Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak menemukan sebarang unsur jenayah berhubung dana bantuan pakej rangsangan ekonomi yang didakwa mempunyai kaitan dengan seorang Ahli Exco Kedah sebelum ini.
Pengarah SPRM Kedah, Datuk Shaharom Nizam Abd Manap berkata siasatan dijalankan pihaknya mendapati kes tersebut lebih kepada aspek pematuhan prosedur berkaitan penyampaian dana bantuan tersebut.
Sehubungan itu beliau berkata, SPRM mengemukakan cadangan kepada kerajaan neger untuk menambah baik prosedur tersebut.
“Selesai saja melakukan siasatan, hasilnya telah dihantar kepada pihak pendakwaan ibu pejabat.
“Penilaian dilakukan mendapati itu bukanlah kes jenayah sebaliknya lebih kepada aspek pematuhan prosedur. Disebabkan itu , tiada pertuduhan jenayah dibuat.
“Sebaliknya pihak kami telah menghantar cadangan kepada kerajaan negeri agar penambah baikan prosedur tersebut dilakukan,” katanya semalam.
Media sebelum ini melaporkan mengenai siasatan dijalankan SPRM berhubung dakwaan penyelewengan dana tersebut yang didakwa turut melibatkan seorang Exco Kedah.
Beberapa pihak termasuk Exco terlibat turut dipanggil dan memberi kerjasama bagi siasatan kes tersebut.
-Agenda Daily
No comments:
Post a Comment