Tahun ini ialah tahun kecerdasan buatan (AI) generatif dengan penggunanya dalam aktiviti harian sudah menjadi sesuatu yang normal.
Tahun 2024 akan menjadi tahun AI tersedia pada peranti pintar dengan Xiaomi serta Samsung sudah menunjukkan kemampuan AI generatif tersedia pada peranti mereka tahun depan.
Apple tidak ingin ketinggalan dan menurut laporan Bloomberg, iOS 18 juga akan mempunyai ciri AI generatif tersedia.
AI generatif pada iOS 18 akan menjadikan Siri pembantu maya yang benar-benar pintar.
Umum diketahui Siri ialah pembantu maya yang paling lemah jika dibandingkan dengan Google Assistant, Amazon Alexa dan Samsung Bixby. Bermula dengan iOS 18, jurang ini akan cuba dirapatkan oleh Apple.
Kemampuan membantu penulisan mesej seakan yang boleh dilakukan ChatGPT dan Bard turut dipercayai akan diberikan.
Senarai lagu di Apple Music turut boleh dijana AI berdasarkan kehendak pengguna.
Kemampuan AI generatif pada iOS 18 adalah penting buat Apple kerana dalam laporan Bloomberg iPhone 16 dijangka tidak akan membawakan banyak perubahan yang besar berbanding siri iPhone 15 tahun ini.
-amanz.my
No comments:
Post a Comment