Kamal Adli kena balun dengan cota, sekali pengacara Roslan Shah terpaksa buka mulut dedah kisah sebenar. Pengacara Roslan Shah berkongsi detik cemas insiden aktor,
Kamal Adli dipukul seorang lelaki sehingga cedera teruk di kepala ketika bersama isterinya, Uqasha Senrose menghadiri suatu acara di Singapura, malam tadi.
Roslan mengakui, terkejut dan sebak dengan kejadian yang menimpa Kamal.
“Kejadian berlaku sekitar jam 9 malam dan itu juga adalah acara terakhir. Ketika insiden, saya berada di luar dewan. Sebaik masuk ke dalam dewan, saya lihat keadaan di dalam amat kecoh.
“Ketika itulah saya nampak Kamal dalam keadaan berlumuran darah di kepala. Sebaik sahaja dimaklumkan mengenai apa yang berlaku, saya sangat terkejut.
“Saya gagal menahan sebak selepas melihat Uqasha menangis memberitahu suaminya dipukul,” katanya ketika dihubungi BH Online.
Roslan mendakwa, individu yang menyerang Kamal sudah diberkas polis, hasil kerjasama orang ramai yang menyaksikan kejadian itu.
“Dalam keadaan kecoh, saya ternampak si pelaku dalam keadaan berlumuran darah. Difahamkan, pengunjung memukulnya selepas melihat perbuatannya itu.
“Buat masa ini, siasatan masih dijalankan. Memang ada banyak versi yang saya dengar berhubung punca kejadian.
“Saya harap semua pihak dapat menghentikan spekulasi kerana kes ini masih dalam siasatan pihak berkuasa,” katanya.
Berikutan kecederaan menimpa Kamal, Roslan memaklumkan aktor itu dirawat di Hospital Besar Changi, di Singapura dan menerima beberapa jahitan.
“Saya kasihan kepada Kamal kerana sayalah membawanya ke acara ini. Niat kami hanya untuk mencari rezeki.
“Kamal beritahu saya, dia tiada musuh dan tidak tahu mengapa diserang di khalayak ramai secara tiba-tiba.
“Kamal kini berada dalam keadaan stabil dan insya-Allah, saya akan menziarahinya sebentar lagi. Saya akan berkongsi perkembangan terkini Kamal jika diizinkan,” kata Roslan.
Terdahulu, Uqasha dilaporkan mendakwa Kamal dipukul di belakang kepala menggunakan cota berkali-kali dan dipukul di bahagian tulang pipi hingga mengalami kecederaan,
Berikutan kecederaan itu, Kamal terpaksa ditidurkan sebelum pembedahan.
Ketika kejadian, pasangan terbabit sedang bergambar bersama peminat, sebelum didatangi individu yang disangka peminat aktor itu.
Insiden menimpa pasangan kecoh apabila Uqasha memuat naik video pendek dalam Instagram (IG), antara lain memaparkan dirinya sedang menangis.
-Info Rakyat
No comments:
Post a Comment