Calon BN untuk parlimen Marang, Jasmira Othman, gagal membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.
PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan menolak rayuan calon Barisan Nasional (BN) untuk membatalkan kemenangan Presiden PAS Hadi Awang di parlimen Marang kerana didakwa merasuah pengundi dalam PRU15 lalu.
Panel tiga hakim dipengerusikan Presiden Mahkamah Rayuan Abang Iskandar Abang Hashim berkata Jasmira Othman gagal membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.
“Rayuan ditolak tanpa kos,” kata Abang Iskandar yang bersidang bersama Hakim Zabariah Yusof dan Rhodzariah Bujang.-FMT
No comments:
Post a Comment