Kenyataan Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang seolah-olah memberi bayangan akan mencalonkan pemimpin Pas,Dr Halimah Ali sebagai Menteri Besar Selangor, meranapkan “harapan” Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang sekian lama mahukan kerusi panas itu.
Pengarah Pilihan Raya PH negeri, Mohd Yahya Mat Sahri berkata, Azmin sejak dahulu lagi meletakkan harapan tinggi untuk dilantik semula sebagai Menteri Besar Selangor.
Beliau secara sinis memberi peringatan kepada Sanusi bahawa kerusi itu bukan sahaja menjadi rebutan Azmin, bahkan mungkin diidamkan Datuk Seri Shahidan Kassim, sekaligus membolehkan calon pilihan Sanusi diketepikan.
Shahidan sebelum ini disebut-sebut antara calon yang bakal diketengahkan dalam PRN di Selangor dan dikatakan bakal bertanding di kerusi DUN Semenyih.
“Dia (Sanusi) nak letak calon Pas, habis itu Azmin Ali nak bubuh mana? Sanusi kena ingat, Azmin pun tiap-tiap hari berangan meratib nak jadi MB sekali lagi.
“Habaq dekat Sanusi, jangan duk main dengan Azmin. Noh Omar nak letak mana? Shahidan nak letak mana?
“Calon Pas Halimah Ali jauhlah kalau nak dibandingkan dengan Azmin. Tapi kalau nak dibanding (Azmin) dengan calon PH, PH tak pandanglah mereka semua tu. Dalam kalangan mereka pun berantakan,” katanya ketika dihubungi Harapan Daily.
Semalam, Sanusi dilapor memberi jaminan akan menampilkan calon anak jati negeri sebagai Menteri Besar Selangor jika Perikatan Nasional (PN) memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.
Katanya, hanya calon berasal dari negeri itu lebih memahami latar belakang dan budaya di Selangor berbanding calon dari negeri lain.
Walaupun tidak menyebut sebarang nama, Sanusi yang juga Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN), memberi bayangan bahawa Dr Halimah Ali adalah antara calon berkenaan.
“Bukanlah saya kata orang Sarawak tidak boleh, mungkin (pemimpin diketengah) sudah lama menetap di Selangor mungkin boleh dipertimbangkan dan tidaklah menghalang,” katanya.
Halimah, 62, yang merupakan Ahli Jawatankuasa Pusat Pas dilantik dilahirkan di Marudi, Sarawak tetapi telah lama bertapak di Selangor melalui amalan perubatan dan aktivismenya.
“Saya sarankan Sanusi duduk diam-diam sajalah, jaga saja Kedah tu. Tak payah nak sibuk cerita pasal Selangor.
“Kedah tu air pun tak boleh nak jaga. Orang Kedah pun dah meluat dah dengan dia punya kerenah duk sibuk tempat lain, tak payahlah. Jaga Kedah lebih elok,” tambah Mohd Yahya atau Pak Ya lagi.
-Info Rakyat
No comments:
Post a Comment