foto kredit utusan
Proklamasi Orang Melayu di lancarkan pada 19 Mac 2023, sebuah proklamasi yang menjangkau sempadan kepartian, ianya dibuat semata-mata untuk Bangsa Melayu.
Selepas pelancaran tersebut, berbagai reaksi dapat kita lihat dan dengar, antara yang menarik perhatian saya ialah, bila ada yang bersuara; “Orang Melayu sudah memerintah selama enam puluh tahun lebih, kenapa Orang Melayu masih mundur masih miskin dan masih lemah ekonominya”.
Jawapannya ada didalam Proklamasi Melayu itu sendiri, lihat Perkara 4,5 dan 6. Puncanya ialah kecuaian pemimpin Melayu itu sendiri, parti melayu diselewengkan untuk memewahkan diri dan rebutan wang dan jawatan menjahanamkan bangsa melayu.
Janganlah kita berpandangan cetek dan sempit, janganlah kita membutakan mata dan tulikan telinga. Bukalah minda seluasnya. Orang melayu bukan hanya memerintah Tanah Melayu ini baru enam puluh tahun ini sahaja. Tanah Melayu ini telah diperintah orang melayu selama ribuan tahun.
Seperti yang pernah saya tulis, lihat pada sejarah. Semasa Orang Melayu memerintah Tanah Melayu, kerajaannya hebat.
Contoh mudah, Kerajaan Sri Vijaya merupakan empayar maritim yang luas dan di hormati. Kemudian Empayar Kerajaan Melayu Islam Melaka, banyak kita dengar tentang kebebatan dan kemakmurannya. Di mana berbagai bangsa yang datang berniaga dan ada yang tinggal di tanah jajahan empayar Melaka ini, semuanya dilayan dengan adil oleh pemerintah zaman tersebut.
Dan sejarah juga membuktikan apa jadi pada bangsa Melayu yang dijajah selama empat ratus empat puluh enam tahun. Dimana kedudukan orang Melayu sepanjang waktu itu? Melayu di suruh untuk menjadi petani dan nelayan supaya dapat membekal makanan kepada penjajah.
Sedarkah kita, bahawa kita ini generasi yang baru dibebaskan dari penjajahan selama empat ratus empat puluh enam tahun. Baru enam puluh tahun lebih kita mencuba untuk membangunkan kembali bangsa Melayu.
Kita merdeka juga di tentukan syaratnya oleh Inggeris, harus menerima jutaan pekerja asing yang dibawa masuk oleh Inggeris ke tanah melayu ini sebagai rakyat adalah antara syaratnya. Ini bukan menghina, tetapi catatan sejarah.
Maka sejarah dengan jelas telah mencatatkan, keadaan di mana orang Melayu berkuasa, orang Melayu hidup berjaya, negara nya hebat dan dihormati. Dan seterusnya keadaan orang Melayu dijajah selama empat ratus tahun lebih, orang Melayu di tindas dan hanya layak untuk menjadi petani sahaja.
Jadi adakah sebab selepas enam puluh tahun memerintah, dan masih ramai orang Melayu yang miskin dengan penguasaan ekonomi yang lemah, kita patut biarkan bangsa lain menentukan nasib bangsa Melayu?
Dengan membaca dan menghayati dan menandatangani Proklamasi ini, tidak membuatkan kita sebagai rasis.
Marilah orang Melayu, tumpukan kepada perkara 9,10,11 dan yang terakhir 12 dalam Proklamasi ini; Melayu akan berjaya jika kembali bersatu, adalah kewajipan kita untuk menyelamatkan bangsa, ketepikan kepentingan parti dan diri, bertautlah demi Agama, Bangsa dan Negara.
Azman Mohd Hashim
Semangat Melayu
-malayadaily.com
No comments:
Post a Comment