ERLING Haaland meledak lima gol ketika membantu Manchester City membelasah RB Leipzig 7-0.
MANCHESTER: Erling Haaland menyamai rekod Liga Juara-Juara apabila meledak lima gol ketika membantu Manchester City membelasah RB Leipzig 7-0 awal pagi tadi, sekali gus mara ke suku akhir secara agregat 8-1.
Penyerang sensasi Norway itu juga mencipta rekod kelab dengan meledak 39 gol semusim, memadam rekod 38 gol milik Tommy Johnson pada musim 1928-2029.
City yang belum pernah menjulang kejuaraan Liga Juara-Juara melangkah ke peringkat lapan terbaik buat kali keenam berturut-turut.
“Ini malam yang besar. Pertama sekali saya bangga beraksi dalam kejohanan ini, saya menyukainya. Lima gol! Menang 7-0 sesuatu yang menakjubkan.
“Kekuatan super saya ialah menjaringkan gol. Perlukah saya berterus terang?
“Banyak gol hari ini, saya tidak sangka. Saya hanya cuba untuk memasukkan bola ke gawang. Kebanyakannya berlaku dengan pantas,” kata Haaland.
Pada usia 22 tahun, 236 hari, Haaland juga pemain termuda mencapai angka 30 gol, mengatasi rekod Kylian Mbappe yang berusia 22 tahun, 352 hari ketika menjaringkan gol ke-30 dalam Liga Juara-Juara.
City belum mencapai tertinggi bergelar juara, namun mereka sebelum ini juga tidak pernah memiliki penyerang dengan kualiti sehebat Haaland yang mampu membawa perbezaan.
Pada usia hanya 22 tahun, dia kini sudah mengumpul 33 gol dalam 25 penampilan di kejohanan elit Eropah itu.
Selepas seri 1-1 di barat Jerman tiga minggu lalu, Leipzig lesu gara-gara ramai pemain dilanda kecederaan dan tiada tandingan berdepan lawan yang dipenuhi bintang itu.
Dua lagi jaringan City di Etihad disempurnakan oleh Ilkay Gundoga dan Kevin de Bruyne.
Tugas City selepas ini adalah menentang Burnley pada suku akhir Piala FA, Ahad ini. – AGENSI
No comments:
Post a Comment