Gaza: Komando Israel meneruskan operasi mencari pejuang Hamas di setiap tingkat di bangunan Hospital Al-Shifa di sini.
Seorang pegawai tentera Israel berkata pada Khamis, maklumat baharu muncul sepanjang masa yang mendakwa Hamas bersembunyi di kawasan itu.
"Operasi itu dibentuk oleh pemahaman kami bahawa terdapat infrastruktur Hamas yang tersembunyi dengan baik di kompleks itu," katanya.
Menurut pegawai yang enggan dikenali itu, senjata dan peralatan Hamas didakwa ditemukan di Hospital Al-Shifa.
"Hamas gigih berusaha untuk menyembunyikan infrastruktur dan menutup bukti di hospital Gaza," katanya.
Bagaimanapun, Hamas berulang kali menafikan yang mereka beroperasi di kemudahan perubatan.
Pegawai itu berkata, tentera giat meneruskan pencarian dengan menggeledah setiap tingkat secara ketat dan teliti.
Menurutnya, operasi itu berdasarkan penilaian lapangan yang berterusan dan dimaklumkan dengan soal siasat yang berlaku di lapangan.
"Pasukan Pertahanan Israel (IDF) sudah menemukan senjata, bahan perisikan termasuk maklumat berkaitan peristiwa 7 Oktober, teknologi dan peralatan ketenteraan, pusat perintah dan kawalan, serta peralatan komunikasi, semuanya milik Hamas.
"Operasi ini adalah kompleks dan berterusan, dengan maklumat baharu akan terbongkar secara berterusan," katanya.
-myMetro
No comments:
Post a Comment