JABATAN Perdana Menteri (JPM) menafikan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat pengumuman cuti umum pada Rabu (15 Mac 2023) susulan kemenangan Tan Sri Michelle Yeoh di Anugerah Oscar.
Menerusi hantaran di Facebook rasminya, jabatan itu memaklumkan tangkap layar berita yang tular di media sosial memetik Anwar berkenaan hari cuti itu bertajuk "PM Anwar declares public holiday on Wednesday: This is the pride of a nation!" adalah palsu.
Tangkap layar berita palsu yang tular di sosial mengenai pengumuman cuti pada Rabu. — Facebook/Jabatan Perdana Menteri
"Orang ramai diminta tidak menyebarkan atau berkongsi maklumat yang tidak pasti atau palsu.
"Tidak pasti, jangan kongsi," menurut hantaran itu pada Isnin.
Michelle yang merupakan anak kelahiran, Ipoh, Perak diumumkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Oscar ke-95, sekali gus menjadi pelakon Asia pertama mendapat pengiktirafan tersebut. — Majoriti
No comments:
Post a Comment