Dalam kes yang melibatkan V. Sivakumar pula tiada sebarang arahan bercuti dikeluarkan terhadap Menteri Sumber Manusia tersebut meskipun beliau sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan, beliau tidak mengeluarkan sebarang arahan khusus kerana Sivakumar hanya dalam proses siasatan dan bukan didakwa di mahkamah.
“Ini siasatan belum ada pertuduhan. Kalau umpamanya siasatan terhadap saya selaku Perdana Menteri diminta beri penjelasan, takkan saya nak letak jawatan.
“Jadi, kita kena bezakan siasatan itu dalam proses…itu serah kepada SPRM, tapi kalau ada pendakwaan itu soal lainlah,” katanya ketika ditemui pemberita di Dewan Bahasa dan Pustaka di ibu negara.
Prinsip 'Belum bersalah selagi tidak dibuktikan bersalah oleh Mahkamah digunapakai dalam hal Zahid Hamidi dan juga V. Sivakumar yang kedua-dua mereka ialah Menteri.
Malangnya prinsip tersebut tidak terpakai terhadap 5 orang Pegawai di Kementerian Sumber Manusia, mereka dilaporkan telah dipecat meskipun siasatan SPRM masih berjalan dan mereka masih belum didapati bersalah..
Adakah kerana mereka hanyalah Pegawai..?
Laporan berkaitan..
BANGI: Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar hari ini mengesahkan bahawa lima pegawainya yang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah ditamatkan kontrak.Menurut Sivakumar, pemecatan lima pegawainya yang terpalit dalam skandal rasuah membabitkan pengambilan pekerja asing itu dilakukan bagi memastikan kementerian dapat berfungsi dengan lancar.Bagaimanapun, Ahli Parlimen Batu Gajah daripada DAP itu enggan mengulas ketika ditanya pihak yang bertanggungjawab mengeluarkan arahan supaya kelima-lima pegawainya dipecat."Itu (pemecatan lima pegawai) memang ada kerana kita nak pastikan bahawa kementerian dapat berfungsi dengan lancar dan baik," katanya ringkas.Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Persidangan Kemuncak Bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) Bersaya Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC OSH Summit) 2023 di sini, hari ini.Ditanya mengapa penamatan kontrak lima pegawainya itu dilakukan ketika siasatan SPRM masih berjalan dan mereka masih belum didapati bersalah, Sivakumar hanya mengunci mulut.
Khamis lalu, portal berita FMT dan NST yang memetik sumber Kementerian Sumber Manusia (KSM) melaporkan, lima pegawai Sivakumar ditamatkan kontrak, manakala seorang lagi pegawai dipindahkan ke Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).Pemecatan itu rentetan tindakan SPRM menahan dua pegawai kanan Sivakumar susulan siasatan suruhanjaya itu membabitkan isu rasuah dalam sebuah agensi pengambilan pekerja asing, bulan lalu.Susulan penahanan pegawainya ketika itu, Sivakumar dilaporkan menggantung tugas tiga pegawai kanannya termasuk seorang setiausaha sulit dan seorang pegawai tugas-tugas khas (PTTK) yang ditahan SPRM.Beberapa hari kemudian, media melaporkan SPRM menggeledah pejabat dan kediaman Sivakumar, namun Menteri Sumber Manusia itu kemudian menafikan perkara itu, di samping menegaskan akan memberi kerjasama penuh kepada SPRM.SPRM turut dilaporkan mengambil kenyataan Sivakumar berhubung siasatan kes rasuah mengenai pengambilan pekerja asing itu pada 16 April lalu - BH
Adakah negara kita punya dua set undang-undang?.. satu untuk kayangan dan satu lagi untuk marhaen?
Dimana KEADILAN?
-Anak Sungai Derhaka
No comments:
Post a Comment