RESPON saya, pihak KPM tak perlu tunduk dengan desakan mana-mana parti politik kerajaan untuk menyekat kreativiti atau kebebasan kakitangan yang tidak sehaluan dengan kerajaan perpaduan.
Di manakah laungan kebebasan atau reformasi politik yang sering dilaungkan oleh PKR selama ini hatta terpaksa mencadangkan pengwujudan jawatankuasa pemantau kakitangan KPM.
Pandangan ini agak melucukan. Apakah syor penubuhan jawatankuasa pemerhati ini menunjukkan parti politik kerajaan amat terdesak sehingga hilang pertimbangan rasional dek kerana bimbang kehilangan sokongan rakyat.
Politik gertak dan ‘gempaq’ sudah tidak terpakai lagi. Zaman itu telahpun berlalu.
Saya berpendapat bahawa KPM sewajarnya bersikap profesional serta tidak condong kepada mana-mana pihak berkepentingan politik. Pendirian itulah yang terbaik.
Sedarlah bahawa sekarang rakyat bebas menyatakan pandangan dan pendirian politik. Tanggungjawab parti, hormatilah pilihan politik mereka.
DR. AHMAD FAKHRUDDIN SHEIKH FAKHRURAZI – HARAKAHDAILY 27/11/2023
No comments:
Post a Comment