Kuala Lumpur: "Anggaplah dia sebiji epal busuk, kawan-kawan." Itu reaksi legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei berkenaan komen berbaur perkauman yang menyentuh isu sensitiviti agama daripada bekas pemain badminton pelapis percubaan negara, Bong Guang Yik.
Menurut Chong Wei, dia memuji tindakan pantas Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yang bijak mengendalikan isu itu.
"Sukan menjunjung rasa hormat dan tidak menerima perkauman.Jangan sesekali demi mengejar nak terkenal, sanggup menghancurkan keharmonian rakyat yg keeratan bukan dibina sehari dua, tetapi berdekad-dekad.
"Terima kasih kepada YB atas kecerdikan and kepantasan mengendalikan isu ini," tulisnya di Facebook.
Baru-baru ini, tular video di media sosial mengenai kenyataan Guang Yik yang berbaur perkauman apabila dia mengkritik pengurusan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).
Dia ketika ini dilaporkan menetap dan berkhidmat sebagai jurulatih badminton di China.
-myMetro
No comments:
Post a Comment