Pendakwah selebriti, Ustaz Don Daniyal Don Biyajid baru-baru ini dilihat ada mengupas topik ‘Depresi Dari Sudut Islam’.
Dalam klip pendek yang menjadi tular itu, Ustaz Don ada memberi contoh lagu daripada kumpulan pemuzik dari luar negara Coldplay iaitu ‘Fix You’.
Ujar Ustaz Don, kebanyakan orang yang mengalami kemurungan dan depresi kerana mereka tidak tahu akan kemahuan sebenar diri masing-masing.
Kalau kawan-kawan tanya saya jawab macam ni. Antara benda yang kekurangan ialah apa yang ada dalam lagu Coldplay. Kalau boleh dengar lagu Coldplay, tajuk dia ‘Fix You’.
You get what you want, but not what you need. Dia tidak dapat memenuhi apa yang dia mahu. Sedangkan dia tidak tahu sebenarnya apa yang dia mahu.
Dia dalam pada itu turut menyentuh tentang penerimaan manusia terhadap Qada dan Qadar selain memetik kisah Siti Maryam sebagai panduan buat para pendengar.
Disebabkan hari ini masyarakat kurang ilmu Qada’ dan Qadar tadi itu. Dia tidak faham dekat mana dia nak hubungkan. Maka bila jadi sesuatu, cepat sangat untuk dia dapat depresi.
Terdahulu, kumpulan pemuzik yang berasal dari United Kingdom itu dijangka akan mengadakan konsert pada 22 November ini dan telah menerima sambutan ramai meskipun ditentang penganjurannya oleh sesetengah pihak.
-BeautifulNara
No comments:
Post a Comment