China dilihat membangunkan infrastruktur perkomputeran mereka secara pesat kebelakangan ini.
Selain daripada membangunkan cip peranti pintar, komponen kecerdasan buatan dan sebagainya, mereka juga baru-baru ini dilaporkan sedang membangunkan pusat data yang akan diletakkan di dasar laut untuk tujuan penyejukan yang cekap dan mengurangkan penggunaan tanah.
Pusat data dasar laut ini dibangunkan secara berperingkat dimana mereka akan membangunkan unit penyimpanan data yang hadir dengan kemampuan mengolah empat juta imej beresolusi tinggi dalam 30 saat.
Ia dianggarkan bahawa setiap unit ini mempunyai kemampuan perkomputeran sebanyak 60 ribu buah komputer.
Spesifikasi unit-unit penyimpanan data ini dilabel sebagai rahsia, tetapi ia disahkan bahawa setiap unit hadir dengan sejumlah besar rak penyimpanan, dan setiap unit penyimpanan data adalah seberat 1.3 tan.
Projek ini, yang bermula sejak bulan April tahun ini terletak di sekitar kawasan perairan selatan Hainan.
Unit penyimpanan data ini diturunkan dengan perlahan sedalam 35 meter ke dasar laut, dan memakan masa sekitar tiga jam untuk memastikan komponen-komponen unit penyimpanan data ini tidak menghadapi sebarang masalah.
Setakat ini ia dilaporkan bahawa dua unit penyimpanan ini sudahpun diturunkan ke dasar laut dan pusat data ini dijangka akan hadir dengan saiz 68,000 meter persegi, ataupun sebesar 10 padang bola sepak.
Satu lagi kelebihan pusat data ini ialah penjimatan 122 juta KWh tenaga elektrik dan 105 ribu tan air bersih yang dijimatkan dengan penyejukan dasar laut ini.
Ia dijangka bahawa projek pusat data ini akan siap dibangunkan sekitar suku kedua 2025 dan akan menelan belanja $879 juta untuk dibina.
-amanz.my
No comments:
Post a Comment