KUALA LUMPUR – Daripada menjadi ‘king’ kini Umno sudah menurunkan tarafnya kepada ‘king maker’ dan adakah ahli-ahli Umno sedar bahawa Presiden Umno Datuk Seri Zahid Hamidi tidak lagi bercita-cita menjadi tunjang kepada kerajaan memerintah.
Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengulas ucapan Zahid dalam Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan dengan bertanyakan soalan kepada ahli-ahli Umno adakah mereka selesa dengan cita-cita Presiden Umno yang menyatakan Umno sekarang hanya berperanan sebagai pelengkap kepada Kerajaan Perpaduan.
“Adakah cita-cita Umno yang telah dizahirkan oleh Zahid untuk jadi pelengkap, untuk terus mendokong Kerajaan Perpaduan adalah untuk menjadi sebuah parti yang mungkin maksimum dapat 40-50 kerusi dan yang tidak lagi bercita-cita mejadi tunjang kepada kerajaan (the leader of the goverment), adakah ini Umno yang sekarang?
“Ahli Umno kena tanya diri sendiri sama ada anda rasa selesa dengan cita-cita Zahid, yakni Umno sekarang ini cuma jadi pelengkap kepada parti lain untuk menerajui kerajaan negara kita? Kalau anda rasa itulah cita-cita yang terbaik bagi Umno untuk menjadi second tier untuk menjadi downline kepada Pakatan Harapan (PH) maka ok lah,” ulas beliau dalam podcast Keluar Sekejap pada Isnin.
Sementara itu, bekas Ketua Penerangan Umni, Shahril Hamdan pula menyebut dalam ucapan Zahid pada Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan itu beliau menyatakan bahawa Umno akan sokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga dan selepas PRU16.
“Maknanya ini adalah satu ekspresi daripada pihak Umno dan Presiden Umno bahawa ini bukan hanya pakatan yang terpaksa bukan kahwin paksa lagi dah, ini dah betul-betul suka sama suka.
“Umno suka PH dan mahu angkat Anwar sebagai pemimpin negara melangkui PRU16 dan ini bukan lagi titah Agong, bukan lagi terpaksa atau bukan mudarat kecil besar ini adalah Umno nak jadi ‘second fiddle’ kepada PH.
“Saya tak tahu orang Umno sedar atau tidak tapi kalau saya tengok ucapan Zahid kononnya Anwar dizalimi, PRU16 kita akan bersama Anwar dan akan sokong dia sebagai Perdana Menteri sebagai satu ucapan yang ‘very not worthy’,” bidas Shahril.
Bagaimanapun menurut Shahril, ucapan Zahid itu tidak pula disambut oleh Anwar.
“Lagi satu, saya tak tahu Zahid terlepas cakap atau apa iaitu beliau kata meskipun 30 ahli Parlimen Barisan Nasional (BN), kami adalah pelengkap.
“Penggunaan ayat pelengkap itu sama maksud Umno adalah second fiddle,” kata Shahril lagi.
Mengulas lanjut, Khairy membuat andaian mungkin reaksi Anwar yang tidak menyambut ucapan Zahid yang mahu terus bersama melangkaui PRU16 sebagai langkah beliau untuk meneliti prestasi Umno pada Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.
“Adakah Anwar nak tengok prestasi Umno dalam dulu PRN, sebab kalau Umno bungkus dalam PRN saya rasa dia pun fikir dua tiga kali sama ada Umno ini liabiliti ke tidak?
“PRN nanti kalau Umno bungkus kat Kelantan, confirm, Terengganu confirm, Kedah confirm, Penang tak tahu, Negeri Sembilan Umno ok, Selangor pun silap hari bungkus juga.
“Maka Anwar akan putuskan apa kegunaan Umno kepada beliau,” kata Khairy.
Susulan itu, Khairy dan Shahril menyifatkan komitmen Zahid terhadap Anwar sekadar ikrar sehala memandangkan ia tidak disambut oleh Perdana Menteri.
Perkembangan sama, Khairy menyatakan konvensyen yang berlangsung semalam di WTC Kuala Lumpur adalah langkah strategik yang baik.
“Mereka (Kerajaan Perpaduan) nak bagi gambaran bahawa kerajan ini stabil, kerajaan ini ada kekuatan, kerajaan tak akan tumbang dan kerajaan adalah progresif untuk semua rakyat Malaysia.
“Kalau kita kat tempat mereka juga akan buat perkara sama,” ujarnya.
Bagaimanapun, Khairy berkata mereka hanya ingin melihat gambit (helah) Zahid.
“…. yang kita nak tengok ialah Zahid punya gambit sama ada, gambit Zahid this is for long term, tapi nampak tak disambut lagi, belum disambut lagi.
“Dia kena buktikan yang dia (Umno) ada nilai tambah dalam PRN dan sepanjang lima tahun ini Anwar bijak untuk bukakan opsyen,” kata beliau.
-Suara TV
No comments:
Post a Comment