Hampir setiap kediaman memasang sekurang-kurangnya satu penghawa dingin, yang pasti suasana menjadi lebih nyaman terutama dalam keadaan cuaca yang panas sekarang.
Sedar atau tidak, ketika cuaca tidak menentu terutama panas penghawa dingin dapat mengurangkan rasa kehangatan.
Namun, di samping ada kebaikan, memasang penghawa dingin, masih ada kesan buruk.
Meskipun antara tujuan adalah untuk mengurangkan strok haba, jangan pula muncul penyakit lain menyerang.
Justeru, perlu berpada-pada ketika menggunakannya kerana berdasarkan pandangan pakar perubatan, Dr Noordin Darus, ia boleh memberi kesan terhadap kesihatan sekiranya penghawa dingin ini dipasang terlalu lama dengan mod tinggi.
Lapan perkara boleh menjejaskan dan mendatangkan bahaya kepada kesihatan tubuh berkaitan penggunaannya.
1. Kekeringan badan
Badan menjadi kering terutama kepada mereka yang kurang minum air dan boleh meningkatkan tekanan darah.
2. Menyebabkan selesema dan batuk
Kekerapan memasang penghawa dingin sehingga semalaman memberi impak buruk terutama kanak-kanak yang menyebabkan sistem kekuatan badan mudah terdedah kepada virus, bakteria, fungus dan kulat.
3. Masalah kulit
Masalah penyakit kulit seperti ekzema dan psoriasis (kulit mengalami gatal-gatal atau menyakitkan merah dan bersisik).
Selain itu, sejuk dari hawa dingin menyebabkan mudah mendapat jerawat dan penyakit rosacea (radang berupa ruam kemerahan pada wajah, hidung, dagu, pipi atau pada dahi.
4. Asma dan alahan
Asma penyakit kronik saluran udara dalam sistem pernafasan yang turut dikaitkan dengan cuaca sejuk termasuk daripada penghawa dingin.
Habuk sekitar rumah dan pada penghawa dingin jika tidak dibersihkan dan bebas daripada bakteria ia akan membawa kepada alahan.
5. Mata menjadi merah dan kering
Mata kering lazimnya dikaitkan dengan kekurangan air mata berfungsi melembabkan dan menyuburkan mata. Namun disebabkan pelbagai faktor ia membuatkan mata menjadi kering termasuk akibat terdedah lama kepada penghawa dingin.
Malah, keadaan itu juga menyebabkan mata merah dan mungkin juga menjadi perit.
6. Pening kepala, migrain dan masalah pneumonia
Penghawa dingin dipasang berjam-jam juga menyebabkan sakit kepala dan pengecutan otot, selain pneumonia, iaitu radang paru-paru disebabkan oleh infeksi.
7. Letih, lesu dan tidak bermaya
Perkara yang lazim anda juga boleh letih dan mengantuk setiap kali berada di dalam bilik berhawa dingin.
8. Kekeringan tekak dan mulut
Cuaca panas dan kemudian duduk dalam bilik mempunyai penghawa dingin, selain menyebabkan selesema, ia membuatkan tekak menjadi kering berikutan dehidrasi. Justeru, perlu juga banyakkan minum air mengelak simptom berkenaan.
-BH Online
No comments:
Post a Comment