Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor mendakwa beliau dilarang daripada menghadiri sebarang majlis dan program kerajaan persekutuan.
Menteri Besar Kedah itu berkata, ia termasuk Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 (Lima) yang berlangsung di Langkawi dari 23 hingga 27 Mei ini.
“Keputusan terbaharu Kabinet Perdana Menteri Ke-10 adalah melarang Menteri Besar Kedah daripada apa jua program kerajaan persekutuan termasuk Lima di Langkawi.
“Apa boleh buat? Kalau panas, jangan koyak,” dakwanya dengan sindiran yang sinis di akaun media sosialnya.
Untuk rekod, Sanusi merupakan pengarah pilihan raya bagi Perikatan Nasional (PN) pada enam Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.
-Agenda Daily
No comments:
Post a Comment