ismail AS[sunting | sunting sumber]

Nabi Ibrahim yang berhijrah meninggalkan Mesir bersama Sarah, isterinya dan Hajar, dayangnya di tempat tujuannya di Palestin. Ia telah membawa pindah juga semua binatang ternakannya dan harta miliknya yang telah diperolehinya sebagai hasil usaha niaganya di Mesir. Al-Bukhari meriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a. berkata:

"Pertama-tama yang menggunakan setagi {setagen} ialah Hajar ibu Nabi Ismail tujuan untuk menyembunyikan kandungannya dari Siti Sarah yang telah lama berkumpul dengan Nabi Ibrahim a.s. tetapi belum juga hamil. Tetapi walaubagaimana pun juga akhirnya terbukalah rahsia yang disembunyikan itu dengan lahirnya Nabi Ismail a.s. Dan sebagai lazimnya seorang isteri sebagai Siti Sarah merasa telah dikalahkan oleh Siti Hajar sebagai seorang dayangnya yang diberikan kepada Nabi Ibrahim a.s. Dan sejak itulah Siti Sarah merasakan bahawa Nabi Ibrahim a.s. lebih banyak mendekati Hajar kerana merasa sangat gembira dengan puteranya yang tunggal dan pertama itu, hal ini yang menyebabkan permulaan ada keratakan dalam rumahtangga Nabi Ibrahim a.s. sehingga Siti Sarah merasa tidak tahan hati jika melihat Siti Hajar dan minta pada Nabi Ibrahim a.s. supaya menjauhkannya dari matanya dan menempatkannya di lain tempat."

Untuk sesuatu hikmah yang belum diketahui dan disedari oleh Nabi Ibrahim Allah s.w.t. mewahyukan kepadanya agar keinginan dan permintaan Sarah isterinya dipenuhi dan dijauhkanlah Ismail bersama Hajar ibunya dan Sarah ke suatu tempat di mana yang ia akan tuju dan di mana Ismail puteranya bersama ibunya akan ditempatkan dan kepada siapa akan ditinggalkan.

Maka dengan tawakkal kepada Allah berangkatlah Nabi Ibrahim meninggalkan rumah membawa Hajar dan Ismail yang diboncengkan di atas untanya tanpa tempat tujuan yang tertentu. Ia hanya berserah diri kepada Allah yang akan memberi arah kepada binatang tunggangannya. Dan berjalanlah unta Nabi Ibrahim dengan tiga hamba Allah yang berada di atas punggungnya keluar kota masuk ke lautan pasir dan padang terbuka di mana terik matahari dengan pedihnya menyengat tubuh dan angin yang kencang menghembur-hamburkan debu-debu pasir.

Ismail dan ibunya Hajar ditinggalkan di Makkah[sunting | sunting sumber]

Setelah berminggu-minggu berada dalam perjalanan jauh yang memenatkan, tibalah pada akhirnya Nabi Ibrahim bersama Ismail dan ibunya di Makkah kota suci dimana Kaabah didirikan dan menjadi kiblat manusia dari seluruh dunia. Di tempat di mana Masjidil Haram sekarang berada, berhentilah unta Nabi Ibrahim mengakhiri perjalanannya dan di situlah ia meninggalkan Hajar bersama puteranya dengan hanya dibekali dengan serantang bekal makanan dan minuman sedangkan keadaan sekitarnya tiada tumbuh-tumbuhan, tiada air mengalir, yang terlihat hanyalah batu dan pasir kering. Alangkah sedih dan cemasnya Hajar ketika akan ditinggalkan oleh Ibrahim seorang diri bersama dengan anaknya yang masih kecil di tempat yang sunyi senyap dari segala-galanya kecuali batu gunung dan pasir. Ia seraya merintih dan menangis, memegang kuat-kuat baju Nabi Ibrahim memohon belas kasihnya, janganlah ia ditinggalkan seorang diri di tempat yang kosong itu, tiada seorang manusia, tiada seekor binatang, tiada pohon dan tidak terlihat pula air mengalir, sedangkan ia masih menanggung beban mengasuh anak yang kecil yang masih menyusu. Nabi Ibrahim mendengar keluh kesah Hajar merasa tidak tergamak meninggalkannya seorang diri di tempat itu bersama puteranya yang sangat disayangi akan tetapi ia sedar bahwa apa yang dilakukan nya itu adalah kehendak Allah s.w.t. yang tentu mengandungi hikmat yang masih terselubung baginya dan ia sedar pula bahawa Allah akan melindungi Ismail dan ibunya dalam tempat pengasingan itu dan segala kesukaran dan penderitaan. Ia berkata kepada Hajar:

"Bertawakkallah kepada Allah yang telah menentukan kehendak-Nya, percayalah kepada kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya. Dialah yang memerintah aku membawa kamu ke sini dan Dialah yang akan melindungi mu dan menyertaimu di tempat yang sunyi ini. Sesungguh kalau bukan perintah dan wahyunya, tidak sesekali aku tergamak meninggalkan kamu di sini seorang diri bersama puteraku yang sangat ku cintai ini. Percayalah wahai Hajar bahwa Allah Yang Maha Kuasa tidak akan melantarkan kamu berdua tanpa perlindungan-Nya. Rahmat dan barakah-Nya akan tetap turun di atas kamu untuk selamanya, insya-Allah."

Mendengar kata-kata Ibrahim itu segeralah Hajar melepaskan genggamannya pada baju Ibrahim dan dilepaskannyalah beliau menunggang untanya kembali ke Palestin dengan iringan air mata yang bercurahan membasahi tubuh Ismail yang sedang menyusu. Sedang Nabi Ibrahim pun tidak dapat menahan air matanya keetika ia turun dari dataran tinggi meninggalkan Makkah menuju kembali ke Palestin di mana isterinya Sarah sedang menanti. Ia tidak henti-henti selama dalam perjalanan kembali memohon kepada Allah perlindungan, rahmat dan barakah serta kurniaan rezeki bagi putera dan ibunya yang ditinggalkan di tempat terasing itu. Ia berkata dalam doanya:" Wahai Tuhanku! Aku telah tempatkan puteraku dan anak-anak keturunannya di dekat rumah-Mu (Baitullahil Haram) di lembah yang sunyi dari tanaman dan manusia agar mereka mendirikan solat dan beribadat kepada-Mu. Jadikanlah hati sebahagian manusia cenderung kepada mereka dan berilah mereka rezeki dari buah-buahan yang lazat, mudah-mudahan mereka bersyukur kepada-Mu."

Mata air Zamzam[sunting | sunting sumber]

Sepeninggal Nabi Ibrahim tinggallah Hajar dan puteranya di tempat yang terpencil dan sunyi itu. Ia harus menerima nasib yang telah ditakdirkan oleh Allah atas dirinya dengan kesabaran dan keyakinan penuh akan perlindungan-Nya. Bekalan makanan dan minuman yang dibawanya dalam perjalanan pada akhirnya habis dimakan selama beberapa hari sepeninggalan Nabi Ibrahim. Maka mulailah terasa oleh Hajar beratnya beban hidup yang harus ditanggungnya sendiri tanpa bantuan suaminya. Ia masih harus menyusu anaknya, namun air susunya makin lama makin mengering disebabkan kekurangan makan. Anak yang tidak dapat minuman yang memuaskan dari susu ibunya mulai menjadi cerewet dan tidak henti-hentinya menangis. Ibunya menjadi panik, bingung dan cemas mendengar tangisan anaknya yang sangat menyayat hati itu. Ia menoleh ke kanan dan ke kiri serta lari ke sana ke sini mencari sesuap makanan atau seteguk air yang dapat meringankan kelaparannya dan meredakan tangisan anaknya, namun sia-sialah usahanya. Ia pergi berlari harwalah menuju Bukit Safa kalau-kalau ia boleh mendapatkan sesuatu yang dapat menolongnya tetapi hanya batu dan pasir yang didapatnya disitu, kemudian dari Bukit Safa ia melihat bayangan air yang mengalir di atas Bukit Marwah, dan larilah ia berharwahlah ke tempat itu, namun ternyata bahawa yang disangkanya air adalah fatamorgana {bayangan} belaka dan kembalilah ke Bukit Safa kerana mendengar seakan-akan ada suara yang memanggilnya tetapi gagal dan melesetlah dugaannya. Demikianlah maka kerana dorongan hajat hidupnya dan hidup anaknya yang sangat disayangi, Hajar mundar-mundir berlari sampai tujuh kali antara Bukit Safa dan Marwah yang pada akhirnya ia duduk termenung merasa penat dan hampir berputus asa.

Diriwayatkan bahawa selagi Hajar berada dalam keadaan tidak berdaya dan hampir berputus asa kecuali dari rahmat Allah dan pertolongan-Nya, datanglah kepadanya Malaikat Jibril bertanya: "Siapakah sebenarnya engkau ini?" "Aku adalah hamba sahaya Ibrahim", jawab Hajar. "Kepada siapa engkau dititipkan di sini?" tanya Jibril. "Hanya kepada Allah", jawab Hajar. Lalu berkata Jibril: "Jika demikian, maka engkau telah dititipkan kepada Dzat Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih, yang akan melindungimu, mencukupi keperluan hidupmu dan tidak akan mensia-siakan kepercayaan ayah puteramu kepada-Nya."

Kemudian diajaklah Hajar mengikutinya pergi ke suatu tempat di mana Jibril menginjakkan telapak kakinya kuat-kuat di atas tanah dan segeralah memancur dari bekas telapak kaki itu air yang jernih dengan kuasa Allah. Itulah dia mata air Zamzam yang sehingga kini dianggap keramat oleh jemaah Haji, berdesakan sekelilingnya bagi mendapatkan setitik atau seteguk air daripadanya dan kerana sejarahnya mata air itu disebut orang "Injakan Jibril".

Alangkah gembiranya dan lega dada Hajar melihat air yang mancur itu. Segera ia membasahi bibir puteranya dengan air keramat itu dan segera pula terlihat wajah puteranya segar kembali, demikian pula wajah si ibu yang merasa sangat bahagia dengan datangnya mukjizat dari sisi Tuhan yang mengembalikan kesegaran hidup kepadanya dan kepada puteranya sesudah dibayang-bayangi oleh bayangan mati kelaparan yang mencekam dada.

Mancurnya air Zamzam telah menarik burung-burung berterbangan mengelilingi daerah itu menarik pula perhatian sekelompok bangsa Arab dari suku Jurhum yang merantau dan sedang berkhemah di sekitar Makkah. Mereka mengetahui dari pengalaman bahawa di mana ada terlihat burung di udara, nescaya dibawahnya terdapat air, maka diutuslah oleh mereka beberapa orang untuk memeriksa kebenaran teori ini. Para pemeriksa itu pergi mengunjungi daerah di mana Hajar berada, kemudian kembali membawa berita gembira kepada kaumnya tentang mata air Zamzam dan keadaan Hajar bersama puteranya. Segera sekelompok suku Jurhum itu memindahkan perkhemahannya ke tempat sekitar Zamzam, di mana kedatangan mereka disambut dengan gembira oleh Hajar kerana adanya sekelompok suku Jurhum di sekitarnya, ia memperolehi jiran-jiran yang akan menghilangkan kesunyian dan kesepian yang selama ini dirasakan di dalam hidupnya berduaan dengan puteranya saja.

Hajar bersyukur kepada Allah yang dengan rahmatnya telah membuka hati orang-orang itu cenderung datang meramaikan dan memecahkan kesunyian lembah di mana ia ditinggalkan sendirian oleh Ibrahim.

Ismail Bantu Ibrahim Bina Kaabah[sunting | sunting sumber]

Nabi Ismail dibesarkan di Makkah (pekarangan Kaabah). Apabila dewasa beliau berkahwin dengan wanita daripada puak Jurhum. Walaupun tinggal di Makkah, Ismail sering dikunjungi bapanya.

Pada satu ketika, bapanya menerima wahyu daripada Allah supaya membina Kaabah. Perkara itu disampaikan kepada anaknya. Ismail berkata: “Kerjakanlah apa yang diperintahkan Tuhanmu kepadamu dan aku akan membantumu dalam pekerjaan mulia itu.”Ketika membina Kaabah, Nabi Ibrahim berkata kepada Ismail: “Bawakan batu yang baik kepadaku untuk aku letakkan di satu sudut supaya ia menjadi tanda kepada manusia.”Kemudian Jibril memberi ilham kepada Ismail supaya mencari batu hitam untuk diserahkan kepada Nabi Ibrahim.Setiap kali bangun, mereka berdoa: “Wahai Tuhan kami, terimalah daripada kami (amalan kami), sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”Bangunan (Kaabah) itu menjadi tinggi dan Ibrahim makin lemah untuk mengangkat batu. Dia berdiri di satu sudut, kini dikenali Makam Ibrahim.

Nabi Ibrahim sering berulang-alik mengunjungi anaknya. Pada satu hari, beliau tiba di Makkah dan mengunjungi rumah anaknya.Bagaimanapun, Ismail tiada di rumah ketika itu melainkan isterinya. Isteri Ismail tidak mengenali orang tua itu adalah bapa Ismail.Apabila Nabi Ibrahim bertanya isteri Nabi Ismail mengenai suaminya itu, beliau diberitahu anaknya keluar berburu. Seterusnya Nabi Ibrahim bertanya keadaan mereka berdua. Isterinya berkata: “Kami berada dalam kesempitan.”Nabi Ibrahim berkata: “Apakah kamu mempunyai jamuan, makanan dan minuman?“ Dijawab isteri Ismail: “Aku tidak mempunyainya, malah apa pun tiada.”Kelakukan isteri Nabi Ismail itu tidak manis dipandang Nabi Ibrahim kerana kelihatan tidak reda dengan pemberian Allah dan jemu untuk hidup bersama suaminya. Malah, dia kelihatan bersifat kedekut kerana tidak mengalu-alukan kedatangan tetamu.Akhirnya Nabi Ibrahim berkata kepada isteri anaknya: “Jika suamimu kembali, sampaikanlah salamku kepadanya dan katakan kepadanya supaya dia menggantikan pintunya.”

Selepas itu Nabi Ibrahim beredar dari situ. Sejurus kemudian, Nabi Ismail pulang ke rumah dengan hati gembira kerana dia menganggap tiada perkara tidak diingini berlaku sepanjang ketiadaannya di rumah. Nabi Ismail bertanya isterinya: “Apakah ada orang datang menemui kamu?“Isterinya berkata: “Ya, ada orang tua kunjungi kita.” Ismail berkata: “Apakah dia mewasiatkan sesuatu kepadamu?“ Isterinya berkata: “Ya, dia menyuruhku menyampaikan salam kepadamu dan memintaku mengatakan kepadamu supaya menggantikan pintumu.”Ismail berkata: “Dia adalah bapaku. Sesungguhnya dia menyuruhku supaya menceraikanmu, maka kembalilah kepada keluargamu.”Selepas menceraikan isterinya, Nabi Ismail berkahwin lain, kali ini dengan seorang lagi wanita daripada kaum Jurhum. Isteri baru itu mendapat keredaan bapanya kerana pandai menghormati tetamu, tidak menceritakan perkara yang menjatuhkan maruah suami dan bersyukur dengan nikmat Allah. Ismail hidup bersama isteri barunya itu hingga melahirkan beberapa anak.

Nabi Ismail mempunyai 12 anak lelaki dan seorang anak perempuan yang dikahwinkan dengan anak saudaranya, iaitu Al-’Ish bin Ishak. Daripada keturunan Nabi Ismail lahir Nabi Muhammad s.a.w. Keturunan Nabi Ismail juga mewujudkan bangsa Arab Musta’ribah.

Nabi Ismail sebagai Qurban[sunting | sunting sumber]

Nabi Ibrahim dari masa ke semasa pergi ke Makkah untuk mengunjungi dan menjenguk Ismail di tempat pengasingannya bagi menghilangkan rasa rindu hatinya kepada puteranya yang ia sayangi serta menenangkan hatinya yang selalu rungsing bila mengenangkan keadaan puteranya bersama ibunya yang ditinggalkan di tempat yang tandus, jauh dari masyarakat kota dan pengaulan umum.

Sewaktu Nabi Ismail mencapai usia remajanya Nabi Ibrahim a.s. mendapat mimpi bahwa ia harus menyembelih Ismail puteranya. Dan mimpi seorang nabi adalah salah satu dari cara-cara turunnya wahyu Allah, maka perintah yang diterimanya dalam mimpi itu harus dilaksanakan oleh Nabi Ibrahim. Ia duduk sejurus termenung memikirkan ujian yang maha berat yang ia hadapi. Sebagai seorang ayah yang dikurniai seorang putera yang sejak puluhan tahun diharap-harapkan dan didambakan, seorang putera yang telah mencapai usia di mana jasa-jasanya sudah dapat dimanfaatkan oleh si ayah, seorang putera yang diharapkan menjadi pewarisnya dan penyampung kelangsungan keturunannya, tiba-tiba harus dijadikan qurban dan harus direnggut nyawa oleh tangan si ayah sendiri.

Namun ia sebagai seorang Nabi, pesuruh Allah dan pembawa agama yang seharusnya menjadi contoh dan teladan bagi para pengikutnya dalam bertaat kepada Allah, menjalankan segala perintah-Nya dan menempatkan cintanya kepada Allah di atas cintanya kepada anak, isteri, harta benda dan lain-lain. Ia harus melaksanakan perintah Allah yang diwahyukan melalui mimpinya, apa pun yang akan terjadi sebagai akibat pelaksanaan perintah itu.

Sungguh amat berat ujian yang dihadapi oleh Nabi Ibrahim, namun sesuai dengan firman Allah yang bermaksud: "Allah lebih mengetahui di mana dan kepada siapa Dia mengamanatkan risalahnya". Nabi Ibrahim tidak membuang masa lagi, berazam (niat) tetap akan menyembelih Nabi Ismail puteranya sebagai qurban sesuai dengan perintah Allah yang telah diterimanya. Dan berangkatlah serta merta Nabi Ibrahim menuju ke Makkah untuk menemui dan menyampaikan kepada puteranya apa yang Allah perintahkan.

Nabi Ismail sebagai anak yang soleh yang sangat taat kepada Allah dan bakti kepada orang tuanya, ketika diberitahu oleh ayahnya maksud kedatangannya kali ini tanpa ragu-ragu dan berfikir panjang berkata kepada ayahnya:

"Wahai ayahku! Laksanakanlah apa yang telah diperintahkan oleh Allah kepadamu. Engkau akan menemuiku insya-Allah sebagai seorang yang sabar dan patuh kepada perintah. Aku hanya meminta dalam melaksanakan perintah Allah itu, agar ayah mengikatku kuat-kuat supaya aku tidak banyak bergerak sehingga menyusahkan ayah, kedua agar menanggalkan pakaianku supaya tidak terkena darah yang akan menyebabkan berkurangnya pahalaku dan terharunya ibuku bila melihatnya, ketiga tajamkanlah parangmu dan percepatkanlah perlaksanaan penyembelihan agar meringankan penderitaan dan rasa pedihku, keempat dan yang terakhir sampaikanlah salamku kepada ibuku berikanlah kepadanya pakaian ku ini untuk menjadi penghiburnya dalam kesedihan dan tanda mata serta kenang-kenangan baginya dari putera tunggalnya."

Kemudian dipeluknyalah Ismail dan dicium pipinya oleh Nabi Ibrahim seraya berkata: "Bahagialah aku mempunyai seorang putera yang taat kepada Allah, bakti kepada orang tua yang dengan ikhlas hati menyerahkan dirinya untuk melaksanakan perintah Allah".

Saat penyembelihan yang mengerikan telah tiba. Diikatlah kedua tangan dan kaki Ismail, dibaringkanlah ia di atas lantai, lalu diambillah parang tajam yang sudah tersedia dan sambil memegang parang di tangannya, kedua mata nabi Ibrahim yang tergenang air berpindah memandang dari wajah puteranya ke parang yang mengilap di tangannya, seakan-akan pada masa itu hati beliau menjadi tempat pertarungan antara perasaan seorang ayah di satu pihak dan kewajiban seorang rasul di satu pihak yang lain. Pada akhirnya dengan memejamkan matanya, parang diletakkan pada leher Nabi Ismail dan penyembelihan di lakukan . Akan tetapi apa daya, parang yang sudah demikian tajamnya itu ternyata menjadi tumpul dileher Nabi Ismail dan tidak dapat berfungsi sebagaimana mestinya dan sebagaimana diharapkan.

Kejadian tersebut merupakan suatu mukjizat dari Allah yang menegaskan bahwa perintah perkorbanan Ismail itu hanya suatu ujian bagi Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail sampai sejauh mana cinta dan taat mereka kepada Allah. Ternyata keduanya telah lulus dalam ujian yang sangat berat itu. Nabi Ibrahim telah menunjukkan kesetiaan yang tulus dengan perkorbanan puteranya. untuk berbakti melaksanakan perintah Allah sedangkan Nabi Ismail tidak sedikit pun ragu atau bimbang dalam memperagakan kebaktiannya kepada Allah dan kepada orang tuanya dengan menyerahkan jiwa raganya untuk dikorbankan, sampai-sampai terjadi seketika merasa bahwa parang itu tidak lut memotong lehernya, berkatalah ia kepada ayahnya:" Wahai ayahku! Rupa-rupanya engkau tidak sampai hati memotong leherku karena melihat wajahku, cubalah telangkupkan aku dan laksanakanlah tugasmu tanpa melihat wajahku. "Akan tetapi parang itu tetap tidak berdaya mengeluarkan setitik darah pun dari daging Ismail walau ia telah ditelangkupkan dan dicuba memotong lehernya dari belakang.

Dalam keadaan bingung dan sedih hati, kerana gagal dalam usahanya menyembelih puteranya, datanglah kepada Nabi Ibrahim wahyu Allah dengan firmannya: "Wahai Ibrahim! Engkau telah berhasil melaksanakan mimpimu, demikianlah kami akan membalas orang-orang yang berbuat kebajikan". Kemudian sebagai tebusan ganti nyawa, Ismail telah diselamatkan itu, Allah memerintahkan Nabi Ibrahim menyembelih seekor Qibas yang telah tersedia di sampingnya dan segera dipotong leher kambing itu oleh beliau dengan parang yang tumpul di leher puteranya Ismail itu. Dan inilah asal permulaan sunnah berqurban yang dilakukan oleh umat Islam pada tiap Hari Raya Aidiladha di seluruh pelosok dunia.

Sumber: Wikipedia

Share:

No comments:

Post a Comment

Posting Popular

Carian Blog

Powered by Blogger.

Labels

1 Syawal 1MDB 2023 3R 7E A & W Abdullah Hj Jaafar Abdurrahman Ahmad Muaz Abu Ubaida Adun Gurun Adun Rembia ADUN Sungai Bakap Aeronautik AES Agama Islam Agamawan Agenda Politik Agihan Keuntungan Ahli Akademik Ahli Ekonomi Sukan Ahli Parlimen Ahli Perniagaan Ahli Politik Ahli Sukan Ahmad Terrirudin Salleh AHTV AI AI Generatif Aidil Adha Aidilfitri AIM AISHM Ajaran Sesat AJL Akad Nikah Akaun Fleksibel Akaun Ke-3 Akta 852 Akta Hasutan Akta Lompat Parti Aktivis Aktivis Politik Al Fatihah Al Imam Al Mahdi Al Quran Al-Aqsa Alam Haiwan Alam Laut Alhamdulillah Allahyarham Tun Daim Zainuddin Allhuakbar Allyarhamah Datuk Syarifah Aini Alternatif Aman Palestin Amanah Amanat Tersirat Amaran Amazon Ambalat Amerika syarikat Amirudin Shari AMLA Anak Bulan Anak Derhaka Anak Istimewa Anak Muda Anak Perempuan Anak Syurga Anak Yatim Analisis Ancaman Bom Android Angeline Tan Angkat Sumpah Antarabangsa Anthony Loke Antonio Guterres Anugerah Anugerah Oscar Anugerah Sukan APDP APK Aplikasi APM APMM Apple Applikasi Apungan Harga Arab Saudi Arafah Arah Kiblat Argentina Arif Aiman Artis Antarabangsa Artis Cerai Artis Duda Artis Janda Artis Kahwin Artis Lagenda Artis Nasyid Artis Tempatan Artis Veteran As Syahid Ismail Haniyeh ASB Aset Asma' Binti Abu Bakar ASN Astro Awani Asyairah ATM Audit Audit Negara Aurat Wanita Awas Axia Ayahanda Azmin Ali B40 Baby Shima Baddrol Bakhtiar Badi Badminton Bahan Larangan Bahan Sejarah Bahanapi Bahasa Melayu Bajet 2023 Bajet 2024 Baling Banduan Banduan Terjormat Banglo Bangunan Runtuh Banjir Bank Bank Dunia Bantahan Bantuan Bantuan Banjir Bantuan Kemanusiaan Bantuan Khas Barangan Impot Barisan Kabinet Barjoyai Bardai Basikal Bateri Baucar Buku Bayaran Insentif Bayaran Pencen Bayi Bazar Ramadhan BDB Bebas Pertuduhan BEC Bekalan Elektrik Beku Akaun Belanjawan Belanjawan 2024 Belanjawan 2025 Belasungkawa Bencana Alam Benjamin Netanyahu Beras Beras Impot Beras Madani Beras Seludup Beras Tempatan Berita Palsu Berlian Bermadu BERNAS Berpantang Maut Sebelum Ajal Berpencen Bersatu BERSIH Beta Bicara Mufti Biduanita Negara Bil elektrik Bilal Bilionaire Billionaire Binaan Haram Bintang Bolasepak Bisnes Bisnes Online BJAK Blackpink BlackRock Blackwing Blog Blogger Bloggging Blogging BN BNM Boeing Boikot Bolasepak Bom Bomba Bonus Boss James BossKu Box Office Brazil Briged Al Qassam Buahan Tempatan Bubur Lambuk Buka Minda Bukan Islam Bukit Uhud Buku Bulan Islam Bulan Kebangsaan Bulan Rejab Buli Siber Bumiputera Bundle Bung Moktar Bunuh Diri Bursa Malaysia C4 Center CAAM Cabul Cabutan Bertuah Calon Calon Bebas Calon PN Caprice Casio Cauvinis Cegah Maksiat CelcomDigi Ceramah Agama Cerita Rakyat Ceritera Cermin Mata Pintar Chatbox ChatGPT CheGuBard China Cina Muslim Claim Codi Cafe Coldplay Colombia Content Copa America 2024 Covid19 Cristiano Ronaldo Critiano Ronaldo CUEPACS Cukai Jalan Cukai Jualan Cukai Perkhidmatan Curang Cuti Hujung Minggu Cuti Sekolah Cuti Tambahan Cybercab Daftar Pemilih Dajal Dakwah Dalam Negara DanaBantu DAP Dapat Anak Dari Seberang Darjah Kebesaran Daruk Seri Hajiji Noor Dasar Ekonomi Baru Dato Onn Jaafar Datuk Dr Adnan Mat Datuk Jamal Abdillah Datuk K Datuk Mahfuz Omar Datuk Mohd Nassuruddin Daud Datuk Nur Jazlan Mohamed Datuk Rosyam Nor Datuk Seri Amir Hamzah Datuk Seri Ayob Khan Datuk Seri Suhaily Mohd Zain Datuk Yusry Abd Halim Daulat Tuanku DBKL DCT DEB Deepavali DELIMa KPM Demokrasi Berparlimen Demonstrasi Denda Desas-Desus Dewan Negara Dewan Rakyat Diabetes Dialisis Diana Danielle Didie Alias Diesel Dilema Wanita Dilepas Dan Dibebaskan Dilepas Tanpa Dibebaskan Diskaun Saman Diskriminasi Dividen DJ Radio DNA DNAA Doa Dokumen Palsu Dominic Lau Donald Trump Doraemon Dos Penggalak Dr Akamal Saleh DR Zaliha Mustafa Dr.MAZA Drama DRB-HICOM DS Ahmad Maslan DS Ahmad Samsuri DS Anwar Ibrahim DS Azlan Man DS Bung Moktar Raden DS Dr Ahmad Samsuri DS Dr Dzulkefly Ahmad DS Hamzah Zainudin DS Ismail Sabri DS Mohamad Sabu DS Najib DS Sanusi DS Siti Nurhaliza DS Takiyuddin Hassan DS Wan Azizah DSAI DSNR DSSK DSZH DUN Jitra DUN Kelantan DUN Melaka DUN Perlis DUN Sabah DUN Selangor DUN Terengganu Durian Duta Bertaraf Menteri Duyufurrahman e_Farmasi E-Motor Ebit Lew Ego EIA Ekonomi Ekonomi Digital Ekopelancongan El Nino Elon Musk eMADANI Emel England Enot EPL Era IT Erling Haaland Etherscan Euro 2024 EV eWallet Exco Perak Exco Perlis Facebook Faekah Husi Fahmi Fadzil Faisal Halim FAM FAQ Faraq Nikah Farid Kamil Femomena Alam Fenomena Alam FIFA Filem Animasi Filem Baru Final Fiqh Fitnah Flashback FOMCA Food Delivery Foodpanda Forbes Forest City Formula Rafizi Forum Perdana Francais Free Palestine G-Shock Gabenor BNM Gadjet Gaji Game Online Gamuda Land Garmin GASIS Gaza Geely Gempa Bumi Gen Z Gencatan Senjata GERAKAN GIATMARA GISB GISBH GLC GLIC Gmail Google Google Adsense Google Pay Google Search Console Gosip Artis Grab GRO GRS Gua Musang Gua Thur Gula Gunung Everest Gunung Marapi Hadis Haiwan Liar Hajarul Aswad Hak Asasi HAKAM Halalan Tayyiba Hamas Hamba Allah Hani Fadzil Haniff Khatri Hanipa Maidin Hannah Yeoh Harga Ayam Harga Basikal Harga Emas Harga Kayangan Harga Kereta Harga Makanan Harga Rumah Harga Syiling Hari Guru Hari Kebangsaan Hari Kekasih Hari Malaysia Hari Pahlawan Hari Raya Hari Wilayah Harimau Belang Harimau Malaya Haruan Makan Anak Harumamis Hattan Hawa Rizwana Redzuan Heba Nusaybah Hiburan Hidupan Liar Himpunan Aman Himpunan RXZ Hina Agama Hina Allah Hina Islam Hina Melayu Hina Negara Permohonan Maaf Hishamuddin Rais Hizbullah Hotel Hotel St Regis HotFM Houthi Yaman HTML Huawei Hubungan Songsang Hubungan Sulit Hujah Makan Tuan Hukum Hakam Hukum Islam Hukuman Husnul Khotimah Hutang Ibadah Ibadah Haji Ibrahim Ali Ibu Bapa ICJ Icon ICU ID Digital ID Khas Identiti Idola Ifa Kazar IJN Ikan Buntal Iktibar IKUT Imam Imam Mahdi Imbuhan IMF Ina Naim Indeks PMI Indonesia Inflasi Influencer Info Agama Info Auto Info Herba Info IT Info Kesihatan Info Rakyat Info Rumahtangga Info Sihat INSAN Insentif Insiden Pergaduhan Insp Sheila Inspirasi Instagram Institusi Kehakiman Insuran INTAN Integriti Internet iOS iPad iPhone IPTS IPU Ira Kazar Iran Irfan Khairi IRGC IS Isham Jalil Islam Liberal Islamophobia Ismail Haniyeh ispace Israel Istana Negara Istilah Istiwa Adxam IstiwaMatahari Isu Agama Isu Akidah Isu Beras Isu Diesel Isu Gaji Isu Judi Isu Kerakyatan Isu Kg Sri Makmur Isu Minyak Isu Palestin Isu Panas Isu Pencen Isu Rasuah Isu REE Isu Sekolah Cina Isu Semasa Isu SMG Isu Telur Isytihar Harta IVF J-Kom Jabal Thur Jabal Uhud Jabatan Alam Sekitar Jabatan Audit Negara Jackpot JAIPk JAIPs JAIS Jakel JAKIM Jalur Gemilang Jalur Lebar Jam Mewah Jana Wibawa Janji Politik Janna Nick Jawatan Kosong JDT Jemaah Haji Jemaah Menteri Jenama Makanan Jenayah Jenayah Siber Jepun Jerebu JHEAIPP Jho Low JIM Jimat Belanja JIPS JKDM JKR JobStreet Jocelyn Chia Joe Biden Johan As'ari Johor Jordan JPJ JPN JSJK JSPT Juadah Berbuka Jual Beli Jualan Murah Jualan Terbuka Jualan Tiket Juara Jungle Girl JUPEM Jurgen Klinsmann Jurucakap Juruhebah Jurulatih Jutawan Segera K-Pop Kad Debit Kad Kahwin Digital Kad Kredit Kafir Kajian Kajiselidik Kak KM Kakitangan Awam Kalimah Allah Kamal Adli Kamala Harris Kanada Semifinal Kanak-Kanak Kanun Keseksaan Kapal Selam KASA Kawalan Harga Kawasan Pedalaman Kazar KDA FC KDN KDNK Keajaiban Kebakaran Kebebasan Bersuara Kedah Kedaulatan Negara Kedutaan AS Kehakiman Kejar Rating Kejujuran Kekayaan Kekejaman Kekeluargaan Kekuasaan Allah Kelantan Kelantan FC Kelayakan Piala Asia Kelayakan Piala Dunia Keldai Akaun Kelebihan Bulan Islam Keluar Parti Keluar Pati Keluar Sekejap Keluarga Keluarga Besar Kemalangan Kemalangan Maut Kemalangan Udara Kemasyarakatan Kematian Kembara Kenali Borneo Kemelut Politik Kementerian Digital Kementerian Kewangan Kementerian Komunikasi Kementerian Pengangkutan Kemerdekaan Kemewahan Kemiskinan Kempen Pilihanraya Kempen Politik Kemudahan Rakyat Kenaikan Cukai Kenaikan Gaji Kenaikan Harga Kenali Rasul Kenali Tokoh Kenangan Kenderaan Bermotor Kenduri Kenyataan Palsu Keperluan Asas Keputusan Keracunan Makanan Kerajaan Kerajaan Kedah Kerajaan Kelantan Kerajaan Madani Kerajaan Malaysia Kerajaan Melaka Kerajaan Negeri Sarawak Kerajaan Perlis Kerajaan Perpaduan Kerajaan PH-BN Kerajaan PN Kerajaan Pulau Pinang Kerajaan Sabah Kerajaan Selangor Kerajaan Terengganu Kereta Baharu Kereta Elektrik Kereta Mewah Kereta Terbang Kerja Luar Negara Keropok Beracun Kes Buli Kes Bunuh Kes Nik Elin KESEDAR Kesehatan & Perubatan Keselamatan Kesihatan & Perubatan Ketagihan Ketagihan Rokok Ketam Keterangan Saksi Ketua Hakim Negara Ketua Pembangkang Ketua Polis Negara Kewartawanan Khairuddin Hassan Khairul Aming Khairy Jamaluddin Khalwat Khidmat Seks KHTP Kim Pan-gon Kim Pang Gon Kisah Benar Kisah Cinta Kisah Dan Teladan Kisah Rumahtangga KJ KK Mart KKD KKDW KKM KKR KLCC KM Melaka KM Pulau Pinang KM Sabah Kod Koleksi Doa Koleksi Resepi Kolumnis Komentar Komik Komputer Komputer Riba Konflik Asia Barat Konflik Hamas Zionis Konflik Hizbullah Israel Konflik Israel Palestin Kongsi Gelap Konsert Kontinjen Malaysia Kontrak Kontroversi Korea Selatan Korum Kos Haji Kos Sara Hidup Kosmetik Koyak KP Kesihatan KP Perak KP Selangor KP SPRM KP UMNO KPDN KPM KPN KPPA KPT KRC Kreatif Krisis Beras Krisis Makanan Krismas Kristian Kristian Zionist Kritik Kritikan Kronisme Kronologi KSN Ku Li Kuasa Allah Kufur Kulim Hi Tech Kupasan KWSP KXP Lagenda Lagenda Bolasepak Lagu Nasyid LailatulQadar Lamine Yamal Lan Pet Pet Langgar Syarat Langkah Dubai Langkawi Lantikan Baru Lantikan Politik Lantikan Secara kontrak Laporan Laporan Polis Laptop Percuma Laqporan Larangan Merokok Lato-Lato Laut Lawatan Rasmi LCS Lebuhraya Lelongan Lembaga Pengampunan Lenovo Lesen Memandu JPJ Letak Jawatan Levi's LGBTQ LGE LHDN Liga Europa Liga Juara-Juara Liga M Liga Malaysia Liga Perdana Inggeris Liga Super Liku-Liku Kehidupan LIMA LIMA'23 Lionel Messi LKAN Loghat Logo Lokman Noor Adam Lompat Parti Love Scam LPF LPT Luar Negara Lubnan M<uslimat PAS M40 MA63 Macam-Macam Madad Madanifobia Madinah MAE Maghribi Mahkamah Mahkamah Majistret Mahkamah Persekutuan Mahkamah Pilihan Raya Mahkamah Rayuan Mahkamah Rendah Syariah Mahkamah Sesyen Mahkamah Sivil Mahkamah Syariah Mahkamah Tinggi Mahkamaha Majistret MAIS Majikan Majlis Profesor Negara Mak Cik Kemboja Mak Nyah Makanan Laut Makkah Maksiat Malaysia Malaysia Madani Malaysian Malaysia MalaysiaNow Manchester City Manchester United Mangsa Mangsa Banjir Mangsa Nahas Manifesto Mantan KPN Mantan Pengarah Kesihatan Mantan Perdana Menteri MAPPA MAPPA XIX Maraton Mas Idayu Masa Dan Waktu Masalah Air Masalah Air Masalah Kesihatan Masalah Sosial Masjid Masjid Al-Aqsa Masjidil Nabawi Mat Rempit Matawang Matawang Kripto Mawi Maybank MB Kedah MB Kelantan MB N.Sembilan MB Perlis MB Selangor MB Terengganu MBI Selangor MCA Media Media Online Media Sosial Mee Segera Mekah Melaka Melayu Memeluk Islam Menara Ilham Mengaku Bersalah Meninggal Dunia Menteri Menteri Agama Menteri Ekonomi Menteri JPM Menteri KBS Menteri KDN Menteri Kesihatan Menteri Kewangan Menteri Kewangan II Menteri KKD Menteri Komunikasi Menteri KPDN Menteri KPKT Menteri MITI Menteri Pelancongan Menteri Pendidikan Menteri PKM Menu Rahmah Mercu Tanda Mesin ATM Mesir Messenger Meta AI MetMalaysia MFL Mi Segera MIC Michelle Yeoh Microsoft Mikrocip Minda Presiden PAS Mindef Mini Dhaka Minyak Diesel Minyak Masak Misi Angkasa Misi Rakyat Misteri Miza Ozawa MK K-Clique MKT UMNO MN MOF Mohamad Sabu Mohamed Salah Mohd Shukri Ramli Mohd Zaman Goh Mohon Maaf MoT Motivasi Motosikal MoU MPC MPM Mr H MTUC Muafakat Nasional Muallaf MUDA Mufti Kedah Mufti P.Pinang Mufti Perlis Mufti Pulau Pinang Mufti Wilayah Persekutuan MUI Muktamar PAS Munafik Murid Sekolah Murtadha Dakwah Centre Musim Perayaan Mutu Pengadilan MyHSR MyKad MySejahtera MySJ Nabi Adam AS Nabi Ayub AS Nabi Daud AS Nabi Harun AS Nabi Hud AS Nabi Ibrahim AS Nabi Idris AS Nabi Ilyas AS Nabi Ilyasa' Nabi Isa Al Masih Nabi Ishaq AS Nabi Ismail AS Nabi Lut AS Nabi Muhammad SAW Nabi Musa AS Nabi Nuh AS Nabi Saleh AS Nabi Sulaiman AS Nabi Syu'aib AS Nabi Ya'akub AS Nabi Yahya AS Nabi Yunus AS Nabi Yusuf AS Nabi Zakaria AS Nabi Zulkifli AS Nabil Ahmad Nadhir Nasa Nadia Brian Nadir Al Nuri Nafsu Serakah Nahas Elmina Nahas Helikopter Nahas Udara Naimah Khalid Naimi Daini Narkotik NASA Nasihat Nasihat Doktor Neelofa Negara Arab Negara Islam Negara Sekular Negarawan Nepotisme Netflix Netizen NGO Nilai Matawang Niqab Nisa Ai Nobita Non Muslim Noriko Ohara Norman Hakim Nostalgia NPRA Nurul Izzah NVIDIA OIC Olimpik Paris 2024 Omicron XBB On Negaraku Online OpenAI Oppo OPR Orang Awam Orang Hilang Orang Islam Orang Kafir Orang Kaya P.Ramasamy PAC PADU Pajakan P.Pinang Pakaian Isteri Rasulullah Pakar Pakar Automotif Pakar Ekonomi Pakar Perubatan Pakatan Harapan Pakej Umrah Paku Dulang Paku Serpih Palestin Pamalsuan Dokumen Pameran Pertahanan Pampasan Pancing Undi Pandora Papers Panduan Panglima Perang Parlimen Marang Parti Melayu Parti Politik PAS Pasaraya Pasca PRN Pasukan Perubatan PATI Patriotik PAU Pawagam PBB PBT PDRM Pecah Amanah Pecah Panggung Pegawai Masjid Pegawai Polis Peguam Peguam Negara Pejuang Melayu Pekerja Asing Pekerja IT Pekerja Rakyat Pelabur Asing Pelaburan Pelaburan Palsu Pelajar Pelajar IPT Pelajar Sekolah Pelajar Tahfiz Pelancongan Pelanduk Dua Serupa Pelantikan Pelik Tapi Benar Peluang Pelupusan Sampah Pemakaian Muslimah Pemandu Bas Pemansuhan Pembaca Berita Pembangkang Pembangunan Pembayaran Saman Pembekuan Akaun Pembela Tanah Air Pembohongan Pemborong Pembubaran Pembunuhan Pemecatan Pemimpin Hamas Pempengaruh Penafian Penagih Dadah Penahanan Penang FC Pencarum Penceramah Bebas Pencerobohan Pendaftaran Pendakwa Raya Pendakwah Pendakwah Selebriti Pendapat Pendedahan Penderaan Pendidikan Pendidikan Agama Pendirian Kerajaan Penetapan Tarikh Pilihanraya Pengacara Pengadil Pengalaman Pengamal Media Pengamal Undang-Undang Pengampunan Penganalisis Penganalisis Ekonomi Penganalisis Politik Pengaruh Pengasas Pengebumian Pengeluaran Pengganas Penggantungan Penghantar Makanan Penghormatan Terakhir Pengisytiharan Pengkid Penguatkuasa Pengumuman Pengundi Pengundi Hantu Pengusaha Makanan Penilaian Penipuan Penjawat Awam Penjelasan Penjenamaan Penutupan Penyakit Berjangkit Penyakit Buah Pinggang Penyakit Kronik Penyata Akaun Penyatuan Ummah Penyelewengan Penyelidik Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Peperangan Perak FC Perancis Peratusan Perbahasan Perbandingan Perbankan Online Perbicaraan Percuma Perdana Menteri Pergaduhan PERHILITAN Perhimpunan Aman Perikaian Perikatan Nasional Perisian Perkahwinan Perkara 153 Perkataan Perkataan Kafir Perkauman Perkhidmatan Perlembagaan Perlembagaan Persekutuan Perlis Perlis Baharu Perlu Bantuan Permainan Permohonan Maaf Permotoran Perniagaan Perodua Persempadanan Kawasan Pilihanraya Persidangan Persundalan Pertandingan Pertuduhan Perubatan Perubatan Tradisional Perumahan Peruntukan Kewangan Pesawat Pesawat MAS Pesawat Ringan Pesta Seks PETA Petisyen Pilihanraya Petrol Petronas Petua PGA PGSM PH PH-BN Phone Scam Piala AFF Piala Asia Piala Dunia Piala Malaysia Pilih Bulu Pilihanraya PBT Pilihanraya Presiden Pinjaman Pinjaman Bank Pink WhatsApp PJSJ PKIBM PKR Plat Fancy PLUS PM PM Israel PMX PN PNB Podcast Poligami Polis Politik Politik Wang Popular Portal Portugal Poster Boy PPM PPS Prakazel "Pras" Michel PrayForGaza Premis Judi Presiden AS Presiden Cuepacs Presiden MUDA Presiden Turkiye Presiden UMNO Prestasi Prihatin PRK Jepak PRK Kemaman PRK Mahkota PRK Nenggiri PRK Pelangai PRK Pulai PRK Simpang Jeram PRK Sungai Bakap PRN Kedah PRN Kelantan PRN N.Sembilan PRN Pulau Pinang PRN Selangor PRN Terengganu PRN15 Pro-Bono Program Reliti Project Kuiper Projek PSI Proklamasi Promediatajdid Promosi Propaganda Protes Proton PRU 15 PRU 16 PSAP PTI PTPTN PU Syed Puasa Pulau Batu Putih Pulau Perhentian Pulau Pinang Pusat Servis PUSPAKOM Putera Mhakota Saudi Puteri Sarah PUTRA PUTRI Qatar Qiddiya Rafah Rafizi Ramli Raja Berperlembagaan Raja Petra Kamarudin Raja Pop Raja-Raja Melayu Rakyat Malaysia Rakyat Palestin Ramadan Ramadhan Ramalan Ramalan Cuaca Ranking FIFA Rantau Panjang Rare Rasis Rasuah Rasulullah SAW Raudhah Raya RCI Realiti Kehidupan Realme Recep Tayyip Erdogan REE Reformasi Rejim Zionis Rekod Rekod Dunia Guinness Remaja Remy Ishak Rencana Renungan Repot Polis Restoran Restoran Mamak Restoran Nasi Kandar Pelita RETVec Rezeki RFID Riba Ribut Rider Rider Delivery Ringgit RM To USD RMK-12 Roda Kehidupan Rokok Seludup Rombakan Kabinet Rona Kehidupan Ronaldinho Ronnie Liu RoS Rosyam Nor RPK RSAF RSN Rayer RTB Rumah Agam Rumah Mewah Rumah Terapung Rumah Terbuka Rumahtangga RUU Kawalan Merokok RUU Mufti Wilayah Persekutuan RUU Mufti WP Sabah Sabah FC sabri Yunus SADA Saham Saidina Umar Al-Khattab Saifuddin Nasution Sains Saintis Salah Faham Salah Laku Salahguna Saman Saman Fitnah Samsung Sarawak Sarimah Ibrahim Saudara Baru SaveGaza SavePalestine Saya Ulang Scammer Seafood Search Sejarah Sekatan Sekolah Agama Sekolah Rendah Sekolah Vernakular Seksual Seksyen 498 Sektor Pekerjaan Selangor Selebriti Semakan Pemilih Semangat Kemerdekaan Sembang Politik Semikonduktor Senario SEO Sepak Takraw Sepanyol Separuh Akhir Serah Terima Tugas Serangan Masjid Serangga Serbuan Setel Shah Radhi Sheila Rusly Shila Amzah Shopee ShopeePay Shuib Sepahtu Siak Siasatan Sidang Parlimen Side Hustle Silaturahim Simbolik Sindiket Sindiran Singapura Sirah Islam Sirah Nabi Sissy Imann Sistem Baitul Mal Sita Siwak SJKC SJKT Skandal LCS Skandal Rasuah Skandal Seks Skim Berpencen Skim Harga Maksimum SKMM Skuter Sokong Israel Sokongan Sokongan Kepada PM Solana Solat Jamaah Solidariti Solidariti Palestin Solscan Sombong SOSMA SpaceX Speaker Dewan Rakyat Spekulasi SPM SPR SPRM Sputnik SRC SRC International SSPA SSPN SST Starlink Statistik Storan STR SU Agong PBB Suami isteri SuamiIsteri Suara Animasi SUARAM Subhanallah Subsidi Suhaimi Saad SUHAKAM Suhu SUK Terengganu Sukan Sukan Basikal Sukan Bolasepak Sukan Memanah Sukan Olimpik Sukan SEA Sultan Johor Sultan Kedah Sultan Selangor Sunnah Superman Hew Support Palestine Boycott Israel. Survey SUV Syamsul Yusof Syed Saddiq Syria T/KPN T20 Tabung Haji Tafsir Al-Quran Tahniah Tahun Baru 2024 Taja Taman-Taman Syurga Tamat Tempoh Tan Sri Acryl Sani Tan Sri Azam Baki Tan Sri Johari Abdul Tan Sri Razarudin Husain Tan Sri Robert Kuok Tanah Rizab Melayu Tanah Runtuh Tanah Suci Tanda Kiamat Tangkapan Tarawih Taska Tauliah Tawaran Tayar Tazkirah Tebusan Teh Tarik Teknologi Teknologi Automotif Teknologi Maklumat Telco telefon Bimbit Telefon Pintar Telegram Telekomunikasi Tema Tempatan Temuramah Tentera Amerika Tentera Zionis Terengganu Terenggganu FC Terkini TESLA TFC TGHH TH Thailand The Hague Tik Tok Tikel Kapal Terbang Tiket Tilawah Al Quran TIME Tip Dan Trik Tips N Triks Titah Adendum Titah Diraja Titan Titanic TITM TKPN TLDM TM TMJ TNB Tok Duku Tok Mat Tokoh Tokoh Korporat Tokoh Ulama' Tokoh Wartawan Tol Percuma Tommy Mawat Top Ten Tottenham Hotspur Touch N Go TPM Tragedi Trending TS Annuar Musa TS Dr Noor Hisham TS Musa Hassan TS Rafidah Aziz TS Zeti Akhtar Aziz TSAM TSLKS TSMY Tsunami Tuah Tuduhan Tular Tun M Tunjuk Perasaan Tuntutan Tuntutan Sulu Turkiye Turliye Tutorial Tutup Kedai TV Pertiwi TV3 TV9 Twitter U Mobile UAI Ugutan Jenayah UiTM Ulama Ulangtahun Ulasan Ultra Kiasu UMMAH UMNO Umrah Undang-Undang Undang-Undang Tubuh Negeri Undang-Undang Syariah Undi Awal Undi Percaya Undi Tak Percaya UNGA Unik Universal Music UNRWA UPM Urus Niaga Usahawan USD Ustaz Abdullah Khairi Ustaz Azhar Idrus Ustaz Don Daniyal Ustaz Wadi Annuar Ustaz Yaakob Yusra UWA Vaksin Velentine Day Vendor Veteran Politik VGK Video Video Call Video Lucah Viral Wacana SH Wahab Wakil Rakyat Wan Ahmad Fayshal Wanita Wany Hasrita Waranti Warga Asing Warga Asing Wanita Warga China Warga Emas Wawancara WBI WhatsApp WHO Wikipedia Windows Wisk Aero Wisma Putra Wukuf X X Corp X90 Xiaomi Yahudi Yahudi Laknatullah Yaqazah Yasin Sulaiman Yayasan Akalbudi Yayasan Al-Bukhary Yayasan AlBukhary Yayasan Nurjiwa Yayasan Sarawak YB Ahmad Fadhli Shaari YB Baddrul Bakhtiar YDP Agong Youtuber Yusof Haslam Zarina Anjoulie Zarina Zainuddin Zayn Zayyan Zionis Yahudi Zionisme Zizie Izette Zuraida Kamaruddin

Arkib Blog

Perlembagaan Persekutuan

Recent Posts

Copyright © BETUL BRO | Powered by Blogger