Jumlah jangkitan harian Covid-19 dalam tempoh 24 jam semalam (Rabu, 8 Februari 2023) meningkat sedikit kepada 189 kes, berbanding 18 yang dilaporkan pada Selasa.
Jangkitan baharu itu, termasuk 16 kes melibatkan kanak-kanak iaitu 13 kes berusia 0 hingga empat tahun, dan tiga lagi kes (lima hingga 12 tahun), menurut data laman sesawang Github Kementerian Kesihatan (KKM) yang dikemas kini tengah malam tadi.
Jumlah itu menjadikan kumulatif jangkitan sejak kes pertama Covid-19 dilaporkan di Malaysia pada 25 Januari 2020 sebanyak 5,038,543 kes, dengan 4,991,705 pesakit telah pulih, termasuk 279 yang sembuh semalam.
Daripada jumlah jangkitan semalam juga, 136 kes melibatkan individu yang telah menerima suntikan vaksin penggalak; 17 kes (individu lengkap vaksinasi); tiada kes (individu belum lengkap vaksinasi); dan 36 kes (individu tidak divaksinasi).
Menurut data laman sesawang KKMNow yang dikemas kini tengah malam tadi, sebanyak 9,892 kes masih aktif, turun lagi berbanding 9,981 yang dilaporkan pada Selasa.
Sehingga semalam juga seramai 9,530 pesakit Covid-19 masih menjalani kuarantin di rumah (9,621 pada Selasa), sementara 355 pesakit mendapatkan rawatan di hospital (357 pada Selasa).
Jumlah pesakit yang dimasukkan ke unit rawatan rapi semalam meningkat kepada tujuh orang, berbanding empat pada Selasa dengan empat daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.
KKM juga melaporkan dalam tempoh 24 jam semalam, tiada pesakit meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19.
Ini menjadikan kumulatif kematian akibat Covid-19 sejak 17 Mac 2020 hingga semalam, kekal sebanyak 36,946 kes, termasuk 7,871 pesakit meninggal dunia di luar fasiliti kesihatan atau ‘brought in death (BID.
Berikut adalah jangkitan harian dan kumulatif kes bagi setiap negeri dan Wilayah Persekutuan sejak 25 Januari 2020 hingga semalam.
- Selangor – 43 (1,549,016);
- Kuala Lumpur – 65 (468,593);
- Sabah – 8 (406,838);
- Johor – 1 (398,324);
- Sarawak – 13 (324,428);
- Kedah – 7 (318,618);
- Pulau Pinang – 6 (307,550);
- Kelantan – 2 (260,080);
- Perak – 7 (239,013);
- Negeri Sembilan – 7 (230,997);
- Pahang – 1 (182,657);
- Melaka – 23 (145,043);
- Terengganu – 0 (132,966);
- Putrajaya – 3 (32,469);
- Labuan – 0 (22,955); dan
- Perlis – 0 (18,996).
-Agenda Daily
No comments:
Post a Comment