London: Bekas bintang Chelsea, Christian Atsu menulis di Twitter kegembiraannya selepas menjaringkan gol kemenangan sebelum tertimbus di bawah runtuhan dalam gempa bumi ngeri di Turkiye beberapa jam selepas itu.
Pasukan penyelamat berusaha mencari pemain Ghana itu selepas rumahnya musnah dalam gempa bumi berukuran 7.8 magnitud yang melanda awal pagi Isnin.
Atsu yang berusia 31 tahun kini bermain untuk Hatayspor, yang disertainya musim panas lalu.
Gempa bumi menggegarkan bandar Kahramanmaras, tempat pangkalan pasukan itu.
Beberapa rakan sepasukannya berjaya diselamatkan dari rumah mereka selepas gempa bumi melanda pada jam 4 pagi waktu tempatan, lapor akhbar Turkiye, Star.
Tetapi Atsu yang pernah beraksi bersama Newcastle dan Pengarah Sukan Hatayspor, Taner Savut masih belum ditemui di bawah runtuhan di rumah masing-masing.
Hanya beberapa jam sebelum itu, Atsu menjaringkan sepakan percuma yang menakjubkan pada minit ke-97 untuk memastikan pasukannya menang 1-0 ke atas Kasimpasa dalam Super Lig Turki.
"Kemenangan penting untuk pasukan. Gembira dapat menjaringkan gol," tulisnya di Twitter
-myMetro
No comments:
Post a Comment