FAKTA sejarah tidak boleh dipadam atau diubah, akan tetapi perjalanan seterusnya, tidak lagi berpaksi pada rekod lampau,melainkan berpandukan pada misi dan matlamat baharu.
Ada lah perkara biasa, menukar nama daripada Zack kepada Zakaria, apabila berlaku pertukaran agama, apa kah Zack perlu melupakan fakta sejarah kelahirannya? sudah tentu tidak, kerana fakta itu akan kekal selama-lamanya, hanya yang berubah adalah pegangan agamanya.
Jika dihubungkan dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang diumumkan oleh Perdana Menteri ke-8 menjelang PRN-16 mengejut Sabah pada September 2020, sebagai wadah bagi parti-parti yang sehaluan bertanding termasuk Barisan Nasional (BN), walaupun parti-parti yang bergabung dalam gabungan tersebut menggunakan logo masing-masing semasa PRN tersebut.
Pada asalnya GRS adalah nama digunakan untuk memudahkan berkempen.
Keputusan PRN-16 Sabah, parti-parti yang menggunakan GRS sebagai jenama, telah menang 38 kerusi daripada 73 yang dipertandingkan. Kerana jumlah kerusi tersebut memenuhi syarat majoriti mudah, maka Datuk Hajiji Haji Noor mengangkat sumpah Jawatan Ketua Menteri mewakili Kerajaan GRS Sabah.
Kerajaan GRS Sabah hanya berubah nama pada Mac 2022, pada Kerajaan GRS-BN apabila GRS didaftarkan sebagai sebuah parti, dan BN tidak dapat menyertai parti itu, kerana terikat dengan peraturan ROS yang menghalang sebuah gabungan parti menjadi anggota gabungan lain.
GRS telah membuktikan, selepas PRU-15, hala tuju parti itu disesuai dengan penjajaran baharu politik tanah air terutama berkaitan dengan pembentukan Kerajaan Persekutuan.
Apabila parti membuat keputusan bersama-sama dengan Kerajaan Perpaduan yang dipimpin Datuk Seri Anwar Ibrahim, maka fakta lampau, sudah terputus, melainkan bersandar pada lembaran baharu.
Sepatutnya, Datuk Bung Moktar Radin, kena bergerak ke hadapan berkaitan rentetan pertukaran kejadian berasaskan fakta, dan tidak lagi cuba mengelirukan pandangan rakyat dengan politik sempit.
Bung cuba menggamit sokongan rakyat Sabah dengan mengelirukan rakyat dengan fakta, sedangkan cubaan itu tidak mendapat sambutan daripada rakyat, kerana terbukti pada PRU-15, kerana Bung lah GRS terpaksa mengorbankan salah seorang pemimpin gabungan tersebut di Parlimen Beluran, sehinggakan kini, menjadi pencabar pada kekuatan gabungan tersebut di kawasan tersebut.
No comments:
Post a Comment