KUALA LUMPUR: Sistem penjualan tiket konsert siri jelajah kumpulan rock popular dari Britain, Coldplay iaitu Music Of The Spheres World Tour (MOTSWT) di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini, yang dijadualkan pada 22 November depan, tergendala.
Ia dipercayai berikutan laman web Go Live-Asia yang juga laman rasmi penjualan tiket mengalami kesesakan selepas dibuka sejak pagi tadi.
Laman tersebut papar mesej ralat yang memberitahu 'ralat: kadar melebihi' selepas pelayar klik pada bahagian 'Beli Sekarang'.
Laman itu dibuka untuk penjualan tiket bagi pemegang kad CIMB Bank pada jam 10 pagi, namun pelayar diminta beratur bermula pada jam 9 pagi ini.
Harga tiket dijual antara RM228 ke RM3,088, namun terdapat juga harga lain iaitu RM2,108 sehingga RM1,258 dan pemegang tiket ini akan diberikan pengalaman lawatan ke belakang pentas melalui pintu masuk khusus, diberikan barang eksklusif dan hadiah direka khas.
Turut meninjau di laman Twitter, ramai peminat Coldplay meluahkan perasaan kesal berikutan kesesakan tersebut.
Terdahulu, pada 9 Mei lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengalu-alukan kedatangan Coldplay ke Malaysia.
-BH Online
No comments:
Post a Comment