Madrid: Bekas ratu cantik Mexico dan pasangannya, dipenjara empat tahun selepas mahkamah mendapati mereka mencuri 45 botol wain yang dianggarkan bernilai AS$ 1.7 juta (kira-kira RM7.7 juta).
Daily Star melaporkan, pasangan dikenal pasti oleh media tempatan sebagai Priscila Guevara dan ConstantÃn Dumitru.
Kedua-duanya didakwa mencuri botol wain ketika menginap sebagai tetamu di sebuah hotel mewah mewah di bandar Caceres, Sepanyol.
Pasangan itu kemudian melarikan diri, tetapi ditangkap sembilan bulan kemudian di sempadan Croatia dan Montenegro.
Lebih 20 individu dipanggil untuk memberi keterangan ketika perbicaraan kes itu dengan 16 saksi dan empat pakar menyediakan banyak bukti terhadap pasangan berkenaan.
Bukti termasuk sampel asid deoksiribonukleik (DNA) yang ditemukan di bilik mandi bilik mereka dan rakaman telefon serta kamera keselamatan.
Mahkamah di Sepanyol mendapati Priscila mendaftar masuk ke hotel eksklusif, Atrio, pada Oktober 2021 dengan mengemukakan pasport palsu Switzerland.
Turut sama dengannya adalah ConstantÃn, yang pergi ke bilik wain bilik bawah tanah hotel pada awal pagi menggunakan kunci dicuri dari meja penyambut tetamu hotel.
Akhbar Sepanyol, El Pais melaporkan pasangan itu datang ke restoran hotel itu sebanyak tiga kali.
Pada satu kunjungan, mereka menikmati 14 hidangan di restoran mewah di hotel itu sebelum diberi peluang melawat ke bilik simpanan wain di tingkat bawah tanah.
Botol wain itu dimasukkan ke dalam beg galas dan dua lagi beg besar, dengan salah satunya adalah wain vintaj abad ke-19 dilaporkan bernilai 350,000 euro (kira-kira RM1.7 juta).
Kecurian aneh itu menjadikan pasangan berkenaan menjadi buruan antarabangsa, namun akhirnya ditangkap pada Julai tahun lalu, ketika cuba memasuki ke Croatia dengan menaiki Mercedes berwarna merah.
Pasangan itu juga diperintahkan untuk membayar lebih 750,000 euro (kira-kira RM3.6 juta) kepada syarikat insurans sebagai ganti rugi.
-myMetro
No comments:
Post a Comment