Petua orang tua dulu-dulu sebenarnya banyak menggunakan bahan semua jadi yang ada di sekeliling mereka. Mungkin kerana mereka tidak gemar pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan, jadi lebih memilih berubat dengan cara tradisional sahaja.
Justeru itu, mari lihat 7 petua atau ubat orang-orang tua dulu amalkan sebagai rawatan alternatif mereka. Mana tahu, ada amalan-amalan lama ini yang sesuai dengan tubuh badan anda. Boleh cuba sebagai ikhtiar.
PETUA/UBAT ORANG-ORANG TUA DULU CARA TRADISIONAL
Orang dulu-dulu, tak minat nak pergi hospital. Mereka lebih suka amalkan petua dan amalkan amalan lama. Lepas itu, guna bahan semula jadi yang ada dekat keliling rumah.
PETUA ORANG TUA DULU-DULU RAWAT PENYAKIT
1. PETUA ELAK PENYAKIT
Makan sedikit garam. Kemudian minum segelas air suam pada waktu pagi. Selain dapat elak penyakit, juga dapat bersihkan jantung dan paru-paru.
2. PULIHKAN SAKIT JANTUNG
Rebus beberapa tangkai bunga betik jantan dengan air. Minumlah air rebusan tadi, sehari dua kali pada waktu pagi dan malam. Boleh tambah madu asli untuk tambah rasa.
3. HILANGKAN BISA-BISA TULANG
Masukkan sedikit garam ke dalam air suam. Rendamkan kaki di dalamnya selama 15 minit. Lakukan 3 kali seminggu.
4. MERAHKAN BIBIR
i. Sapukan hampas halia yang telah ditumbuk, pada bibir perlahan-lahan setiap hari.
ii. Ambil sedikit ubat gigi dan sapukan pada bibir setiap malam tidur.
5. BUNUH KUTU KEPALA
Tumbuk tiga atau empat ulas bawang putih hingga lumat. Gaul dengan 3sdb minyak kelapa. Lumurkan pada rambut rata-rata dan biarkan selama 15 minit. Kemudian sikat dengan penyikat kutu.
6. BATUK
Ambil sedikit kerak nasi dan rendamkan dalam air suam. Bila kerak nasi dah kembang, minum airnya. Amalkan setiap pagi.
7. SAKIT ANGIN
Rebus empat atau lima tangkai cili kering (tangkainya sahaja), dua ulas bawang putih bersama tiga cawan air. Campurkan sedikit halia bersama rebusan tersebut. Minumlah beberapa kali.
Haa, cukup lah dulu setakat ni. Memang best petua lama ni. Selain jimat, kita pun tak perlu takut kot ada kesan sampingan yang lain. Semoga bermanfaat.
Hanya sekadar peringatan buat pembaca, sekiranya anda ingin mencuba petua-petua di atas, sebaiknya dapatkan nasihat dari doktor terlebih dahulu. Hal ini kerana, setiap orang mempunyai keadaan kesihatan yang berbeza. Jadi, tidak salah untuk mengambil langkah berjaga-jaga.
Sumber: Facebook No Or
No comments:
Post a Comment