Sebelum ni adiklah tempat saya mengadu, tempat saya meminta bantuan, tempat saya bergurau senda tapi dia telah mengkhianati saya
Suami datang jumpa saya ketika anak sakit di hospitaI, menyatakan hasrat untuk menceraikan saya kerana terlalu menyayangi adik saya sendiri.
Salam min, tolong hide profile saya ye. Ni saya pinjam akaun kawan. Rebahnya hati seorang isteri, bila saya dapat tahu suami saya curang. Bukan curang dengan orang lain tapi dengan adik kandung saya sendiri.
Mereka dah menjalinkan hubungan selama lebih dari 3 bulan tapi dah bermacam-macam yang mereka lakukan termasuklah tidur bersama. Suami saya bekerja sebagai pemandu lori trailer, dalam seminggu, hanya 2 atau 3 kali je dapat jenguk saya dan anak-anak.
Dia jarang balik rumah malah tak pernah tidur dengan saya. Allah je tau perasaan saya sekarang ni. Sebelum ni adik lah tempat saya mengadu, tempat saya meminta bantuan, tempat saya bergurau senda tapi dia telah mengkhianati saya.
Pada awal bulan hari tu, suami saya telah dibuang kerja. Jadi suami buat keputusan untuk tinggal di kampung bawa anak-anak memandangkan saya masih berniaga di pasaraya. Saya pun setuju dan tak sangka itu rupanya helah mereka.
Membuat maksiat depan anak-anak di kampung, rumah ibu saya. Semua terbongkar apabila anak ke-5 saya sakit masuk ke hospital. Sepanjang dalam ward suami saya tak ada pon bertanya tentang apa-apa perkembangan malah marah-marah saya bila saya minta tolong suami datang melawat.
Dia seolah tak nak langsung jenguk kami. Dengan keadaan saya yang letih berjaga siang malam sebab anak tak sihat, suami datang jumpa saya menyatakan hasrat untuk menceraikan saya kerana terlalu menyayangi adik saya sendiri.
Suami saya juga telah mengaku dan jujur di hadapan saya tentang ketelanjuran dia bersama adik saya. Saya seolah macam separuh sedar, masih mengharap itu semua mimpi. Bertalu-talu soalan saya ajukan, menggigil tubuh badan.
Adik saya menafikan tapi Allah maha mengasihani, Allah tunjukkan satu persatu bukti dengan gambar, baju kecil yang tertinggal di lori, dengan mesej-mesej dan saksi-saksi yang ada. Saya menangis sampai dah tak ada airmata.
Hari ini saya kuatkan diri pergi ke pejabat agama untuk failkan penceraian. Suami pun setuju untuk lepaskan saya sebab dia akui memang terlalu sayang pada adik saya. Keluarga saya tak percaya malah menuduh saya mereka cerita. Walhal semua bukti dan pengakuan dari suami sendiri sudah jelas.
Saya mohon doa dari kalian. Doakan saya tabah dengan ujian Allah. Buat adik saya, walau apa pun yang terjadi, kau tetap darah daging ku. Aku maafkan apa yang berlaku. Terima kasih kerana buat aku bertukar status. Tolong doakan aku kuat bersama anak-anak aku 5 orang.
Komen Warganet :
Akashira : Pesalah sebenarnya adalah suami awak. Dia yang sepatutnya menasihatkan adik awak supaya tidak berkelakuan bagitu. Oleh kerana perangai suami tu tidak molek, ada miang sikit maka dia merestuinya. Adik awak tak akan bahagia.
Hari ini dia boleh buat pada awak, hari lain orang buat dekat dia pulak. Kau bercerai je lah dengan suami tu. Ambil fasakh di pejabat kadi. Buat laporan kejadian, kes ini akan cepat selesainya. Awak tak peru risau sebab awak ada anak-anakkan. Semoga awak terus kuat.
Mumy Jum Taim : Tak apa lah, masing-masing rasa suami yang tak bertangungjawab tu. Kalau hari ini, hari kakak, esok lusa hari adiknya pulak. Allah tu maha mengetahui. Akak yang kena cerai, bangkit kembali demi anak-anak.
Tak usahlah nak sedih dengan lelaki yang tak menghargai.. Dalam hal macam ni sepatutnya ahli keluarga yang lain jangan nak tuduh meIulu hanya kerana nak sokong terus cerita si adik. Itu akak dan adik, anak kandung jadi kena lah siasatlah, siapa yang betul dan siapa yang salah. Semoga kuat. ramai lagi lelaki hati yang baik.
Sis Atiela Sharif : Sanggup adik buat kakak dia macam ni. Pada suami, isteri tu dah bagi 5 anak untuk awak tapi awak ni giIer nafsu. Sedih sis baca, kenapa dan mengapa? Sanggup musn4hkan rumahtangga kakak sendiri yang sentiasa sayangkan kamu.
Cerita ini jadikan pengajaran pada yang lain-lain juga. Pada awak, kuatkan semangat, teruskan kehidupan, jangan fikir banyak sangat, ada hikmah di sebalik kejadian ini. Allah tak akan menguji kita lebih dari kemampuan kita.
Ros Ali : Ini ujian yang sangat berat. Terus kuat, tabah dan cekal sis. Biasanya Allah bagi ujian beserta hikmahnya sekali. Bersusah dahulu bersenang kemudian. Doa sebanyaknya pada Allah, InsyaAllah ada jalan. Doa orang yang terani4ya dimakbulkan. Ingat barang ramp4san tidak akan selamanya baik dan kekal.
Rozita Ab Rahim : Tanggungjawab pun tunggang Ianggang, ada hati nak nikah dengan perempuan lain.
Adik ipar sendiri plak tu. Jangan biarkan dia abaikan nafkah anak-anak.. Puan TT awak b4ngkitlah., tabah h4rungi kehidupan.
Anak-anak tu harta dan amanah dari Allah. Allah sahaja tempat untuk kita memohon pertolongan. InshaAllah. Dia Maha Mendengar.
-Info Rakyat
No comments:
Post a Comment