PETALING JAYA: Sumbangan Tunai Rahmah (STR) fasa 2 akan disalurkan menjelang pertengahan Ramadan ini, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, bagi STR fasa 1, sejumlah RM1.6 bilion sudah disalurkan kepada penerima pada Januari lalu.
“Saya sudah memberitahu Kementerian Kewangan dan agensi terlibat supaya meringankan mereka dengan bantuan STR fasa 2 yang harus diselesaikan pada pertengahan Ramadan atau awal April, insya-Allah.
“Sebelum raya…dua minggu sebelum raya kita akan keluarkan fasa 2 untuk golongan B40,” katanya pada Waktu Pertanyaan Perdana Menteri di Dewan Rakyat.
Anwar yang juga menteri kewangan, berkata kerajaan menerima 320,103 permohonan baharu STR setakat 13 Mac.
“Permohonan baharu setakat 13 Mac, 320,103 telah pun mendaftar dan yang layak sila pohon segera sebelum 31 Mac (agar) dapat dikeluarkan dana ini pada bulan Ramadan,” katanya.-FMT
No comments:
Post a Comment