Baru-baru ini, perkongsian isteri kepada penyanyi rap Caprice, Farra Innalis menarik perhatian warganet di mana ramai terkejut melihat perubahan wanita itu.
Menerusi hantaran yang dikongsikan oleh Farra di laman Instagram miliknya, kelihatan dia sedang berada di sebuah premis makanan tanpa mengenakan hijab selain berpakaian seluar ‘compang-camping’.
A post shared by Farra InaLis (@farra_inalis)
Tudung dah hilang
Tidak pasti sama ada gambar tersebut sudah lama atau tidak, namun ia mengundang komen yang kurang sedap dibaca apabila terdapat segelintir warganet menyindir Farra.
Bagaimanapun, Farra membalas dan menemplak salah seorang lelaki yang memberikan komen pada gambarnya. Dia meminta individu berkenaan supaya bertenang dan tidak membesarkan isu terbabit. Tidak cukup dengan itu, Farra sempat memerli semula untuk membeli kopi ais bagi menyejukkan hati individu yang panas melihat gambarnya itu.
Cantik gila!
Selain itu, ramai memuji kecantikan ibu kepada seorang cahaya mata itu dan menyukai penampilannya.
Terdahulu, Farra Innalis menerima pujian ramai selepas tampil mengenakan hijab setelah seringkali dikritik di platform TikTok memuat naik video tariannya yang dikatakan tidak sopan dilihat.
-Info Rakyat
No comments:
Post a Comment