Minggu lalu, tular tentang cara Hattan menjawab panggilan untuk ke udara secara langsung selepas dihubungi oleh pihak Astro Awani.
Ramai menyelar penyanyi Rendang Tak Berbuah itu kerana cara Hattan menjawab membuatkan penyampai berita awkward ketika siaran langsung.
Hattan kemudian memberi penjelasan dan berkata dia tidak tahu menahu bahawa panggilan tersebut adalah untuk temu bual secara langsung.
Bagaimanapun, pihak Astro Awani tampil menafikan kata-kata Hattan itu dan mengakui ada memberi penerangan ringkas sebelum temu bual dilakukan.
Penerbit eksekutif siaran atau program berita terbabit, Ibrahim Sani berkata mereka mempunyai bukti bahawa Hattan telah diberi briefing oleh pihak Awani.
Tidak tahu mana satu lagi teruk. Sama ada dia mengatakan beliau tidak diberi ringkasan (briefing) yang temu bual untuk siaran langsung (kami ada bukti dia diberi briefing sebelum live). Atau fakta bahawa dia memilih untuk biadab hanya kalau program dirakam (pre-recorded) dan akan bersikap sopan kalau program untuk siaran langsung.”
Terdahulu, Hattan telah dihubungi Awani dan ditanya soalan tentang pemergian Allahyarham Mael XPDC namun penyanyi itu menempelak penyampai berita terbabit yang dikatakan tidak buat ‘homework’.
Disebabkan itu, dia dikecam teruk oleh ramai netizen terutamanya di media sosial dan menggesa Hattan untuk membuat permohonan maaf secara terbuka.
-BeautifulNara
No comments:
Post a Comment